Posted by: peribadirasulullah | Ogos 13, 2016

Rahsia Sebenar Kenapa syiah terlalu benci Ibnu Taimiyyah-Dr Fathul Bari Mat Jahya

SEMUA maklum akan kesesatan kelompok Syiah di sisi penilaian Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Tidak terbilang betapa ramainya golongan ulama ASWJ bangkit menentang mereka secara ilmiah terutamanya melalui pena yang tajam dan hikmah.

Ketajaman mereka melumpuhkan segala senjata kesesatan Syiah, sekali gus meletakkan mereka dalam status yang sangat dibenci, didengki dan dimusuhi Syiah.

Antara tokoh imam ASWJ yang masyhur memusuhi dan dimusuhi Syiah ialah Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullaah (w728H) yang mengarang kitab dan ensiklopedia yang tidak terhitung bilangannya. Tulisan beliau banyak sekali menambah kesesatan iktikad kumpulan sesat seperti Syiah, Qadariah dan Jahmiyyah.

Senjata padu

Sebahagian karya terunggul beliau yang menjadi senjata padu mematahkan benteng Syiah ialah Minhaaj al-Sunnah al-Nabawiyyah fii Naqdhi Kalaami al-Syii’ah wa al-Qadariyyah (Metodologi Sunnah Nabawiyyah Dalam Membantah Perkataan Syiah dan Qadariyyah).

Kitab yang disiapkan dalam sembilan jilid ini pada dasarnya dikarang beliau untuk membantah kitab yang berjudul Minhaaj al-Karaamah fii Ma’rifat al-Imaamah (Metodologi Karamah Dalam Mengetahui Perihal Imamah), ditulis seorang tokoh imam Syiah pada zaman beliau iaitu Ibnu Al-Muththahhar al-Hillii (w726H) diberi gelaran al-‘Allaamah oleh golongan pelampau Syiah.

Beliau menulis kitab ini juga dengan tujuan untuk menghantarnya kepada salah seorang penguasa Dinasti Ilkhan (dinasti Islam yang mengusai sebahagian besar Asia Barat dan India Timur) bernama Khudabandah yang pada asalnya seorang Sunni tetapi berpaling kepada Syiah disebabkan penyelewangan Ibnu Al-Muththahhar Al-Hillii.

Nukilan emas Syeikh al-Islam ini terus dimanfaatkan murid dan pengikutnya dengan penghasilkan pelbagai judul ringkasan merentasi zaman. Antara yang masyhur ialah ringkasan ditulis murid utama beliau iaitu al-Imam al-Hafizh al-Dzahabi (w748H) bertajuk Minhaaj al-I’tidaal fii Naqdhi Kalaam Ahl al-Rafdh wa al-I’tizaal (Metodologi Yang Benar Dalam Membantah Kalam Rafidhah dan Muktazilah).

Selain daripada al-Dzahabi, ringkasan juga ditulis oleh Syaikh Abdur Rahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdil Wahhab, Syaikh Abdullah al-Ghunaiman dan Syaikh Muhammad Maalullaah. Namun, kitab ini juga tidak ketinggalan dibidas kembali oleh tokoh Syiah bernama Mahdi bin Salih al-Qazwaini.

Penyokong Syiah  ‘panas’

Kehebatan hujah Ibnu Taimiyyah melalui karya beliau telah membuatkan para imam Syiah serta penyokong taasub mereka kepanasan sehingga mereka bersungguh-sungguh berusaha menimbulkan pelbagai penulisan serta serangan balas untuk memfitnah Ibnu Taimiyyah.

Lihat sahaja kepada pelbagai tuduhan yang dilontarkan ke atas beliau oleh kelompok Syiah ini terutama fitnah besar, Ibnu Taimiyyah memperlekehkan Ali bin Abi Talib radhiyallaahu ‘anhu serta ahli keluarganya.

Sedangkan dengan jelas kita boleh selusuri pujian dan pengiktirafan Ibnu Taimiyyah terhadap Amirul Mukminin ini di dalam kitab beliau Minhaaj al-Sunnah serta Majmuu’ Fataawaa. Contohnya sepertimana yang dinukilkan daripada Minhaaj al-Sunnah (3/406), “Adalah Ali bin Abi Talib radhiyallaahu ‘anhu adalah Khalifah al-Rasyidin al-Mahdiyyin yang terakhir”. Begitu juga pujian beliau lagi: “Dan beliau sebaik-sebaik ahli bait dan sebaik-baik Bani Hasyim setelah Nabi SAW”. (Majmuu’ Fataawaa, 4/496)

Tidak cukup dengan itu, Ibnu Taimiyyah juga dituduh sebagai kafir oleh Syiah dan ini boleh dilihat melalui tulisan-tulisan terutama di laman sesawang mereka antaranya al-kafi, net dan sebagainya. Beberapa tahun lepas seorang tokoh Syiah di Kuwait yang bernama Muhammad Baqir Al-Mahri yang mendakwa dirinya sebagai wakil kepada seluruh Maraji’ Syi’iyyah telah menyerang ketokohan Ibnu Taimiyyah dek kerana tidak berpuas hati dengan tulisan beliau yang jelas menerangkan kesesatan aqidah Syiah.

Beliau menuduh Ibnu Taimiyyah telah membawa manhaj takfir dan taasub serta menggesa agar pengikut Ibnu Taimiyyah meninggalkan negara itu.

Beginilah jelasnya permusuhan yang dilancarkan oleh Syiah baik dalam kalangan tokoh-tokoh mereka juga pentaksub-pentaksub. Permusuhan ini  membawa kesan yang sangat negatif sehingga ada juga dalam kalangan masyarakat di Malaysia yang secara membuta tuli menelan fitnah ini dan menolak karya bermanfaat beliau yang selama ini banyak memberi khidmat kepada ummah.

Tidak gerun

Golongan pemfitnah ini seolah-olah tidak gerun dengan amaran ALLAH tentang dosa memfitnah dan mereka kisah dusta tentang seseorang. Haruslah diingatkan kepada seluruh masyarakat Islam secara am dan di Tanah Melayu secara khususnya agar berhati-hati dengan fitnah dibawa oleh kelompok Syiah yang kebanyakannya menyamar di belakang jubah ASWJ.

Syeikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah bukanlah tokoh ASWJ yang tunggal difitnah dan dicerca serta dikafirkan kelompok ini, bahkan tidak terbilang tokoh ASWJ yang lain menerima nasib yang sama.

Semoga ALLAH merahmati Syeikh Al-Islam atas jasanya yang mulia dan mengampuni segala silap dan salah beliau. Semoga kita semua terhindar daripada tertipu dengan kesamaran fitnah musuh-musuh Islam dan kekal diberi taufik dan hidayah ALLAH untuk kekal berdiri teguh di atas agama Islam bermanhajkan Aqidah ASWJ yang diambil daripada jalan Nabi SAW dan sahabatnya radhiyallaahu ‘anhum.

http://www.sinarharian.com.my/mobile//rencana/ibnu-taimiyyah-musuh-syiah-1.289802


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: