Posted by: peribadirasulullah | Ogos 31, 2016

Hadiahkan kepada kedua orang kita dengan satu bahagian Qurban bersama Ihya Assunnah Solution

 

 

Hadiahkan kepada kedua orang kita dengan satu bahagian Qurban bersama Ihya Assunnah Solution pasti mereka berdua akan sihat walafiat di dunia dan akan bahagia di Syurga nanti.

Kami berjanji setiap penyertaan anda akan sampai kepada mereka yang amat-amat memerlukan. Kami bukanlah berniaga diatas nama agama dan  Allah SWT tetapi kami adalah Khadam Allah SWT yang sama-sama berkorban demi umat Islam di Selatan kerana tersisih dari segala bantuan kepada umat Islam di Kemboja.

Kami amatlah miskin tidak mampu menubuhkan yayasan dan syarikat koprat yang mampu melayan para pengunjung Kemboja dengan kemewahan dan kesenangan. Kami tidak memiliki apa-apa jawatan dengan kerajaan Kemboja, kamu bukanlah mufti dan kami bukanlah menteri dalam kerajaan Kemboja tetapi kami adalah hamba-hamba Allah SWT yang berkhidmat di Jalan Allah SWT.

Kami sama-sama berkorban di jalan Allah SWT demi membela golongan miskin yang tidak berpelajaran untuk membina aqidah Islam dan nilai-nilai murni untuk dijadikan amalan harian agar mereka dapat menjalani hidup ini bersama hidayah Allah SWT, walaupun tanpa kemewahan tanpa nama tetapi selamat dari bakaran api neraka.

Semoga mereka miskin dan tersisih di dunia tetapi kaya dengan pahala di Akhirat dan berjawatan di sisi Kerajaan Allah SWT sebagai Orang Soleh, Orang Yang Benar, Orang Yang Sabar, Orang Yang Wajah Mereka Di Pandang Oleh Allah SWTdi Akhirat nanti, Orang yang Mendapat Syafaat Rasulullah SAW kerana Mukmin dan Miskin, Orang yang tidak banyak Ilmu tetapi beramal dengan setiap ilmu yang diperolehi, Orang yang hanya mengenali Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Bantulah kami dan hulurkan bantuan dengan penuh Ikhlas, sesungguhnya yakin dan percayalah setiap sen yang anda laburkan pada Ihya Assunnah Solution hanya akan sampai kepada fakir dan miskin. Tidak sekali-kali akan sampai kepada golongan yang mewah dan berpangkat di Kemboja, inilah jaminan kami kepada anda. Kami jadikan setiap sen pelaburan sebagai Saham Akhirat yang amat bernilai di sisi Allah SWT. Doakan kepada kami untuk terus beristiqamah dan rela berkorban di Jalan Allah SWT apabila menghadapi ujian yang Allah SWT uji kepada kami semasa melaksanakan misis dan visi Allah untuk melaksanakan Kokurikulum  Taqwa Ilahi.

Jutaan Terima Kasih Kepada Para Penyumbang yang terus beristiqamah, kami amat terharu apabila melihat akaun kami yang benar-benar ada insan yang amat-amat memahami perjuangan kami. In Sya Allah kita sama-sama menadah tangan kepada Allah SWT agar kita ditetapkan Iman dan dimurahkan rezeki untuk meneruskan hidup di atas agama Allah SWT yang amat indah ini. Hubungan yang sama-sama kita bina di atas nama Allah SWT pasti mendapat perhatian Allah SWT dan Syafaat Rasulullah SAW.

Selamat Menyambut Hari Merdeka 2016 dengan penuh taqwa dan sujud kepada Allah SWT.

NOTA PENTING :

1 BAHAGIAN RM 370 SAHAJA,  MOHON TOLONG LENGKAPKAN  5 BAHAGIAN YANG BELUM SEMPURNA.

Kami akan laksanakan di 1-Madrasah Al-Husaini (Kampot). 2-Madrasah Nurul Ihsan (Kampot)

3-Madrasah Haji Ismail (Kampung Som) 4-Pusat Bahasa Arab Al-Umriah (Koh Kong)     5- Pondok An-Nur (Kampot) 6- Madrasah Al-Muhajirin (Kampot) 7-Markaz Al-Iman Dan Tarbawi (Koh Kong).


Cara Melaksanakannya :

1-Bank in Maybank  553131011505 – IHYA ASSUNNAH SOLUTION dan  niatkan

wakil kepada kami.

2-Hantarkan salinan slip bankin kepada kami melalui wshap nombor tel

019-9576237(ustaz Amin )

3-Hantar alamat lengkap anda melalui emailkan ihyaassunnah68@gmail.com atau

wshap.

4-Setiap penyertaan akan mendapat resit,sijil penghargaan dan gambar selepas hari

raya haji.
Marilah bersama berkongsi pahala dan rezeki serta meringankan beban sesama umat Islam.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 7/9/2016.

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: