Posted by: peribadirasulullah | November 29, 2015

Masjid Pondok An-Nur,Kampot,Kemboja hampir siap

Saya sebagai seorang sahabat kepada ustaz Mohd Amin bin Ismail, Mudir Pondok An-Nuur amat bersimpati dengan nasib para pelajar Pondok An-Nur Kampot Kemboja yang amat dhaif sehingga ustaz Mohd Amin bin Ismail merayu bantuan beras untuk saraan hidup para pelajar. Namun disebabkan saya juga insan biasa tidak mampu menunaikan permintaan ustaz Mohd Amin. Kepada mereka yang baik hati dan berhajat untuk membantu ustaz Amin bin Ismail boleh hubungi +855 87638 544 atau no akaun 160 02 002534.

Pihak Pentadbir Pondok An-Nuur Kampot, Kemboja amat memerlukan sumbangan dan derma bagi menyiapkan pembinaan masjid dan keperluan pelajar terutama sumbangan beras sebanyak USD250 untuk membeli 500 kg. beras setiap bulan. Kini pihak pentadbir terpaksa berhutang dengan pihak pembekal kerana tiada sumbangan daripada mana-mana pihak. Saya sebagai seorang sahabat sedia membantu menyampaikan amanah anda melalui Pertubuhan Ihya Assunnah

( Akaun Maybank 553131011505 Malaysia ) – atau hubungi 019-9576237 untuk keterangan lanjut.

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan Ustaz Mohd Amin dalam mentadbir Pondok An-Nuur ,Kampot , Cawangan Kemboja,

Amin Ya Rabbal Alamin.

Setiap sumbangan anda terlebih dahulu kami ucapkan jutaan terima kasih dan bagi memudahkan niat ikhlas anda semasa menghulurkan sumbangan, sila emailkan kepada kami maklumat sumbangan anda atau sebarang cadangan serta komen.

email kami : ihyaassunnah68@gmail.com

Nota:

Jutaan terima kasih kepada insan-insan mulia yang telah menyumbang kepada Pertubuhan Ihya Assunnah. Kami akan tunaikan amanah anda secepat yang mungkin. Semoga sumbangan kalian mampu membahagiakan para hafiz Al-Quran di bumi Kemboja, Amin Ya Rabbal Alamin.

In Sya Allah, Kami tidak akan lupa berdoa kepada Allah SWT segala kebaikan untuk para penderma, kepada umat Islam Syria,Iraq dan Mesir serta lain-lain negara umat Islam yang dizalimi. Kami di bumi Kemboja tidak mustahil menerima nasib yang sama di suatu hari nanti (nauzubillah min zalik), oleh itu kami mengambil kesempatan di atas nikmat keamanan yang ada untuk cuba bangun membina syiar Allah SWT dengan cara yang berhikmah agar tidak menyentuh budaya tempatan sehingga terhalang sinar cahaya Ilahi di bumi Kemboja.

Salam Persaudaraan Islam dari kami untuk semua dengan lafaz suci

السلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته

و جزاكم الله خير الجزاء فى الدنيا والآخرة على مساهتكم  لرفع كلمة الله فى كمبوديا خاصة وفى كل مام عامة

… أمين يا رب العالمين.

 


Responses

  1. […] https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/11/29/masjid-pondok-an-nurkampotkemboja-hampir-siap/ […]

    • Jutaan T.kasih kerana sudi mempromosi tabung bantuan umat Islam Kemboja.
      جزاكم الله خير الجزاء.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: