Posted by: peribadirasulullah | Februari 8, 2016

Berita Gembira Daripada Allah SWT

بشرى إنطلاق أضخم مشروع للواتساب ب 13 لغة ( صورة ) 386197_mn66com.gif

Marilah bersama kita makmurkan dunia dengan rahmat daripada Allah SWT dan rebutlah amal kebajikan selagi nyawa dan kesihatan serta masa sihat masih ada.

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A187

Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.

(Al-Baqarah 2:187)
Permitted to you, on the night of the fasts, is the approach to your wives. They are your garments and ye are their garments. Allah knoweth what ye used to do secretly among yourselves; but He turned to you and forgave you; so now associate with them, and seek what Allah Hath ordained for you, and eat and drink, until the white thread of dawn appear to you distinct from its black thread; then complete your fast Till the night appears; but do not associate with your wives while ye are in retreat in the mosques. Those are Limits (set by) Allah. Approach not nigh thereto. Thus doth Allah make clear His Signs to men: that they may learn self-restraint.

A030

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

(Fussilat 41:30)
In the case of those who say, “Our Lord is Allah., and, further, stand straight and steadfast, the angels descend on them (from time to time): “Fear ye not!” (they suggest), “Nor grieve! but receive the Glad Tidings of the Garden (of Bliss), the which ye were promised!

A170

(Dan juga) mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam yang sedang berjuang), yang masih tinggal di belakang, yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (iaitu) bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

(A-li’Imraan 3:170)
They rejoice in the bounty provided by Allah. And with regard to those left behind, who have not yet joined them (in their bliss), the (Martyrs) glory in the fact that on them is no fear, nor have they (cause to) grieve.

A171

 

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.

(A-li’Imraan 3:171)
They glory in the Grace and the bounty from Allah, and in the fact that Allah suffereth not the reward of the Faithful to be lost (in the least).

A124

Dan apabila diturunkan sesuatu surah (dari Al-Quran) maka di antara mereka (yang munafik) ada yang bertanya (secara mengejek): “Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini?” Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu menambahkan iman mereka, sedang mereka bergembira (dengan turunnya).

(At-Taubah 9:124)
Whenever there cometh down a sura, some of them say: “Which of you has had His faith increased by it?” Yea, those who believe,- their faith is increased and they do rejoice.

A067

Dan (semasa kedatangan mereka) datanglah penduduk bandar itu dengan gembira.

(Al-Hijr 15:67)
The inhabitants of the city came in (mad) joy (at news of the young men).

A048

Allah jualah yang menghantarkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan; kemudian Allah menyebarkan awan itu di langit sebagaimana yang dikehendakiNya, dan menjadikannya berkelompok-kelompok; lalu engkau melihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila Allah menurunkan hujan itu mengenai sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambanya, mereka serta merta bergembira;

(Ar-Ruum 30:48)
It is Allah Who sends the Winds, and they raise the Clouds: then does He spread them in the sky as He wills, and break them into fragments, until thou seest rain-drops issue from the midst thereof: then when He has made them reach such of his servants as He wills behold, they do rejoice!-

A045

Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat; dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta merta riang dan gembira.

(Az-Zumar 39:45
When Allah, the One and Only, is mentioned, the hearts of those who believe not in the Hereafter are filled with disgust and horror; but when (gods) other than He are mentioned, behold, they are filled with joy!

A111

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(At-Taubah 9:111)
Allah hath purchased of the believers their persons and their goods; for theirs (in return) is the garden (of Paradise): they fight in His cause, and slay and are slain: a promise binding on Him in truth, through the Law, the Gospel, and the Qur’an: and who is more faithful to his covenant than Allah. then rejoice in the bargain which ye have concluded: that is the achievement supreme.

A057

Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).

(Al-A’raaf 7:57
It is He Who sendeth the winds like heralds of glad tidings, going before His mercy: when they have carried the heavy-laden clouds, We drive them to a land that is dead, make rain to descend thereon, and produce every kind of harvest therewith: thus shall We raise up the dead: perchance ye may remember.

A048

Dan Dia lah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya, dan Kami menurunkan dari langit: air yang bersih suci,

(Al-Furqaan 25:48)
And He it is Who sends the winds as heralds of glad tidings, going before His mercy, and We send down pure water from the sky,-

A063

Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.

(An-Naml 27:63)
Or, Who guides you through the depths of darkness on land and sea, and Who sends the winds as heralds of glad tidings, going before His Mercy? (Can there be another) god besides Allah.- High is Allah above what they associate with Him!

A097

Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”.

(Al-Baqarah 2:97)
Say: Whoever is an enemy to Gabriel-for he brings down the (revelation) to thy heart by Allah.s will, a confirmation of what went before, and guidance and glad tidings for those who believe,-

A126

Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(A-li’Imraan 3:126
Allah made it but a message of hope for you, and an assurance to your hearts: (in any case) there is no help except from Allah. The Exalted, the Wise:

A010

Dan Allah tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Al-Anfaal 8:10
Allah made it but a message of hope, and an assurance to your hearts: (in any case) there is no help except from Allah. and Allah is Exalted in Power, Wise.

A064

Untuk mereka sahajalah kebahagiaan yang mengembirakan di dunia dan di akhirat; tidak ada (sebarang perubahan pada janji-janji Allah yang demikian itulah kejayaan yang besar.

(Yunus 10:64)
For them are glad tidings, in the life of the present and in the Hereafter; no change can there be in the words of Allah. This is indeed the supreme felicity.

A069

Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusan-utusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)”. Nabi Ibrahim menjawab: “Salam sejahtera kepada kamu”. Maka tidak berapa lama selepas itu, ia membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang dipanggang.

(Hud 11:69)
There came Our messengers to Abraham with glad tidings. They said, “Peace!” He answered, “Peace!” and hastened to entertain them with a roasted calf.

A074

Maka apabila hilang perasaan takut dari hati Nabi Ibrahim, dan sampai kepadanya berita yang mengembirakan itu, (mulailah) ia membantah (utusan-utusan) kami tentang (azab yang akan menimpa) kaum Nabi Lut.

(Hud 11:74
When fear had passed from (the mind of) Abraham and the glad tidings had reached him, he began to plead with us for Lut’s people.

A019

Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli perniagaan) yang sedang dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) dia pun menghulurkan timbanya (dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya) ia berseru dengan katanya: “Hai, (ini) sungguh mengembirakan! Ini adalah seorang budak lelaki (yang cantik parasnya)”. (Setelah mengetahui hal itu, saudara-saudara Yusuf pun datang) serta mereka sembunyikan keadaan Yusuf yang sebenarnya (untuk dijual) sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

(Yusuf 12:19
Then there came a caravan of travellers: they sent their water-carrier (for water), and he let down his bucket (into the well)…He said: “Ah there! Good news! Here is a (fine) young man!” So they concealed him as a treasure! But Allah knoweth well all that they do!

A089

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri; dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu); dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.

(Al-Nahl 16:89)
One day We shall raise from all Peoples a witness against them, from amongst themselves: and We shall bring thee as a witness against these (thy people): and We have sent down to thee the Book explaining all things, a Guide, a Mercy, and Glad Tidings to Muslims.

A102

Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu diturunkan oleh Ruhul Qudus (Jibril) dari Tuhanmu dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat, untuk meneguhkan iman orang-orang yang beriman, dan untuk menjadi hidayah petunjuk serta berita yang mengembirakan bagi orang-orang Islam.

(Al-Nahl 16:102)
Say, the Holy Spirit has brought the revelation from thy Lord in Truth, in order to strengthen those who believe, and as a Guide and Glad Tidings to Muslims.

A022

(Ingatkanlah) hari mereka melihat malaikat, pada hari itu tiadalah sebarang berita gembira bagi orang-orang yang bersalah (bahkan sebaliknya), dan mereka akan berkata: “Semoga kita jauh – dijauhkan (dari sebarang keadaan yang buruk)”.

(Al-Furqaan 25:22
The Day they see the angels,- no joy will there be to the sinners that Day: The (angels) will say: “There is a barrier forbidden (to you) altogether!”

A002

Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,

(An-Naml 27:2
A guide: and glad tidings for the believers,-

A031

Dan ketika datang (malaikat) utusan kami kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita yang mengembirakan), mereka berkata: “Sebenarnya kami hendak membinasakan penduduk bandar ini), sesungguhnya penduduknya adalah orang-orang yang zalim”.

(Al-‘Ankabuut 29:31)
When Our Messengers came to Abraham with the good news, they said: “We are indeed going to destroy the people of this township: for truly they are (addicted to) crime.”

A017

Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang mengembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu –

(Az-Zumar 39:17
Those who eschew Evil,- and fall not into its worship,- and turn to Allah (in repentance),- for them is Good News: so announce the Good News to My Servants,-

A012

(Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab – yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), – diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orang-orang yang berbuat kebaikan.

(Al-Ahqaaf 46:12
And before this, was the Book of Moses as a guide and a mercy: And this Book confirms (it) in the Arabic tongue; to admonish the unjust, and as Glad Tidings to those who do right.

A012

(Ingatlah) ketika engkau melihat (pada hari kiamat): orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, cahaya (iman dan amal soleh) mereka bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan, serta dikatakan kepada mereka): “Berita yang mengembirakan kamu pada hari ini, (kamu akan beroleh) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, kekal kamu di dalamnya; yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”.

(Al-Hadiid 57:12)
One Day shalt thou see the believing men and the believing women- how their Light runs forward before them and by their right hands: (their greeting will be): “Good News for you this Day! Gardens beneath which flow rivers! to dwell therein for aye! This is indeed the highest Achievement!”

LOGO IHYA ASSUNNAH 2

Semoga apa yang kami nukil ini menjadi amal jariah di Akhirat nanti dan kita semua terlepas daripada satu kefarduan dalam menyeru manusia kepada agama Allah SWT. In Sya Allah.

 

BERITA GEMBIRA , TAWARAN TERISTIMEWA ALLAH SWT UNTUK ANDA …

 PAKAIAN, MINUMAN DAN MAKANAN SYURGA  UNTUK KITA NIKMATI.

Rasulullah SAW tidak bernah berbohong dan janji Allah SWT sentiasa benar, renungilah hadis-hadis yang kami rakamkan dalam risalah ini.

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Tuan Sri/Puan Sri, Dato’ Sri/Datin Sri, Dato’/Datin, /Prof. Dr./Tuan/Puan,
Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan

Tuan/Puan,

Merujuk kepada perkara di atas, dengan rendah hati saya Ustaz Amin bin Mohamed  (Pengerusi  Ihya Assunnah Solution – Malaysia ) sahabat karib kepada Ustaz Mohd Amin bin Ismail  (Mudir Pondok An-Nuur Kampot,Kemboja) memohon jasa baik pihak puan untuk membantu memberikan sumbangan dana. Sumbangan ini adalah demi membantu meringankan beban dan tanggungan kami untuk membiayai pembelian keperluan asas para pelajar terutama beras, bil eletrik dansebagainya.

DENGAN CARA ANDA MENDERMA UNTUK MEMBELI BERAS BAGI MEMBERI MAKAN KEPADA PARA HAFIZ YANG SENTIASA BASAH BIBIR MEREKA DENGAN KALIMAH SUCI AL-QURAN, SEOLAH-OLAH ANDA TELAH MENEMPAH SEBUAH HIDANGAN UNTUK KELUARGA  ANDA DI SYURGA NANTI.

SETIAP BIJI BERAS YANG ANDA LABURKAN UNTUK MEREKA YAKINLAH IANYA AMAT BERNILAI DISISI MEREKA DAN BEGITU JUGA NILAINYA DI SISI ALLAH SWT – SEMOGA ALLAH SWT MENGGANJARI SEDEKAH  ANDA DENGAN GANDAAN DAN REZEKI YANG TIDAK BOLEH DI NILAI OLEH MANUSIA ,  AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Sabda Nabi SAW…

☛Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W,
Baginda telah bersabda yang maksudnya:

”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”
(At-Tirmidzi)

 

☛Dalil al-Quran:
Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (surah Al-Baqarah, 2: 261)

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Quran surah Al-Baqarah, 2: 274)

Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia ( pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh. (Al-Munafiquun: 10)

Dari Amru bin Auf RA katanya Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya). (Hadith Riwayat Bukhari)

 

Kami sebagai sahabat kepada ustaz Mohd Amin bin Ismail, Mudir Pondok An-Nuur amat bersimpati dengan nasib para pelajar Pondok An-Nur Kampot Kemboja yang amat dhaif sehingga ustaz Mohd Amin bin Ismail merayu dan memohon bantuan beras untuk saraan hidup para hafiz. Namun disebabkan saya juga insan biasa tidak mampu menunaikan permintaan ustaz Mohd Amin keseorangan. Kepada mereka yang baik hati dan berhajat untuk membantu ustaz Amin bin Ismail boleh hubungi +855 87638 544 atau salurkan bantuan anda ke dalam akaun ☛ 160 02 002534 (Kemboja).

Pihak Pentadbir Pondok An-Nuur Kampot, Kemboja amat memerlukan sumbangan dan derma bagi menyiapkan pembinaan masjid dan keperluan pelajar terutama sumbangan beras sebanyak USD250 untuk membeli 500 kg.beras setiap bulan. Kini pihak pentadbir terpaksa berhutang dengan pihak pembekal kerana tiada sumbangan daripada mana-mana pihak. Saya sebagai seorang sahabat sedia membantu menyampaikan amanah anda melalui Pertubuhan Ihya Assunnah

( Akaun Maybank  553131011505 – Malaysia ) atau hubungi 019-9576237 untuk keterangan lanjut.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan Ustaz Mohd Amin dalam mentadbir Pondok An-Nuur ,Kampot , Cawangan Kemboja,

Amin Ya Rabbal Alamin.

Setiap sumbangan anda terlebih dahulu kami ucapkan jutaan terima kasih dan bagi memudahkan niat ikhlas anda semasa menghulurkan sumbangan, sila emailkan kepada kami maklumat sumbangan anda atau sebarang cadangan serta komen.

email kami :

☛  ihyaassunnah68@gmail.com

https://www.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?ref=aymt_homepage_panel

In Sya Allah, Kami tidak akan lupa berdoa kepada Allah SWT segala kebaikan untuk para penderma, kepada semua umat Islam Syria, Iraq dan Mesir serta lain-lain negara umat Islam yang dizalimi. Kami di bumi Kemboja tidak mustahil menerima nasib yang sama di suatu hari nanti (nauzubillah min zalik), oleh itu kami mengambil kesempatan di atas nikmat keamanan yang ada untuk cuba bangun membina syiar Allah SWT dengan cara yang berhikmah agar tidak menyentuh budaya tempatan golongan belum Islam agar tidak sinar cahaya Ilahi di bumi Kemboja tidak akan padam.

 

Salam Persaudaraan Islam dari kami untuk semua dengan lafaz suci

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

و جزاكم الله خير الجزاء فى الدنيا والآخرة على مساهمتكم  لرفع كلمة الله فى كمبوديا خاصة وفى كل مام عامة

… أمين يا رب العالمين.

Sekian, Wassalam dan jutaan terima kasih.

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: