Posted by: peribadirasulullah | Disember 8, 2015

Syria dan Palestin adalah laluan ke Taman-Taman Syurgawi

Di saat kita semua bersedih dan berdoa untuk Syiria dan Palestin,tapi kita lupa dalam tak sedar sedang menolong Israel..
SEMOGA ALLAH BUKA PINTU HATI KAMI SEMUA…AAMIIN..

ISRAEL menerima bantuan daripada rakyat malaysia sebanyak RM230,000.00 setiap hari melalui pembelian set rm5.90 di McD MALAYSIA.
McD MALAYSIA menghantar sebanyak RM 80.4 juta setahun ke PUSAT McD di USA,dan wang itu telah disalurkan ke tabung ISRAEL.
Masyarakat M’sia kalau ada keperikemanusiaan, TOLONG COPY PASTE & Jom Boikot Berterusan!!!
Amanat Perdana Menteri Palestin:
“Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam, tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir.
Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia.
“Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?”.
Sila sebarkan jika anda peduli .
Hj. Nazri Deraman, Pengerusi Cakna Palestin
Ambil masa lebih kurang 5 minit utk sebarkn msg ini supaya kita boleh menjawab soalan dari Allah s.w.t apabila ditanya apa yg kita buat.
Inshaa Allah..
Harap anda tidak membiarkan msg berhenti disini shja .
★Untuk peringatan sbb kita kdg2 lupa
★Sebarkan .

Mereka tak buat salah pada sesiapa pun,tapi mereka menjadi mangsa..sebak hati bila melihat nasib kanak-kanak di Syria…Bagi yang punyai hati,jangan abaikan gambar ini tanpa mengaminkan… YA ALLAH,SELAMATKAN KANAK-KANAK SYRIA DARI TERUS MENJADI MANGSA KEKEJAMAN…AAMIIN..

Beginilah nasib rakyat Syria,hinggakan ada yang berlindung di bawah jambatan.Subhanallah…YA ALLAH,TABAHKAN HATI MEREKA DAN BERILAH MEREKA KESELAMATAN DARI TERUS DIZALIMI…AAMIIN.

Sedih bila seorang anak terlebih dahulu meninggalkan seorang ayah,inilah nasib syria…Subhanallah..Jangan abaikan gambar ini tanpa mengaminkan.
YA ALLAH,SELAMATKAN BUMI SYRIA DARI ORANG YANG ZALIM..AAMIIN..

ASSALAMMUALAIKUM WBT
Alhamdulillah sesudah dipermudahkan segala urusan, ini dia artikel yang dijanjikan. Artikel yang dipetik dari sebuah blog seorang ”hamba ALLAH SWT” mengenai serba sedikit sejarah nagara Syria untuk anda.
(sila tag rakan anda yang lain kerana artikel panjang macam ni biasanya tak keluar pada apps, hanya keluar atau boleh dibaca menggunakan browser sahaja.)
.
.
Sebelum kita melihat pada krisis yang sedang berlaku di Syria, mari kita selusuri sejarah ringkas negara tersebut, untuk lebih memahami sedikit-sebanyak kedudukan sosio-politik negara tersebut. Juga untuk memberi kita kefahaman dan semangat mengapa kita sebagai umat Islam amat perlu turun padang untuk membantu dan mempertahankan saudara-saudara kita di sana. Ini soal ummah sejagat; maka kita perlu ambil tahu dan ambil peduli.
.
Syam: Kota Penuh Bersejarah
Syria, (atau Suriah) adalah salah satu daripada empat buah negara Kota Syam, sememangnya mempunyai kedudukan yang cukup istimewa di sisi Islam. Malah Allah merakamkan keistimewaan wilayah ini di dalam al-Quran pada surah Quraisy apabila Allah ingin mengingatkan bangsa Quraisy tentang keistimewaan dan kelebihan yang telah Allah kurniakan kepada mereka.
.
“Kerana kebiasaan orang-orang Quraisy, (iaitu) kebiasaan mereka berpergian pada musim sejuk dan musim panas. Maka hendaklah mereka meyembah Tuhan (pemilik) rumah ini (Kaabah), yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka daripada rasa ketakutan.”
[Quraisy, 106: 1-4]
.
Para mufassirin sependapat bahawa ‘berpergian pada musim panas’ yang disebut di dalam surah ini adalah merujuk kepada kebiasaan orang-orang Quraisy yang pergi berdagang ke Syam pada musim panas. Sememangnya Syam cukup sinonim sebagai sebuah kota perdagangan kerana kedudukannya yang cukup strategik. Malah sekiranya anda masih ingat, dalam peristiwa perang Badr, Abu Sufyan telah menjual seluruh harta-benda umat Islam yang meninggalkan kota Mekah untuk berhijrah ke Madinah, di Syam.
.
Di zaman Khilafah Bani Umayyah, kota Damsyik yang terletak di Syria dijadikan pusat pemerintahan para khalifah ketika itu, menggantikan Madinah. Kedudukan Damsyik sebagai tempat bersemayamnya khalifah ummah ini kekal sehinggalah kejatuhan Umayyah dan digantikan dengan ‘Abbasiyyah yang menjadikan Baghdad sebagai pusat pemerintahan mereka.
.
Laju ke hadapan, selepas Perang Dunia Pertama di mana dunia menyaksikan berakhirnya sistem khilafah Islamiyyah secara rasminya di Turki pada 1924, Syria telah menjadi tanah jajahan Perancis. Setelah berlakunya pergolakan politik yang cukup meriah lagi rumit, akhirnya Syria mendapat kemerdekaan daripada Perancis pada tahun 1946.
.
Pada tahun 1970, Hafez al-Assad (bapa kepada Bashar al-Assad) telah merampas kuasa melalui bantuan partinya, Parti Baath. Hafez telah memerintah secara autokratik, bengis dan kejam sehinggalah kematiannya pada tahun 2000.
.
Era Pemerintahan Hafez al-Assad.
Hafez al-Assad akan dikenang dalam lipatan sejarah sebagai seorang pemimpin zalim yang sentiasa dahagakan darah para pejuang Islam yang menentang tampuk pemerintahannya. Berasal dari latar belakang Syiah Alawi, yakni Syiah yang dianggap sesat dan merupakan golongan minoriti di Syria (kurang lebih 6% daripada jumlah penduduk keseluruhan), Hafez mengamalkan polisi diskriminasi apabila menaikkan dan melantik para pemimpin kerajaan daripada ahli keluarganya yang terdekat dan di kalangan kaum Syiah Alawi.
.
Parti Baath yang dipimpin Hafez adalah sebuah parti sekular dan menjalankan pemerintahan secara diktator apabila pemilihan Presiden dilaksanakan secara referendum dan bukan pemilihan secara demokratik. Maka tidak hairanlah sentiasa berlaku protes dan penentangan demi penentangan ke atas pemerintahan Hafez. Dan Hafez bertindak pantas dengan menghapuskan para penentangnya sama ada dengan cara penangkapan, penyeksaan mahupon pembunuhan. Hafez tampaknya tidak pernah ragu-ragu untuk menghapuskan sebarang bentuk ancaman ke atas dirinya.
.
Kemuncak kekejaman Hafez berlaku pada tahun 1982, apabila Hafez mengarahkan ketumbukan tentera Syria untuk menghapuskan kebangkitan Ikhwanul Muslimin di Syria yang berpusat di kota Hama. Ikhwan yang bangkit akibat tidak lagi tertahan dengan penindasan yang dilakukan oleh rejim Hafez, menjadikan Hama sebagai pusat operasi gerak kerja mereka. Gerakan mereka tampaknya membuahkan hasil apabila semakin ramai yang bangkit menentang kekejaman Hafez.
.
Hafez yang menyedari bahaya ancaman Ikhwan ini, dengan penuh berang mengarahkan agar kota Hama dibom dan para pejuang Ikhwah diburu hingga ke lubang cacing. Akibatnya puluhan ribu (ada yang menganggarkan kira-kira 46,000 ribu!) pejuang Islam gugur syahid di tangan Hafez dan konco-konconya. Sebahagian besar daripada yang syahid ini adalah penganut Ahlul Sunnah wal Jamaah. Selepas peristiwa ini, Hafez mengharamkan Ikhwanul Muslimin. Malah sesiapa yang menyertainya akan dihukum bunuh!
.
Hafez juga terkenal dengan penglibatannya dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin! Walaupon media Syria menggambarkan Hafez sebagai pembela nasib rakyat Palestin, anda semua sila jangan tertipu dengannya. Penglibatan Hafez dalam pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Tel Al-Zaatar tidak dapat dinafikan lagi. Begitu juga dengan hakikat bahawa Bukit Golan yang diduduki oleh Zionis laknatullah dan terletak hanya beberapa kilometer dari Damsyik, tidak pernah diganggu-gugat, dijentik pon tidak oleh Hafez. Walhal Hafez dengan penuh riang rianya menumpahkan darah umat Islam, rakyat negaranya sendiri!
.
Era Pemerintahan Bashar al-Assad
Naiknya Bashar al-Assad ke taktha pemerintahan Firaun Syria adalah tidak dirancang sebenarnya. Pada mulanya, Hafez telah pon melatih anak lelaki sulungnya, Bassel al-Assad untuk menggantikannya. Namun, takdir Allah menentukan segalanya apabila Bassel mati dalam suatu tragedi kemalangan jalan raya.
.
Bashar yang ketika itu sedang menuntut di Kerajaan Bersatu dalam bidang perubatan mata dipanggil pulang untuk mengisi vakum yang ditinggalkan Bassel. Bashar, yang merupakan seorang yang pendiam dan kurang dikenali, mula diberikan tugas, amanah dan kedudukan dalam pasukan tentera dan rejim Syria.
.
Selepas kematian bapanya pada tahun 2000 akibat paru-paru berair, Bashar dilantik menjadi Presiden Syria yang baru tanpa sebarang tentangan. Bashar dilihat sebagai Presiden yang popular kerana mewakili anak muda Syria dalam membawa reformasi dan perubahan pada Syria (dia dilantik menjadi Presiden ketika berusia 34 tahun). Malangnya, reformasi dan perubahan ini tidak diterjemahkan dalam erti kata yang sebenar, dan akhirnya rakyat Syria bangkit bagi menentang penindasan rejim Bashar al-Assad.
.
Revolusi Rakyat Syria
Mungkin tak ramai yang tahu punca sebenar kebangkitan rakyat Syria kerana macam mana nak tahu kalau hari-hari baca Utusan Online atau Metro sahaja. Peristiwa yang mencetuskan kepada kebangkitan rakyat tidaklah seromantik kejadian yang mencetuskan revolusi di Tunisia misalnya, apabila Mohamed Bouazizi membakar dirinya hidup-hidup. Tetapi ia cukup signifikan untuk membangkitkan kemarahan rakyat Syria hingga menyebabkan satu-persatu domino jatuh menyembah bumi (Baca: Teori domino).
.
Semuanya bermula apabila sekumpulan kanak-kanak di sebuah tadika yang menconteng dinding tadika mereka dengan tulisan, “Kami Mahu Jatuhkan Kerajaan!” Apabila perkara ini diketahui oleh anjing-anjing Bashar, kanak-kanak ini ditangkap dan diseksa, antaranya dengan mencabut kuku-kuku mereka! Malah ada yang mati akibat seksaan keras yang dikenakan terhadap mereka. Bayangkan kanak-kanak tadika yang masih belum kenal pon erti kehidupan yang sebenar dilayan sebegitu rupa!
.
Apabila ibu bapa dan ahli keluarga kanak-kanak tersebut pergi untuk menuntut agar dibebaskan anak-anak mereka, permintaan mereka ditolak dengan keras. Malah, mereka diludah pula dengan kata-kata keji,
.
“Kamu balik sahajalah. Lupakan anak-anak kamu dan anggaplah mereka telah tiada. Jika kamu hendak anak-anak lagi, berikan kepada kami isteri-isteri kamu (untuk kami rogol); hasil daripada itulah anak-anak kamu!”
.
Rentetan kekurangajaran mereka itu, rakyat menjadi berang dan sedikit demi sedikit, kemarahan mereka itu merebak pula ke seluruh Syria. Daripada ratusan, menjadi ribuan dan akhirnya bertukar menjadi kebangkitan jutaan rakyat Syria! Menariknya, kebangkitan rakyat Syria dipelopori oleh mereka yang berfahaman Ahlul Sunnah wal Jamaah, menjadikan revolusi ini seolah-olah kebangkitan Sunni menentang Syiah.
.
Ya, bunyinya seperti tidak terpercaya bukan? Seolah-olahnya anda sedang membaca hikayat dongeng yang diperdengarkan kepada anda sewaktu kecil dahulu sebelum hendak tidur. Dan anda menjangkakan pastilah pengkakhiran cerita dongeng ini akan disudahi dengan kehidupan gembira selama-lamanya. Macam tidak logik pula kebangkitan rakyat secara besar-besaran dicetuskan oleh kanak-kanak tadika yang tidak berdosa. Tetapi itulah hakikatnya. Dan pastikan anda telan dan hadam fakta ini betul-betul kerana begitu banyak dakyah dan fitnah disebarkan di luar sana bagi mengelirukan umat Islam dan dunia tentang apa yang sebenarnya berlaku.
.
Peristiwa di tadika itu hanyalah pencetus dan bukannya faktor penyebab kepada revolusi Syria. Maknanya, rakyat Syria selama ini ibaratnya gunung berapi yang terpendam lama, hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletus. Pastinya rakyat sudah lama memendam rasa dengan penindasan yang dilakukan oleh rejim Bashar, ditambah pula dengan sikap berat sebelahnya terhadap kaum Syiah Alawi. Menarik sekali apabila dibuat perbandingan, apa yang berlaku di Syria sekarang ini tidak jauh bezanya dengan layanan kerajaan Saddam Hussein di Iraq dahulu terhadap kaum Syiah minoriti di sana. Akhirnya, peristiwa kanak-kanak tadika yang diseksa itu telah menyebabkan rakyat meletup, bangkit menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan mereka.
.
Kebangkitan rakyat Syria pada mulanya dipandang enteng oleh rejim Bashar. Mereka menyangkakan yang kemarahan dan protes yang dicetuskan oleh rakyat itu hanyalah suam-suam sejuk sahaja. Mereka silap. Hari demi hari, kebangkitan rakyat semakin menular dengan begitu pantas. Kebangkitan rakyat amat berapi dan mata bersinar-sinar terutamanya di Homs, Hama, Daraa dan Doma, menyebabkan Bashar dan konco-konconya panas punggung dan berpeluh tengkuk. Tidak disangka Bashar, kepemimpinannya suatu hari nanti akan dicabar dan dibenci.
.
Arakian Bashar dan anjing-anjingnya mengambil keputusan untuk mengikuti jejak bapanya dengan menghapuskan segala ancaman yang wujud terhadap pemerintahannya dengan apa cara sekalippon. Dasar bapa borek, anak rintik! Orang awam yang menyertai protes ditembak tanpa rasa kasihan. Aktivis-aktivis kebangkitan dicari, dikejar sehingga ke lubang cacing, ditangkap di tengah malam dan diseksa atau dibunuh. Malah wanita dan anak-anak kecil juga tidak terlepas daripada kezaliman Bashar.
.
Kekejaman dan kezaliman Bashar bukan satu dongengan. Bukan satu rekaan untuk memburukkan reputasinya yang sudah pon sedia tercalar. Ia direkodkan dengan baik dan teliti sekali, baik melalu testimoni mereka yang terselamat dan askar-askar yang belot melarikan diri daripada Bashar, atau melalui rakaman video dan gambar yang sempat diambil oleh para saksi.
.
Antara video yang amat menggugah jiwa adalah apabila rakyat Syria dipaksa untuk menyebut ‘Laila ha illa Bashar!’ atau ‘Tiada sembahan selain Bashar!’ Astaghfirullah.. Dan mereka yang enggan menyebutnya akan dirobek mulut mereka, sehingga hilang bahagian rahang bawah mereka. La hawla wa quwwata illa billah..
.
”Celakalah kau wahai Bashar! Tiada Tuhan, Ilah atau Raja yang layak disembah melainkan Allah dan Allah sahajalah! Mahukah dikau mendapat kemurkaan dan seksaan sepertimana yang Allah turunkan kepada Firaun laknatullahi ‘alaih..??”
.
Belum lagi dihitung kekejaman dan kezaliman yang lain yang dilakukan Bashar dan anjing-anjingnya. Misalnya, nasib yang menimpa seorang gadis sunti, Zainab al-Husni, 23 tahun, yang dikerat empat dan dicampak mayatnya di hadapan rumah keluarganya, semata-mata kerana dia melawan kerana tidak mahu dirobek daranya oleh tentera Bashar laknatullah. Belum lagi dikira nasib 19 orang doktor dan dan 40 orang pesakit di sebuah hospital di Doma yang dibunuh dengan kejam oleh anjing-anjing Bashar. Allahu Akbar! Moga Allah mengurniakan syahid kepada kalian semua! Kalian tuntutlah di hadapan mahkamah Allah yang Maha Agung lagi Adil di Mashyar kelak; Dia pasti tidak akan mengecewakan kalian!
.
Sehingga kini, sudah ribuan nyawa yang gugur sejak revolusi Syria tercetus setahun yang lalu (angka sebenar tidak dapat dipastikan; pokoknya cukup ramai!). Lebih banyak nyawa akan tergadai dek ketegasan dan kedegilan Bashar untuk menamatkan kebangkitan ini dengan cara apa sekalipon.
.
Dunia terus menyaksikan dan bertepuk tangan gembira dengan apa yang berlaku. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kekal dungu dan menjadi boneka kuffar, apabila Russia dan China, dua ahli tetap Majlis Keselamatan menggunakan veto mereka untuk menolak sebarang usul untuk mengenakan tindakan terhadap rejim Syria. Iran dan Hizbullah pula terus memberikan sokongan, sama ada secara terang-terangan atau di belakang tabir terhadap rejim Bashar. Diceritakan juga bagaimana Hizbullah menghantar tentera elit dan komando mereka ke Syria untuk membantu Bashar menamatkan riwayat revolusi ini.
.
Pendedahan dari email-email Bashar, isterinya Asma, ayah mertuanya yang berpengkalan di London dan beberapa orang lagi konco dan kroni telah tersebar luas di media. Hasil selusup masuk sejak berbulan-bulan berjaya mendedahkan kekorupan dan pengkhianatan Bashar dan para penyokong tegarnya. Bagaimana di tengah-tengah krisis yang melanda, Bashar dan orang-orang kanannya boleh berjenaka bersahaja dengan apa yang sedang menimpa rakyat Syria, malah tidak mengambil seriyes langsung dengan krisis kemanusiaan yang berlaku. Diperlihatkan juga bagaimana Bashar dan isterinya Asma dengan selamba badak membeli-belah atas talian dengan riang gembiranya melalui laman-laman membeli-belah yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Begitu juga nasihat yang diberikan oleh bapa mertuanya, yang menyarankan agar Bashar mencipta helah dan alasan untuk menutup kezalimannya terhadap rakyatnya sendiri.
.
Di sebalik kekejaman dan penindasan yang dilakukan Bashar ke atas rakyatnya sendiri, amat mengagumkan dan mengharukan apabila melihat semangat rakyat Syria yang tidak pernah padam. Mereka begitu yakin dengan janji Allah, barangsiapa yang bersungguh-sungguh berjihad di jalanNya, pasti Dia akan menunjukkan jalan keluar. Mereka begitu yakin yang suatu hari nanti, Bashar dan rejimnya akan berjaya juga ditumbangkan. Cepat atau lambat, itu bukan persoalannya. Yang lebih penting, mereka semua bersatu, berjihad untuk melawan kekejaman rejim Bashar. Menaikkan bulu roma juga apabila menonton video-video kebangkitan mereka ini, yang membuktikan betapa bersemangatnya mereka dengan perjuangan ini. Masih terngiang-ngiang laungan keramat mereka:
.
“Siapa yg beri kemenangan?? Obama? Erdogan? Sarkozy?? Allah! KEMENANGAN ITU MILIK ALLAH!”
.
.
Persoalan saya untuk diri sendiri dan anda semua; mengapakah ummah ini boleh diperlakukan sebegitu rupa oleh Bashar al-Assad dan konco-konconya..?? Begitu hinakah deen dan ummah ini??? Di manakah khalifah mukminin yang sepatutnya menjadi perisai kepada kita semua…??
.
Syria: Mengapa Kita Perlu Peduli
Dalam sebuah hadith, ar-Rasul SAW menyatakan:
“Kamu akan lihat orang Islam dalam kasih sayang mereka, lemah-lembut mereka dan kasihan belas mereka umpama seperti tubuh badan, jika ada anggota badan yang mengadu sakit, maka seluruh anggota badan yang lain turut merasainya dengan sakit demam dan berjaga malam.” [Riwayat Bukhari]
.
Ini bukan krisis rakyat Syria sahaja. Bukan juga krisis negara-negara Arab, walaupon merekalah yang sepatutnya bangkit menghulurkan bantuan dahulu atas faktor geografi dan kelebihan yang ada pada mereka.
Tetapi ini adalah isu ummah. Krisis ummah. Maka ia perlu ditangani secara bersama-sama.
.
Sabda Rasulullah SAW lagi:
“Tidak beriman seseorang di kalangan kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”
[Riwayat Bukhari]
.
.
Bayangkan kalau kita berada di situasi yang sama. Nau’dzubillah.. Pastilah kita mengharapkan saudara-saudara kita di Indonesia, Thailand, India malah jauh nun di Afrika Selatan sana, untuk menghulurkan bantuan bukan..? Malah sedikit simpati dan empati, menyertai demonstrasi di jalanan untuk menunjukkan sokongan mereka kepada kita dan apa-apa sahaja yang boleh menaikkan semangat kita, pastilah amat kita hargai.
.
Mereka adalah saudara seIslam kita. Hubungan yang paling suci adalah hubungan yang dijalinkan dengan aqidah, dan bukannya darah, bukannya bangsa apatah lagi parti politik angkat keris. Kalau bukan kita yang mahu bangkit membela mereka, takkanlah kita mengharapkan Obama, Netanyahu atau Samy Vellu pula…?
.
Apa Yang Boleh Dan Perlu Untuk Kita Lakukan?

“Syria dan Malaysia, jaraknya ribuan batu! Macam mana nak bantu..?”

“Ala, orang Syria bukan perlu apa-apa pon bantuan daripada kita. Entah-entah mereka tak tahu pon Malaysia tu apa!”

“Tiada apa yang boleh kita bantu melainkan doa. Berdoa sahajalah, mudah-mudahan Allah selamatkan mereka.”

Err.. Alasan yang sama anda berikan untuk krisis yang berlaku di Palestin. Dan juga Chechnya. Dan juga Kashmir. Dan juga Sudan. Dan semua-semualah krisis yang melibatkan saudara seIslam kita.
.
Hakikatnya, banyak benda yang boleh kita lakukan secara langsung atau tidak, bagi menunjukkan bahawa kita bersama-sama rakyat Syria keseluruhannya dalam menentang kezaliman rejim Bashar al-Assad.
.
Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, mungkin kita merasakan yang usaha kita yang kecil dan tidak seberapa ini tidak memberikan apa-apa kesan kepada revolusi rakyat nun di Syria sana. Apatah lagi untuk menumbangkan rejim Bashar yang maha zalim itu. Tetapi siapa tahu dan dapat menjangkakan, dengan beraraknya kita, dengan laungan takbir dan kata-kata semangat kita dan dengan doa-doa penuh keikhlasan yang kita lafazkan untuk saudara-saudara kita di sana, ia sebenarnya memberikan kekuatan kepada mereka semua untuk meneruskan pengorbanan dan perjuangan mereka..?
.
Dan yang lebih mengalirkan peluh besar adalah, dakwaan-dakwaan yang bakal dikemukakan oleh mereka yang terkorban hasil kekejaman Bashar terhadap kita di mahkamah Allah nanti. Apa yang telah kau lakukan? Mengapa kau hanya duduk selesa di atas sofa menonton drama Korea tanpa mempedulikan nasib aku di Syria?? Sanggup kau biarkan Bashar dan anjing-anjingnya bermaharajalela dan berbuat sesuka hati mereka..?? Di mana kau ketika aku amat memerlukanmu…??
.
Ingat, ini bukan perjuangan rakyat Syria semata-mata. Ini perjuangan kita bersama. Ini perjuangan dan jihad menentang kezaliman dan membebaskan saudara seaqidah kita daripada cengkaman penindasan dan kekejaman!
.
Link video sejarah kebangkitan rakyat Syria:
https://www.facebook.com/701263673258450/videos/972332689484879/
.
.
.
Setakat ini sahaja dahulu, InsyaAllah diartikel yang lain saya akan menyiarkan tentang sejarah Mujahideen di Syria pula. (sumber masih dicari).
Mohon dari kalian untuk teruskan doa dan bantuan anda untuk saudara dan anak-anak kita di Syria.
Wassalam.
.
(Jika ada kesalahan pada artikel ini saya akan edit kemudian, dah mengantuk ni)

Nota:

Apa yang berlaku di negara-negara Islam bergolak menjadikan kita lebih berfikir untuk mensyukuri nikmat Allah SWT yang kita nikmati. Kita selesa di dunia tetapi tidak semestinya kita selesa di Akhirat.

Sebenar umat Islam di negara-negara yang bergolak mereka terlebih dahulu memasuki Syurga Allah SWT.

Golongan mereka pasti lebih ramai memasuki Syurga berbanding dengan kita.

Mereka masuk Syurga secara langsung tanpa hisab, mereka masuk Syurga secara berkeluarga. Keluarga mereka telah berada dalam Syurga.

Darah-darah mereka mengharumkan Syurga, anak-anak mereka berlari dalam Syurga…

Suara mereka tidak didengari di dunia tetapi suara mereka membaca Al-Quran syahdu di hadapan Allah SWT…

Mereka tidak dapat makan di dunia tetapi mereka menunggu makanan di Syurga..

80 Ribu pelarian Syria syahid di lautan dan lebih daripada 80 ribu Malaikat berbaris di pintu Syurga menyambut kedatangan mereka..

Umat Islam diuji kerana Allah SWT ingin memilih mereka yang layak menjadi tetamu VVIP Allah SWT mendiami Mahligai Cabutan Bertuah Anjuran Allah SWT..

Kita yang pada zahir hidup mewah dan bahagia, hakikatnya kita adalah penyumbang kepada maksiat dan riba yang menyburkan Neraka-Neraka Allah SWT… oleh yang demikian bantulah umat Islam yang sengsara agar mereka mengenali kita…

Bantuan dan sumbangan kita kepada mereka menjadikan nama kita tercatit di sisi Allah SWT…

Mereka yang memberi  dan membantu umat Islam pilihan Allah SWT ini, Allah SWT akan memperkenalkan kita dengan mereka.. inilah penderma-penderma anda dari negara-negara yang telah menderma pada anda semua..

Inilah si fulan bin fulan yang menghantar makan kepada anda disaat anda dizalimi di dunia dahulu..

Yakin dan percayalah semua perbuatan dan kata-kata kita telah dirakam oleh para Malaikat  yang taat dan patuh arahan Allah SWT….

Kita akan bergembira bila melihatnya nanti.. apa yang penting ikhlaskan sumbangan anda agar ianya tidak menjadi debu-debu berterbangan..

Satu sen yang iklas lebih bernilai di sisi Allah SWT berbanding sejuta dolar yang penuh riak..

Bagi Allah SWT yang Tidak Makan dan Pakai seperti manusia pasti tidak memerlukannya jika tanpa Ikhlas…

Maha Suci Allah SWT daripada bergantung kepada makhluk

Sesungguhnya solat dan sedekah serta segala amal oleh kita sebenarnya bonus untuk kegunaan diri kita sendiri di Akhirat nanti.

Allah SWT tetap Allah SWT walaupun semua makhluk tidak menyembahnya.

Allah SWT yang mencipta makhluk pasti Allah SWT tidak berhajat pada makhluk, sedangkan makhluk tidak boleh hidup tanpa Allah SWT.

Oleh itu gunakanlah kesempatan penderitaan umat Islam yang ada untuk mencari sebanyak-banyak pahala sebagai bekalan untuk digunakan di Akhirat nanti.

Apa yang berlaku adalah peluang yang amat luas untuk kita merebut Syurga Allah SWT.

Marilah berlumba-lumba melakukan kebajikan, berlumba-lumba menderma dan membina masjid melalui tabung-tabung dibawah ini…

Untuk Syria

Untuk Umat Islam Selatan Kemboja

ih


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: