Posted by: peribadirasulullah | Januari 27, 2016

Ujub racun paling bahaya kepada ahli ibadat

Syah Nazrin Hashim's photo.

Susah nak jaga hati ni untuk tidak ujub, berbangga dengan diri atas amalan yang dilakukan.
Teringat kata2 nasihat:

“Jika ada dalam dirimu 99 kebaikan dan 1 kejahatan, lihatlah kejahatanmu itu supaya dapat rasa kerdilnya dirimu
Jika ada pada seseorang itu 99 kejahatan dan 1 kebaikan maka lihatlah 1 kebaikannya itu supaya kamu akan sentiasa husnuzhon terhadapnya”.

Jika Allah permudahkan jalanmu beribadat melalui pintu qiamullail, janganlah kamu memandang hina kepada manusia lain yang tidur (tidak qiamullail)..

Jika Allah permudahkan jalanmu beribadat melalui pintu puasa, janganlah kamu memandang hina kepada manusia lain yang tidak berpuasa..

Jika Allah permudahkan jalanmu beribadat melalui pintu jihad, janganlah kamu memandang hina kepada manusia yang tidak keluar berjihad..

Boleh jadi mereka yang tidur (tidak qiamullail), tidak berpuasa, atau tidak keluar berjihad itu lebih dekat dengan Allah berbanding kamu..

Ibnul Qayyim menyebut, “Sekiranya kamu tidur malam (tidak qiamullail) lalu kamu bangun pagi dengan perasaan menyesal, lebih baik daripada kamu bangun malam beribadat lalu kemudian pada waktu paginya kamu ujub atas perbuatan kamu tadi. Sesungguhnya orang yang ujub itu tidak terangkat amalannya (untuk dinilai dan diberikan ganjaran oleh Allah).” (Madarij as-Salikin, 1/177)

* Pengajarannya, teruskan beramal dengan ikhlas dan buanglah rasa ‘ujub dalam diri.

https://www.facebook.com/mohd.a.hassan.927


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: