Posted by: peribadirasulullah | Disember 5, 2015

Maksiat menghilangkan keberkatan,rezeki dan masa

https://i2.wp.com/quranicgen.com/wp-content/uploads/2015/12/8-tips-menjauhi-maksiat.jpg

Anda terdetik untuk membaca post ini sudah tentu anda sudah frust dan tertekan dengan diri anda. Buat maksiat,bertaubat kemudian entah macam mana anda tergelincir lagi ke lumpur maksiat itu.

Anda bukan keseorangan kerana ramai lagi orang yang mengalami perkara yang serupa kerana kita adalah manusia yang lemah dan pelupa. Jadi tidak terlambat lagi untuk kita mengubah diri kita agar maksiat ini dapat kita tendang jauh-jauh dalam kehidupan kita.

Ini merupakan tips yang kami rasa dapat membantu diri kita sama-sama untuk menjauhi maksiat dalam kehidupan kita.

#1 Kuatkan hubungan kita dengan Allah

Ini merupakan asas bagi menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat. Bila kita ada hubungan dengan Allah yang akrab kita akan merasa dia sentiasa disisi kita dan mengawasi setiap gerak geri kita.

Kuatkan hubungan dengan Allah ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan berdoa bersungguh-sungguh kepada Allah.

Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan yang lebih aku cintai dari pada amalan yang Aku wajibkan atasnya, dan hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah hingga aku mencintainya. (HR. Bukhari)

cinta-amal-kebaikkan
kredit

#2 Tanam cinta kepada perkara baik

Perasaan cinta ini tidak akan berputik kalau kita tak mula dengan sesuatu. Makanya untuk menanam minat dan cinta ini kita kena buat dulu baru rasa seronok itu akan hadir dalam diri kita.

Bila kita dah biasa buat perasaan cinta pada amal itu akan lahir dalam diri kita sehingga kalau kita rasa tak buat benda itu sehari kita rasa gundah gulana.

#3 Kawan dengan orang soleh

Kawan kita ramai, tapi tak semua kawan yang betul-betul soleh. Yang soleh adalah mereka yang sentiasa menasihati kita dan mengajak kita kepada kebaikkan. Bila kita kawan dengan orang baik percayalah diri kita akan lebih mudah hanyut dalam amal kebaikkan.

Orang soleh yang sanggup menasihati kita tak ramai biasanya dalam kehidupan. Bila dah dapat itu janganlah kita sia-siakan. Bila dia menegur ambil nasihat dan tolak jauh-jauh ego kita.

keazaman-yang-kental
kredit

#4 Keazaman yang kental

Ya bila kita buat maksiat kita akan rasa down yang teramat(hati orang beriman sepatutnya begini). Kita rasa dah tak ada harapan nak hidup. Eh cuba lempang dan cubit pipi tu sikit, cuba tengok dah kiamat ke belum.

Kita ni kalau dah terjatuh bangun balik, bila dah sedar diri kita buat maksiat ganti balik maksiat yang kita buat dengan amal kebaikkan. Jangan lembik sangat menyerah diri pada syaitan mempermainkan kehidupan kita ini.

Bertakwalah kepada Allah dimanapun engkau berada, ikutilah perbuatan yang buruk dengan perbuatan yang baik niscaya ia akan menghapusnya, dan bergaullah dengan manusia dengan budi pekerti yang mulia. (HR. Ahmad, at-Tirmidzi)

#5 Sibukkan diri kita dengan ilmu

Kita buat maksiat kadang-kadang kita tak tahu pun benda itu memang salah sebab kita jahil. Dan kadang-kadang sebab kita jahil kita tak tahu sebenarnya banyak lagi amalan kebaikkan yang mudah untuk dilakukan bukan sekadar yang wajib itu sahaja.

Ini juga salah satu cara kita mengisi masa lapang kita daripada disia-siakan. Manusia ni macam vakum,kalau dia tak sedut benda baik memang dia akan sedut benda lagho.

#6 Berdakwah dan ajak orang buat baik

Kita tak strong bila buat baik seorang. Kita akan rasa seronok dan kuat bila kita ajak orang lain buat kebaikkan. Selain itu cara ini akan push kita buat kebaikkan sebab tak normal sebenarnya kalau kita ajak tapi kita tak buat.

Kita akan rasa puas dan seronok bila orang yang diajak itu buat sekali dengan kita. Kalau orang yang tak nak itu kita biarkan sahaja, kita dah buat kerja kita untuk ajak kepada kebaikkan samada dia terima atau tidak itu nombor dua.

#7 Tetapkan denda pada diri kita

Tetapkan denda pada diri kita sekiranya kita terbuat maksiat tersebut. Dengan syarat denda tersebut mestilah benda yang paling allergic dan tak suka sekali kita buat.

Kalau kita ambil benda yang kita suka nanti kita akan ambil mudah dengan maksiat. Contoh benda yang kita tak suka adalah potong rumput rumah kita, kita ganti mak kita masak haritu. Benda ini subjektif dan setiap orang lain-lain benda yang dia tak suka. Ingat syaratnya,pastikan benda itu kita tak suka dan susah!

#8 Doa,doa dan terus berdoa

Ini yang terakhir, semua-semua yang kita dah buat perlu diakhiri dengan doa pada Allah. Minta Allah agar kita diberikan kekuatan pada hari yang mendatang untuk terus buat kebaikkan dan tendang kemungkaran jauh-jauh dalam kehidupan kita.

Jangan mudah berputus asa dan berharaplah kita semua kepada Allah dalam doa kita diselangi dengan usaha kita yang jiddiyyah(serius).

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda. Sekiranya bermanfaat sila share artikel ini buat kawan-kawan anda yang turut mengalami kemurungan diri dan jiwa kerana maksiat. Wallahua’lam.

http://quranicgen.com/8-tips-untuk-anda-menjauhi-maksiat/

Nota:

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

Sabda Nabi SAW…

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W,
Baginda telah bersabda yang maksudnya:

”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”
(At-Tirmidzi)

Kami sebagai sahabat kepada ustaz Mohd Amin bin Ismail, Mudir Pondok An-Nuur amat bersimpati dengan nasib para pelajar Pondok An-Nur Kampot Kemboja yang amat dhaif sehingga ustaz Mohd Amin bin Ismail merayu dan memohon bantuan beras untuk saraan hidup para hafiz. Namun disebabkan saya juga insan biasa tidak mampu menunaikan permintaan ustaz Mohd Amin keseorangan. Kepada mereka yang baik hati dan berhajat untuk membantu ustaz Amin bin Ismail boleh hubungi +855 87638 544 atau salurkan bantuan anda ke dalam akaun 160 02 002534 (Kemboja).

Pihak Pentadbir Pondok An-Nuur Kampot, Kemboja amat memerlukan sumbangan dan derma bagi menyiapkan pembinaan masjid dan keperluan pelajar terutama sumbangan beras sebanyak USD250 untuk membeli 500 kg. beras setiap bulan. Kini pihak pentadbir terpaksa berhutang dengan pihak pembekal kerana tiada sumbangan daripada mana-mana pihak. Saya sebagai seorang sahabat sedia membantu menyampaikan amanah anda melalui Pertubuhan Ihya Assunnah

( Akaun Maybank 553131011505 – Malaysia ) atau hubungi 019-9576237 untuk keterangan lanjut.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan Ustaz Mohd Amin dalam mentadbir Pondok An-Nuur ,Kampot , Cawangan Kemboja,

Amin Ya Rabbal Alamin.

Setiap sumbangan anda terlebih dahulu kami ucapkan jutaan terima kasih dan bagi memudahkan niat ikhlas anda semasa menghulurkan sumbangan, sila emailkan kepada kami maklumat sumbangan anda atau sebarang cadangan serta komen.

email kami : ihyaassunnah68@gmail.com

Jutaan terima kasih kepada insan-insan mulia yang telah menyumbang kepada Pertubuhan Ihya Assunnah. Kami akan tunaikan amanah anda secepat yang mungkin. Semoga sumbangan kalian mampu membahagiakan para hafiz Al-Quran di bumi Kemboja, Amin Ya Rabbal Alamin.

In Sya Allah, Kami tidak akan lupa berdoa kepada Allah SWT segala kebaikan untuk para penderma, kepada umat Islam Syria,Iraq dan Mesir serta lain-lain negara umat Islam yang dizalimi. Kami di bumi Kemboja tidak mustahil menerima nasib yang sama di suatu hari nanti (nauzubillah min zalik), oleh itu kami mengambil kesempatan di atas nikmat keamanan yang ada untuk cuba bangun membina syiar Allah SWT dengan cara yang berhikmah agar tidak menyentuh budaya tempatan sehingga terhalang sinar cahaya Ilahi di bumi Kemboja.

Salam Persaudaraan Islam dari kami untuk semua dengan lafaz suci

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

و جزاكم الله خير الجزاء فى الدنيا والآخرة على مساهتكم  لرفع كلمة الله فى كمبوديا خاصة وفى كل مام عامة

… أمين يا رب العالمين.


Responses

  1. Semoga Allah kurniakan kita taufiq dan hidayah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: