Posted by: peribadirasulullah | Julai 3, 2016

Mencapai Sejuta Pahala Dalam Masa 7 Minit

 

Bismillah

A148

Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

(Al-Baqarah 2:148) To each is a goal to which Allah turns him; then strive together (as in a race) Towards all that is good. Wheresoever ye are, Allah will bring you Together. For Allah Hath power over all things.

 

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Tuan Sri/Puan Sri, Dato’ Sri/Datin Sri, Dato’/Datin, /Prof. Dr./Tuan/Puan,
Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari

Selamat Hari Raya Aidul Fitri buat semua

 dari Kami Ihya Assunnah Solution, mohon maaf zahir dan batin.

Diatas segala sedekah dan sumbangan ikhlas dari semua pihak terlebih dahulu kami ucapkan ribuan terima kasih, kami sentiasa mendoakan keberkatan dan kesihatan untuk semua bagi kehidupan di dunia serta  memperolehi Syurga Firdaus di Akhirat nanti.

Amanah yang anda berikan akan kami tunaikan dengan penuh rasa tanggungjawab dihadapan Allah SWT nanti. Allah SWT Maha melihat perbuatan dan tindakan kami dalam menguruskan amanah yang tuan, puan yang budiman berikan.

Mohon doakan untuk kami warga Ihya Assunnah Solution agar sentiasa bersemangat dan terus sabar dalam menjalankan misi dakwah di bumi Kemboja. Apa yang kami cari adalah keberkatan dan keredhaan Allah SWT dalam mendidik masyarakat Islam Kemboja kearah mendapat hidayah Allah SWT. Masyarakat Islam di Selatan Kemboja amatlah dahagakan ilmu  agama dan tunjuk ajar kearah meningkatkan taraf hidup serta mampu berdikari di suatu hari nanti.

Dalam masa yang singkat tidak mungkin dapat merubah kejahilan,kemiskinan dan pemikiran masyarakat Islam Kemboja kearah kehidupan  yang cemerlang dan gemilang kerana puluhan tahun mereka hidup tanpa ilmu dan tarbiah dari seorang murabbi tetapi dengan berpegang pada janji Allah SWT, bahawa Allah SWT akan membantu kita selama mana kita istiqamah membantu agama Allah SWT.

Apa yang kami usahakan adalah mengorbankan harta dan masa serta tenaga kami untuk membantu masyarakat Islam Kemboja bersama sokongan tidak berbelah bagi dari umat Islam di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapore serta lain-lain negara. Kami bukanlah jutawan dan pakar dalam bidang pendidikan dan kemahiran tetapi kami memujuk dan meminta sahabat yang memiliki harta menderma kepada kami dan para sahabat yang memiliki kepakaran tertentu membantu kami. Kini kami telah memiliki sebuah kedai roti di Kampot untuk berniaga dan mengumpul dana bagi menampung pembiayaan sekolah dan masjid yang berada di sekitar daerah Kampot,Kampung Som dan Koh Kong di Selatan Kemboja.

Kunjungilah kami dalam :

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

https://www.youtube.com/channel/UCDI9U6D_VK8A42ZVh1kvviA

https://www.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?ref=aymt_homepage_panel

https://www.youtube.com/watch?v=nvC6hzkFoYQ

https://www.facebook.com/salleh.faiz.5

 

Bantulah Kami Dalam Menjayakan  Program  Infaq kepada anak yatim, muallaf, pendakwah, para imam dan fakir miskin  di Selatan Kemboja ,hulurkan sumbangan Ikhlas Anda Melalui  Tabung  Ihya Assunnah  Maybank  553131011505

 

Sekian Wassalam.

 

Selamat Hari Raya Aidul Fitri..

Mohon Maaf Zahir dan Batin dari Kami Ihya Assunnah Solution


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: