Posted by: peribadirasulullah | Februari 13, 2016

7 Sifat yang menghalang amalan diterima oleh Allah SWT

h 6

Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?
Baginda menjawab: Riak.”
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Berikut ialah sebab-sebab amalan kita tidak diterima di setiap lapisan langit:
1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:
1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh n Allah S.A.W. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.
Sama-samalah kita bermuhasabah diri. Jadikan petikan hadith ini sebagai peringatan dan panduan dalam kehidupan seharian kita.

https://kesba.wordpress.com/

 Nota:

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Tuan Sri/Puan Sri, Dato’ Sri/Datin Sri, Dato’/Datin, /Prof. Dr./Tuan/Puan,
Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ustaz  Sulaiman Hassan Pengurus Kompleks Al-Husaini dan juga ahli Lembaga Ihya Assunnah Solution

Memohon sumbangan ikhlas anda untuk menyiapkan pejabat dan perpustakaan bagi kemudahan para guru dan sumber rujukan para pelajar, sumbangan tersebut boleh disalurkan melalui  Akaun Maybank  553131011505 – Malaysia.

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: