Posted by: peribadirasulullah | Januari 21, 2016

Lakukanlah kebajikan walau besok berlaku kiamat

1 benih

Rasulullah s.a.w bersabda:
 
“Sekiranya di tangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut”
 

[Hadis Riwayat Imam Ahmad]

Secara logik, adakah sempat benih kurma itu menjadi pokok dan berbuah sebelum kiamat?
 
mustahil bukan? tak rasa kah macam sia-sia kalau tanam benih tu?
 
Apa yang saya faham daripada pembelajaran saya, pengajaran hadith ialah bukan hasil menjadi ukuran. Apa yang menjadi ukuran pada Allah ialah sejauh mana usaha yang kita lakukan. Kerana apa? Kerana segala hasil ialah di tangan Allah. Apa yg kte mampu lakukan hanyalah usaha dan tawakal.
 
Dan yakinlah, Allah itu Maha Perancang, Maha Penyayang. Jadi, usahlah berputus asa sekiranya hasil yang kita inginkan tidak kesampaian. Mungkin masanya bukan sekarang tetapi akan tiba,atau boleh jadi ada sesuatu yg lebih baik dari apa yang kita hajati.
 
Teruskan usaha, never give up. Manusia ni hanya ibarat robot. Kita tak terdaya berbuat apa2 melainkan Allah yang memampukan kita. Kalau kita berjaya, bukan kerana kepandaian kita, tapi itu semua Allah yang tentukan.
 
Kadang-kadang kita lihat ada rakan-rakan yang belajar sambil lewa, tapi result hebat. Kita pula, belajar sepenuh jiwa raga, tapi result tak sehebat mereka. Sekiranya kita yakin Allah lihat usaha kita dan tak memandang hasilnya, tentu kte tak bersedih hati dengan result yang tak gempak tu dan redha atas segala ketentuanNya.
 
Teringat waktu saya dengar pengajaran hadith ni sesuai sangat dengan keadaan diri yang down ketika itu..terasa penat belajar medic..habis satu exam, kena hadapi satu exam lain pula. Penat rasanya. Alhamdulillah Allah bagi semangat melalui hadith ni.
Gunalah kesempatan waktu yang ada dan kesempitan ekonomi Malaysia sekarang untuk berderma di jalan Allah SWT.
ِAllah SWT akan menambah kemuliaan kerana menderma di saat penuh kesempitan kerana tekanan kos hidup dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Kami di bumi selatan Kemboja amatlah memerlukan bantuan anda.
Kepada penderma yang budiman kami ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan yakinlah Allah SWT tidak mensia-siakan pengorbanan tuan,puan.
Kami sentiasa mendoakan keberkatan dan kesejahteraan untuk semua.
Salam Ukhuwah Islamiah dari kami:

☛  ihyaassunnah68@gmail.com

https://www.facebook.com/IHYA-Assunnah-1184250164973202/?ref=aymt_homepage_panel

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته وجزاكم الله خير الجزاء فى الدنيا والآخرة


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: