Posted by: peribadirasulullah | Jun 3, 2016

12 Golongan yang didoa oleh Para Malaikat

 

12 Golongan Yang Didoa Oleh Para Malaikat A

12 Golongan Yang Didoa Oleh Para Malaikat B

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Tuan Sri/Puan Sri, Dato’ Sri/Datin Sri, Dato’/Datin, /Prof. Dr./Tuan/Puan,
Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari  Yang Dirahmati Allah SWT  Sekalian….

Sudahkah anda membayar fidyah puasa samada kerana uzur atau melahirkan anak ?, kami bersedia membantu anda membayar fidyah kepada mereka yang amat memerlukan di Kemboja.

AMALAN bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari).

Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

Begitulah indahnya ajaran Islam yang menggalakkan umatnya bersedekah dan Allah SWT sendiri menjamin pahala untuk orang yang mengamalkannya sebagai agenda kehidupan mereka.

Menyentuh aspek bersedekah, Islam tidak pernah mengehadkan tempoh masa malahan boleh dilaksanakan pada bila-bila masa saja mengikut kemampuan seseorang. Namun demikian, amalan bersedekah yang paling afdal di sisi Allah SWT ialah ketika bulan Ramadan.

Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Jibril biasanya menemuinya setiap malam Ramadan, lalu tadarus al-Quran (dengan Nabi SAW). Sungguh Rasulullah ketika ditemui Jibril menjadi orang yang lebih bermurah hati dalam memberikan kebaikan, sehingga lebih banyak daripada tiupan angin.’ (Hadis Bukhari dan Muslim)

Jadi berasaskan kepada hadis itu dapat disimpulkan bahawa kita sebagai umat Islam sangat dituntut dalam membudayakan amalan bersedekah, lebih-lebih semasa menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh berkat itu.

Marilah kita sama-sama membahagiakan sesama manusia, Allah SWT menjadikan mereka miskin kerana Allah SWT ingin melihat insan yang berada menderma secara Ikhlas agar mendapat pahala dan mendiami Syurga Firdaus. Kami di Kemboja memang tidak mampu untuk membina ummah kecuali dengan izin Allah SWT melalui bantuan anda semua. Bantulah kami dan hulurkan sumbangan Ihklas anda ke No. Akaun Kami Maybank 553131011505 dan hubungi Ustaz Sulaiman Hassan di talian +855 16 638010 Pendakwah Bebas Di Kemboja.

Mohon hantar komen atau sokongan anda melalui : ihyaassunnah68@gmail.com

Sila layari laman dibawah untuk melihat aktiviti kami  dan hamper 500 video-video  berunsurkan agama, motivasi,pengajaran dan tarbiah  yang pasti menyebabkan anda menitis air :

https://www.youtube.com/channel/UCDI9U6D_VK8A42ZVh1kvviA

https://www.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?ref=aymt_homepage_panel

https://www.youtube.com/watch?v=SDX55C02wSo

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/39981

CARA MUDAH MEMBAYAR FIDYAH PUASA ANDA-SILA LAYARI LAMAN DIBAWAH

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2016/06/03/sudahkah-anda-membayar-fidyah-puasa-samada-kerana-uzur-atau-melahirkan-anak/

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: