Posted by: peribadirasulullah | Mac 15, 2016

Tentera russia akan meninggalkan syria

tentera rusia

MOSCOW, Selasa – Kementerian Pertahanan Rusia hari ini mengumumkan sekumpulan pesawatnya keluar meninggalkan Syria.

Ia berikutan pengumuman Presiden Vladimir Putin bahawa bahagian utama angkatan tentera Rusia di Syria akan mula keluar setelah rundingan damai disambung semula.

Putin membuat pengumuman mengejut itu ketika pertemuannya dengan Menteri Pertahanan dan Menteri Luar semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi tarikh untuk penarikan balik tenteranya dan berkata tentera Rusia akan kekal di pelabuhan dan pangkalan udara di wilayah Latakia Syria.

Duta PBB Rusia, Vitaly Churkin turut mengesahkan bahawa separuh tentera Rusia akan tinggal di Syria.

“Tentera kami akan terus berada di Syria bagi memastikan gencatan senjata yang telah dipersetujui dipatuhi,” katanya.

Putin berkata pada mesyuarat Kremlin bahawa beliau telah mengarahkan penarikan balik bahagian utama tentera dari Syria bermula Selasa (hari ini).

Bagaimanapun, diplomat telah memberikan arahan untuk meningkatkan lagi usaha untuk mencari penyelesaian bagi menyelesaikan konflik di Syria.

Presiden Syria, Bashar al-Assad juga telah bersetuju dengan pengunduran tentera Rusia melalui panggilan telefon bersama Putin.

Kewujudan tentera Rusia di Syria sejak September lalu dalam peperangan telah memberi kelebihan kepada Assad selepas sebulan peperangan di barat Syria dengan pemberontak yang dibantu oleh Amerika Syarikat.

Sementara itu, diplomat Barat membuat spekulasi bahawa Putin mungkin cuba untuk menekan Assad supaya menerima penyelesaian politik yang dicadangkan bagi menghentikan peperangan yang telah membunuh kira 250,000 orang itu.

Pembangkang anti-Assad bagaimanapun melahirkan kebingungan dengan tindakan Putin.

Sementara itu di Geneva, jurucakap PBB, Staffan de Mistura berkata, tiada plan B disediakan untuk pihak yang berperang jika tiga rundingan pertama itu gagal.

Dengan penyertaan tentera Rusia, angkatan tentera Syria telah berjaya untuk menangani keganasan yang berterusan terhadap mereka.

Rundingan Syria adalah yang pertama dalam tempoh lebih dua tahun dan di tengah-tengah pertempuran.

Bercakap sebelum pengumuman Putin dibuat, de Mistura berkata Syria mengharapkan kebebasan setelah peluang perbincangan dibuka untuk menamatkan peperangan yang telah membunuh ramai penduduk dan mengubah Syria menjadi medan perang untuk tentera asing dan jihad.

Pihak pembangkang Syria berkata, rundingan mesti tertumpu untuk mewujudkan satu badan pentadbiran dengan kuasa penuh dan Assad mesti meninggalkan kuasa untuk perubahan.

Damsyik bagaimanapun berkata pihak pembangkang boleh berpaling jika mereka fikir mereka akan mengambil alih kuasa di meja rundingan. – Agensi

Rusia umum tentera berundur tinggalkan Syria


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: