Posted by: peribadirasulullah | Mei 14, 2016

Bukti betapa bahayanya media sosial jika disalahgunakan

 

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Tuan Sri/Puan Sri, Dato’ Sri/Datin Sri, Dato’/Datin, /Prof. Dr./Tuan/Puan,
Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari  Yang Dirahmati Allah SWT  Sekalian….

☛Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W,
Baginda telah bersabda yang maksudnya:

”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”
(At-Tirmidzi)

☛Dalil al-Quran:
Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (surah Al-Baqarah, 2: 261)

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Quran surah Al-Baqarah, 2: 274)

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. (Al-Munafiquun: 10)

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya). (Hadith Riwayat Bukhari)

 

 

In Sya Allah pada 5/6/2016 Kami seramai 6 orang sukarelawan Ihya Assunnah Solution akan ke Kemboja untuk menunaikan amanah yang anda berikan. Kami akan member bantuan berbuka puasa kepada Pondok An-Nur  dan Madrasah Al-Husaini di Daerah Kampot dan beberapa buah masjid di 3 daerah di selatan Kemboja.

Sumbangan anda amat dialu-alukan untuk tujuan murni tersebut , hulurkan sumbangan Ihklas anda ke No. Akaun Kami Maybank  553131011505 dan hubungi Ustaz Sulaiman Hassan di talian +855 16 638010 Pendakwah Bebas Di Kemboja.

Mohon hantar komen atau sokongan anda melalui : ihyaassunnah68@gmail.com

Sila layari laman dibawah untuk melihat aktiviti kami:

https://www.youtube.com/watch?v=xhhTNwUfTN8

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2014/09/26/kompleks-madrasah-al-husaini-kampotcambodia/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

https://www.youtube.com/channel/UCDI9U6D_VK8A42ZVh1kvviA

https://www.facebook.com/salleh.faiz.5

https://www.facebook.com/muslimkemboja.melayuchampa

https://www.youtube.com/watch?v=SDX55C02wSo

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: