Posted by: peribadirasulullah | Mei 25, 2016

Tazkirah Tentang Kematian -Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah

p 20

Buat renungan bersama:

Antara ribuan komen tentang kematian, ada 1 komen yg sgt meruntun jiwa..Semoga kita sama2 dapat membac anya.

Ini di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:-

Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.

Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari…..

Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.

Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Kehidupan akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!

Kesedihan atas mu ada 3.

1. Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan.

2. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa!

3. Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun ! Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan..

Demikianlah “Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia”. Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT! . Telah hilang kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.

Pertanyaannya adalah:
Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu !
Hakikat ini memerlukan renungan.

Usahakan dengan sungguh2.
Jalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.

Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini insha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. “Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin”

AllahuRabbi.. Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

Tazkirah KEMATIAN di atas Semuga kita semua insaf bahawa perjalanan sebenar kita masih jauh dan berliku… kita sedang menuju ke alam akhirat yg abadi. Lalu apakah persiapan kita sudah mencukupi?

Saya juga ingin memohon maaf atas apa jua kesalahan.

Dikesempatan ini, saya dan para sahabat Ihya Assunnah Memohon Sumbangan anda , sumbangan amat dialu-alukan untuk tujuan murni dalam menjayakan Program Berbuka Puasa Dan Membantu Mereka Yang Amat Dhaif Serta Membantu Para Ustaz Yang Tidak Memiliki Elaun Mengajar Di Daerah-daerah  Selatan Kemboja, hulurkan sumbangan Ihklas anda ke No. Akaun Kami Maybank  553131011505 dan hubungi Ustaz Sulaiman Hassan di talian +855 16 638010 Pendakwah Bebas Di Kemboja.

Mohon hantar komen atau sokongan anda melalui : ihyaassunnah68@gmail.com

Sila layari laman dibawah untuk melihat aktiviti kami  dan 421 video-video  berunsurkan agama, motivasi,pengajaran dan tarbiah  yang pasti menyebabkan anda menitis air :

https://www.youtube.com/channel/UCDI9U6D_VK8A42ZVh1kvviA

https://www.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?ref=aymt_homepage_panel

https://www.youtube.com/watch?v=SDX55C02wSo

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: