Posted by: peribadirasulullah | Mac 15, 2016

Singapura haramkan iklan rokok

rokok diharamkan di singapura

INGAPURA, Selasa – Parlimen Singapura semalam telah memutuskan untuk mengharamkan paparan rokok di negara itu bagi membendung tabiat merokok di kalangan penduduknya.

Mengikut peraturan baru yang dibentuk, mulai tahun 2017, sebarang paparan atau iklan yang melibatkan rokok atau tembakau adalah diharamkan.

Para penggubal undang-undang Singapura turut mengundi untuk mengharamkan semua bentuk iklan yang melibatkan tembakau termasuk iklan secara atas talian.

Menteri Kanan Singapura, Amy Khor berkata, bagi menjamin kesihatan, rokok elektronik dan vape juga tidak dibenarkan untuk dipaparkan di negara itu.

“Walaupun kadar perokok di Singapura masih pada tahap yang rendah berbanding negara-negara lain, tetapi kita tidak boleh leka,” katanya.

“Kita juga tahu industri secara agresif memasarkan rokok mereka kepada anak-anak muda. Oleh itu, kita perlu meningkatkan usaha untuk melindungi orang ramai daripada kesan pengiklanan tembakau ini,” katanya.

Singapura kini sebaris dengan negara-negara yang telah mengharamkan iklan rokok seperti Australia, Kanada, New Zealand dan United Kingdom.

Menurut beliau walaupun kadar perokok di Singapura pada tahap yang paling rendah tetapi terdapat peningkatan dalam peratusan iaitu 12.6 peratus pada tahun 2004 dan meningkat kepada 13.3 peratus pada tahun 2013.

Singapura merupakan negara yang mempunyai kadar perokok paling rendah disebabkan tindakan yang diambil termasuk cukai nikotin tinggi, larangan iklan tembakau dan undang-undang yang ketat melarang merokok di kebanyakan tempat di negara itu. – Agensi

Singapura haramkan iklan rokok


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: