Posted by: peribadirasulullah | Mac 15, 2016

LGBT langgar batas agama dan fitrah manusia

lgbt voxpop

Oleh Nurul Ashikin Abdul Halim

BANGI, Rabu – Rakyat Malaysia menolak sekeras-kerasnya amalan seks songsang atau golongan lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT) kerana ia melanggar syariat Islam malah dianggap bukan sesuatu yang normal.

“Dari segi agama negara kita mengamalkan prinsip Islam manakala dari faktor sosial kita tidak sepatutnya menyamakan budaya kita dengan negara luar,” kata pensyarah, Dr Shahrudin Shaari.

“Selain itu, saya yakin bahawa semua agama juga menolak isu LGBT ini,” tegasnya.

Menurut Shahrudin, pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan bagi membendung gejala ini daripada berterusan.

Malah seorang pelajar, Azim turut tidak menyokong wujudnya golongan LGBT di Malaysia.

“Fitrah kita diciptakan antara lelaki dan perempuan, lagipun LGBT ini akan membawa kepada masalah yang lebih besar,” katanya kepada wartawan Ismaweb.

Peniaga, Ghazali Abdul Latif pula berkata kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam perlu bertindak dengan menyelitkan sedikit isu ini melalui ceramah atau khutbah bagi mengingatkan rakyat tentang bahaya LGBT.

“Cukuplah walau sepotong ayat yang diutarakan bagi memberi peringatan asalkan kita menjalankan tanggungjawab untuk memberi peringatan,” katanya.

Manakala, suri rumah, Humanire berpendapat asas agama penting untuk diterapkan dalam sesebuah keluarga supaya tiada ahli keluarga yang terlibat dengan gejala songsang ini.

“Ibu bapa sepatutnya menerangkan kepada anak-anak dari awal mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan supaya apabila mereka dewasa mereka faham dan bijak membuat pilihan,” katanya.

Terdahulu, isu LGBT dilihat mula menjadi tumpuan semula selepas sebuah video yang dirakamkan di Indonesia memaparkan ada segelintir rakyat di negara itu bersetuju untuk mengiktiraf golongan ini.

Malah seorang pembela HIV & AIDS, Liyana Khairuddin yang juga seorang pengamal biseksual berkata beliau kini sedang berusaha untuk mendapatkan hak LGBT di Malaysia.

“Saya berunding dengan Yayasan Human Right Campaign (HRC) mengenai cara untuk mendapatkan organisasi keagamaan di negara ini untuk menerima komuniti LGBT,” katanya dalam laman web Human Rights Campaign (HRC) sempena Hari Wanita Sedunia semalam.

Menurut Liyana kini ramai wanita yang komited berusaha untuk komuniti LGBT yang kini sedang bergerak di dalam dan luar negara.

*Nurul Ashikin adalah pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam yang sedang membuat latihan praktikal di Media Isma Sdn Bhd.

http://www.ismaweb.net/2016/03/lgbt-langgar-batas-agama-fitrah-manusia/

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: