Posted by: peribadirasulullah | Ogos 27, 2016

10 Hak yang wajib kita tunaikan

Sebelum Imam Syafi’ie meninggal dunia,
beliau sempat mengajak sahabat-
sahabatnya agar membuat perubahan
jiwa ke arah yang lebih baik.

Beliau menyebut bahawa barangsiapa
yang ingin meninggalkan dunia dalam
keadaan selamat, maka lakukanlah 10
perkara:

1. Hak kepada diri, yaitu dengan
mengurangi tidur, mengurangi
makan, mengurangi percakapan dan
berlebih-lebihan dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, yaitu
menqada’kan segala kewajiban yang
tertinggal, yaitu dengan memohon maaf
dari orang yang dizalimi, membuat
persiapan untuk mati dan merasa cinta
kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur yaitu membuang
tabiat suka menabur fitnah, jangan
suka kencing berdiri,
memperbanyakkan solat tahajjud dan
membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan
Nakir, yaitu jangan berkata dusta,
sering berkata benar, meninggalkan
maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, yaitu menahan
kemarahan, banyak2 berzikir, ikhlas
dalam amalan dan sanggup
menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, yaitu buang
tabiat suka mengumpat, wara’, membantu
orang beriman dan hidup dalam
suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, yaitu
menangis lantaran takut kepada
ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah,
membuat kebaikan kepada ibu bapak dan
memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan,
penjaga syurga, yaitu ridho kepada
qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima
bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., yaitu
dengan sering bersholawat kepada
baginda, berpegang kepada sunnahnya
dan bersaing mencari kelebihan dalam
beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, yaitu mengajak
manusia kepada kebaikan, mencegah
manusia daripada melakukan
kemungkaran, benci kepada
sembarang maksiat dan tidak melakukan
kejahatan.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU.” ~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Nota:

JOM QURBAN DI SELATAN KEMBOJA DI TEMPAT UMAT ISLAM YANG AMAT-AMAT MEMERLUKAN BERSAMA IHYA ASSUNNAH SOLUTION.

1 BAHAGIAN RM 370 SAHAJA,  MOHON TOLONG LENGKAPKAN  2 BAHAGIAN YANG BELUM SEMPURNA.

 

Kami akan laksanakan di 1-Madrasah Al-Husaini (Kampot). 2-Madrasah Nurul Ihsan (Kampot)

3-Madrasah Haji Ismail (Kampung Som) 4-Pusat Bahasa Arab Al-Umriah (Koh Kong)                5- Pondok An-Nur (Kampot) 6- Madrasah Al-Muhajirin (Kampot) 7-Markaz Al-Iman Dan Tarbawi (Koh Kong).


Cara Melaksanakannya :

1-Bank in Maybank  553131011505 – IHYA ASSUNNAH SOLUTION dan  niatkan

wakil kepada kami.

2-Hantarkan salinan slip bankin kepada kami melalui wshap nombor tel

019-9576237(ustaz Amin )

3-Hantar alamat lengkap anda melalui emailkan ihyaassunnah68@gmail.com atau

wshap.

4-Setiap penyertaan akan mendapat resit,sijil penghargaan dan gambar selepas hari

raya haji.
Marilah bersama berkongsi pahala dan rezeki serta meringankan beban sesama umat Islam.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 4/9/2016.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: