Posted by: peribadirasulullah | Ogos 23, 2016

Jom Qurban Di Kemboja 4 bahagian lagi kekosongan

Alhamdulillah, Lembu Pertama telah di izinkan oleh Allah SWT dan telah ditempah sepenuhnya.
Lembu Kedua telah di izinkan oleh Allah SWT dan telah ditempah beberapa bahagian:
Bahagian Pertama- Hamba Allah KL
Bahagian Kedua  -Hamba Allah KL
Bahagian Ketiga – Hamba Allah Bukit Marak.
Bahagian  Keempat -Kosong
Bahagian Kelima – Kosong
Bahagian Keenam – Kosong
Bahagian Ketujuh – Kosong
In Sya Allah Qurban anda akan kami tunaikan bersama Ustaz Muhammad Musa Mudir Sekolah Nurul Ihsan di Kampot, Selatan Kemboja.
Qurban pada tahun lalu.
Suasana pembelajaran yang amat memerlukan bimbingan dan kursus demi meningkatkan kualiti pembelajaran serta motivasi.
Jutaan terima kasih di atas penyertaan kaum muslimin dan muslimat, semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kepada Insan-Insan Mulia yang telah dipilih oleh Allah SWT untuk membahagiakan kami.
Talian Uhkhuwah Islamiah yang terjalin diatas ikatan Rabbaniah pasti tiada dapat di nilai dengan wang ringgit kerana saksinya adalah Allah SWT sendiri.
Ya Allah, berkatilah harta mereka yang telah menderma dan berqurban untuk kami.
Ampunilah dosa-dosa mereka yang telah membantu kami Ya Allah,
sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun.
Bantulah kami kerana Engkau sebaik-baik Pembantu,
Rahmatilah kami kerana Engkau sebaik-baik pemberi Rahmat,
Jadikanlah pertemuan kami satu pertemuan yang dirahmati dan perpisahan kami suatu perpisahan yang Engkau lindungi,
Ya Allah, terimalah doa kami dan kurniakan kebaikan dalam hidup kami serta kepada mereka yang berhati mulia..
Amin Ya Rabbal Alamin.
Nota:
1 Bahagian RM370 sahaja.
Bank in dan  niatkan wakil kepada kami seterusnya wshap salinan slip bank sertakan nama lengkap peserta ke nombor  tel 019-9576237 -ustaz Amin atau emailkan kepada kami ihyaassunnah68@gmail.com
Setiap penyertaan akan mendapat resit,sijil penghargaan dan gambar selepas hari raya haji.
Marilah bersama berkongsi pahala dan rezeki serta meringankan beban sesama umat Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: