Posted by: peribadirasulullah | September 4, 2016

Jom Qurban Di Selatan Kemboja

Photo: SALAM AIDILADHA TERIMALAH PENYERAHAN INI Kisah dua orang anak Adam mempersembahkan qurban kerana Allah mendampingkan diri kerana Allah Qabil yang pemarah Habil yang bertaqwa penyerahan manakah yang Kau terima? kerana kemarahan itu tidak membawa jauh sebuah penyerahan jadilah ia penyerahan yang sia-sia dan rugi! lalu bila telah kehilangan telah lepas segala yang berharga menyesal dan penyesalan tak henti maka waktu itu... engkau dalam golongan yang lemah! korban kamu adalah sebuah penyerahan dengan tulus ikhlasnya hati bukan dengan takabur dan riak bukan dari barangan yang rosak! maka dengarkan... Allah berfirman dalam surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam. Kami angkut mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan." kita yang berkorban dari penyerahan yang baik dan sempurna mendapatkan kemuliaan yang Allah janjikan. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, kepada kaum muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

Kita sering dengar promsi Qurban corong-corong radio berkaitan  program aqiqah dan qurban mereka di luar negara.

Apakah kebaikan menunaikan Qurban di luar negara terutama di negara-negara miskin dan tertindas? sedangkan di Malaysia masih ramai rakyat yang miskin.

“Kenapa hendak lakukan qurban dan aqiqah di luar negara sedangkan ramai lagi rakyat Malaysia yang miskin?”

Sebab pertama adalah dari segi kos, kos Qurban lebih murah berbanding di Malaysia. Untuk Pakej Qurban, RM550 sahaja untuk seekor kambing sedangkan di Malaysia kos tersebut mencecah sehingga RM1000 (termasuk masak dan katering)

Sebab kedua, di luar negara seperti kami di Selatan Kemboja  rakyatnya teramat-amat miskin hidup mereka , kehidupan mereka amat  susah seratus kali ganda berbanding rakyat Malaysia. Walaupun Malaysia dilanda kenaikan harga barang yang tinggi, tetapi belum ada rakyat Malaysia mati disebabkan kebuluran sedangkan di luar negara mereka mati kerana kebuluran.

Sebab ketiga, golongan muslim di negara minoriti seperti di Selatan Kemboja, mereka ditindas secara tidak langsung. Mereka tidak memiliki peluang untuk mendalami pengajian dan begitu juga pengajian yang bentuk oleh kerajaan.
Sebab keempat, rakyat Malaysia kebanyakkan mendapat penyakit disebabkan terlalu banyak makan sehingga mereka mengalami berbagai penyakit terutama obositi dan sebagainya, sedangkan di negara-negara miskin seperti afrika, syria,iraq dan sebagainya mereka mendapat penyakit kerana kekurangan zat dalam pemakanan mereka.

Image result for kemiskinan umat Islam di selatan kemboja

Image result for kemiskinan umat Islam di selatan kemboja

SENARAI PESERTA QURBAN 2016 /A

SENARAI QURBAN 2016 TERKINI 2 SEPTEMBER

SENARAI PESERTA QURBAN 2016/B

SENARAI QURBAN 2016 B

NOTA:

JIKA TERDAPAT APA-APA PEMBETULAN ATAU NAMA TERCICIR MOHON MAKLUMKAN SEGERA MELALUI EMAIL ATAU NO WSHAP .

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: