Posted by: peribadirasulullah | November 23, 2015

JANGAN SIA-SIAKAN USIA DI DUNIA

 

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/v/t34.0-12/12270521_401490613380365_288896913_n.jpg?oh=60bd190312a87ae8551d4c7ac04a7c04&oe=56562D41&__gda__=1448479432_29be06451edc93efd9e81323c328f0b2

JANGAN SIA-SIAKAN USIA DI DUNIA.

Bila kita berurusan dengan dunia seperti berpolitik , menjadi guru , usahawan muda , pegawai kerajaan , isteri kepada suami kaya , suami yang bergelar dato atau sebagainya, maka antara perkara penting adalah memutuskan sesuatu keputusan dengan mengambil kira 2 sisi, iaitu keuntungan dunia, dan keuntungan akhirat.

“Biarlah keuntungan dunia boleh bawa sampai ke akhirat.”

Allah SWT berfirman : –

وَابْتَغِ فِيمَا آتَاكَ اللَّهُ الدَّارَ الْآخِرَةَ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللَّهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ

Ertinya : “Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan” (Al-Qasas : 77)

Ibn Abbas r.a berkata melalui ayat ini, Allah swt mengarahkan kita agar memanfaatkan umur sebaiknya, dan bahagian manusia adalah umur dan amal solehnya dalam hidupnya. ALh-Hasan dan Qatadah pula mengingatkan kita agar jangan menghabiskan pelaung dan umur kita hanya untuk menikmati nikmat sementara dunia yang halal. Ibn Umar pula diriwayatkan berkata

إحرث لدنياك كأنك تعيش أبدا واعمل لآخرتك كـأنك تموت غدا

Ertinya : “Bercucuk tanamlah ( berusahalah) untuk duniamu seolah kamu akan hidup selamanya, dan beramallah untuk akhiratmu seolah kamu akan menemui maut keesokan harinya” (Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 13/314)

Inilah yang dmaksudkan, “mengusahakan perolehan dunia yang lumayan dalam masa yang sama ia menggandakan peluang untuk mendapat perolehan akhirat yang lebih lumayan”.

 

 


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: