Posted by: peribadirasulullah | Mei 25, 2016

Lelaki Ahli Syurga

n 3

KISAH UNTUK DIRENUNGI

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata: sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga.
Sebentar kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal.
Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.

Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata: sebentar lg datang pemuda ahli syurga.
Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.

Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah Muaz bin Jabal ra. Beliau ingin sgt tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga. Dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan.

Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.
Malam itu ketika Muaz bangun bertahajjud, pemuda itu masih nyenyak tidur hingga ke Subuh.
Pemuda itu bangun Subuh. Selepas Subuh pabila mereka membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut merangkak membaca. Tidak seperti Muaz. Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz bersolat Dhuha. Tapi lelaki itu tidak. Dan hari yg sama Muaz berpuasa sunat, tapi lelaki itu tidak.
Muaz pun menceritakan apa yg Rasulullah saw telah katakan.

Pemuda itu berkata:
Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat.
Tapi sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:

1. Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa. Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.
Muaz berkata, subahanallah. Lagi..

2. Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa. Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.
Muaz berkata, subahanallah. Lagi…

3. Aku cuba jaga tali silaturrahim. Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.
Subhanallah…

Sahabat2 sekalian. Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap. Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita, pun silap. Kalau kita rasa kita tak payah beramal, lagilah jauhnya silap kita.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunah tp selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada. Apatah maafkan orang…. jauh sekali.

Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta bertampal penuh sticker Islamik tapi sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula dekati kita, kita tak hairan… apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap….
Fikirkan…..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: