Posted by: peribadirasulullah | November 13, 2015

Fitnah Dajjal Edisi Baru

Kepentingan Ilmu Fitan Dan Eskatologi

eskatologi-urgensi-memahami-akhir-zaman

Benarkah dengan hanya percaya Al Quran/hadis (tanpa mengkaji), rajin baca surah Al Kahfi,(sekadar membaca tanpa usaha) sudah menyelamatkan kita dari fitnah dajjal, tanpa kita mengkaji dan memahami konspirasi Illuminati-Freemason?

Ramai golongan yg berfikiran begitu sebagai alasan tidak mahu mengambil tahu, sedangkan kisah sejarah Freemason ada dalam Al Quran dan hadis.

Hadis mempunyai banyak maksud tersirat, dan kerana itu Allah menyuruh umat Islam mengkaji.

Ramai yang dengan sombongnya berkata, ”Aku tak perlu ambil tahu tentang Illuminati-Freemason, aku berpegang pada Quran je aku tak akan terpesong…”

Tetapi yang peliknya, mereka adalah golongan yang:

  • Percaya MH370 jatuh di Laut Hindi
  • Percaya pada Saipul Bukhari
  • Percaya iklan tv,suka minum Coke,Nescafe,Maggi
  • Percaya video lucah mainan politik
  • Percaya video sumpah dpn kaabah
  • Percaya pada panadol/ubat2 lluminati
  • Percaya pada media prima yang dikawal Freemason
  • Percaya Bank Islam bukan riba
  • Percaya kubah emas ialah Masjid Al Aqsa
  • Percaya vaksin adalah selamat
  • Percaya logo pada wang kertas adalah kijang
  • Percaya bangunan2 Lodge Freemason adalah dewan rakyat
  • Percaya simbol \m/ adalah simbol rock
  • Percaya simbol ”peace” adalah keamanan
  • Percaya fluorida amat penting dan selamat
  • Percaya GST amat bagus utk ekonomi negara
  • Percaya Bank Negara Malaysia milik malaysia
  • Percaya malaysia benar2 sudah merdeka dan tidak dikawal Freemason
  • Percaya talibarut British (Freemason) adalah pejuang kemerdekaan
  • Percaya konspirasi Freemason-Illuminati adalah karut
  • Percaya pada sejarah dunia yang diputarbelit Freemason
  • Percaya makan organ dalaman elok utk tambah darah
  • Percaya kopi,kambing dan makanan2 sunnah yg lain tak elok
  • Percaya susu soya dipasaran adalah berkhasiat
  • Percaya elok makan buah selepas makan
  • Percaya susu formula untuk bayi
  • Percaya tentera Ukraine tidak sengaja tembak MH17
  • Percaya yoga amat baik untuk kesihatan
  • Percaya khasiat Power Root
  • Percaya Muzium 3D Shah Alam & Penang tiada unsur satanic ritual
  • Percaya kismis Ligo berkhasiat
  • Percaya UFO adalah Alien
  • Percaya Candi Borobudur milik Buddha
  • Percaya Kemoterapi
  • Percaya vaksin
  • Percaya sistem Demokrasi
  • Percaya perubatan psikiatri dan psikologi moden
  • Percaya Perlembagaan Malaysia bukan ditulis oleh British (Freemason)
  • Percaya TGNA ulama sesat, seperti yg dicanang media prima
  • Percaya Obama tiada misi rahsia ketika melawat Malaysia
  • Percaya 9/11 angkara Osama Bin Laden
  • Percaya media prima seperti Utusan Malaysia, Buletin Utama amat telus
  • Percaya fakta dalam buku teks sekolah
  • Percaya sumpah laknat depat kaabah itu cara Islam
  • Percaya manusia tidak mampu mencipta bencana alam (HAARP)
  • Percaya susu Anlene menguatkan tulang
  • Percaya Iran adalah musuh Israel
  • Percaya China musuh Amerika
  • Percaya Mahmud Abbas, Yasser Arafat pemimpin Islam.
  • Percaya Australia & Amerika membantu Malaysia mencari MH370
  • Percaya dan kagum dgn Hitler
  • Percaya Neil Armstrong sudah sampai ke bulan
  • Percaya cukai tidak haram dalam Islam
  • Percaya Muammar Gaddafi pemimpin zalim
  • Percaya pada lakonan kerajaan Arab Saudi (Ibn Saud)

…………..dan beratus-ratus lagi kepercayaan sesat mereka!!!

Ibaratnya, berdoa nak lulus peperiksaan, tapi tidak mahu mengulangkaji. Berdoa nak masuk syurga, tapi tak mahu beramal.

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” – Qur’an surah Al-Hujuraat (49) : 6 —

KISAH SEORANG HAMBA MIND CONTROL

Di sebuah restoran, membe2 sembang pasal MH370, 9/11 etc.. tetiba ada sorang cikgu cakap mcm ni : ”yg percaya Illuminati dan Freemason tu sebenarnya paranoid, fanatik, taksub,terpesong akidah bla bla bla… sihir.. sembah setan.. karut… bla bla bla….. ‘

…ustaz pun masuk mencelah, kenapa tuan kata begitu? apa yg karut?

…dia menjawab : ”kita hanya berpegang pada Quran dan ajaran islam, hidup pasti selamat…..baca surah al kahfi.. bla bla bla”

…ustaz tanya : ”betul ke kau berpegang pada Quran, dan betul ke hidup kau selamat?? bukan ke skrg ni kau sedang menggunakan sistem Freemason?? seperti riba, ubat-ubatan, vaksin, pendidikan, makanan dan byk lagi? wang kertas yg ko pegang tu pun milik freemason, nampak tu lambang anjing firaun?

…tu maggi + air coke yg kau makan tadi, produk freemason. bertujuan utk meracun kau perlahan2.

…kenapa percaya yg 9/11 angkara Osama Laden? kenapa mudahnya kau termakan fitnah dajjal

…kenapa bermatian pertahankan yg MH370 terhempas dilautan Hindi? bila diberitahu ini angkara freemason, kau melenting? kesiannya….

…buku teks sejarah, sains yg kau buat mengajar di sekolah pun dah diputar-belit oleh freemason, byk lagi kalo nk buktikan. aku malas je nk berhujah panjang2.

…kau tau tak skrg Freemason sedang menggali di bawah tapak masjid Al Aqsa utk mencari ‘Holy Grail’ peninggalan zaman Nabi Sulaiman AS, dan mereka sedang membina Kuil Sulaiman?

…Ok aku nk tanya, apa maksud surah Al-Baqarah:102? Apa yg kau fhm sgt tentang Quran?

Cikgu : errr… errr….

…ustaz pun bacakan maksudnya :

“…dan mereka mengikuti apa yang telah dibacakan oleh syaitan-syaitan di zaman kerajaan Nabi Sulaiman. Dan bukanlah Nabi Sulaiman itu kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir. Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di Negeri babil, sedang mereka berdua tidak mengajar seorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata, “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Dalam pada itu ada juga orang mempelajari dari mereka berdua… Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat…”; – Al-Quran: Al-Baqarah:102

…ustaz bersuara : kau ni sebenarnya dah kena ”’mind control” dgn freemason.. nama je cikgu.. tapi mcm katak bawah tempurung. Sbb tu Allah suruh kita mengkaji

Cikgu : owh ye ker.. aaa malas lah fikir

…ustaz : ooo… ini ke yg ko maksudkan ”berpegang pada Quran pasti selamat?”

*Cikgu tu da bengang, diam sambil buat2 tak dengar.. tekan2 handphone mcm bz, buat2 tengah taip konon2, nk cover malu letteww

Ustaz bacakan surah Al A’raf :

“Manusia yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami dengannya,mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat, mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al A’raf Ayat 179)

Eskatologi mungkin agak baru dan asing dari kefahaman masyarakat hari ini. Eskatologi adalah ilmu Akhir Zaman dan ilmu strategi perang. Boleh kata Eskatologi adalah Juzu’ baru bagi mereka, dan mereka perlukan masa untuk menghadam info-info yang kita bincangkan. Disiplin Eskatologi adalah memadankan situasi yang berlaku dengan surah Quran dan Hadith-hadith akhir zaman.

Ia memerlukan kepekaan tinggi dan kefahaman terhadap murad Hadith-hadith tersebut, ia agak mencabar bagi mereka kerana faktor-faktor yang mengikat mereka dan juga keterbatasan akal fikiran membuatkan mereka agak ketinggalan dalam aspek Askatalogi, itu yg kita nampak hari ini.

KEPENTINGAN ILMU FITAN & ESKATOLOGI

Apa yang kita bincangkan adalah ilmu akhir zaman dalam menemukan kebijakan internal Ilahiah manusia, dengan berbagai ilmu dan informasi kebenaran dalam menjalani dunia Akhir Zaman yang berdasarkan Al-Quran, Sunnah dan Eskatologi Islam, Insya-allah.

Pengasas bidang ilmu Eskatologi Islam atau kajian ilmu akhiruzzaman adalah Imam Al-Ghazali, Ibn Kathir, Ibn Majah, Imam al-Bukhari, Ibn Khuzaimah dan ahli Sufi.

Kini ilmu yang semakin ‘hilang’ ini diteruskan oleh Sheikh Maulama Imran Nazar Hosein secara meluas dengan menggabungkan KAJIAN, FAKTA, dan BUKTI dari aspek AGAMA, POLITIK, KEWANGAN, SAINS, EKONOMI, SEJARAH peradaban manusia, dan lain-lain, beserta dengan interpretasi ilmiah berpandukan kitab Al Quran dan As Sunnah (hadith).

FREEMASON : REALITI ATAU PARANOID?

lluminati, Freemason dan Penyembah Syaitan BUKAN konspirasi. Terdapat DALIL NAS dari banyak hadis dan ayat Al Quran serta banyak FAKTA sejarah, sains dan semasa yang menyokong. Pembongkaran agenda Illuminati serta Dajjal Laknatullah boleh dijadikan dakwah akhir zaman yang menghadapi pelbagai krisis dan fitnah samada di peringkat global, negara dan individu.

Petanda-petanda kemunculan Dajjal dan kedatangan Imam Mahdi semuanya termaktub jelas dalam hadis-hadis sahih Rasulullah SAW sebagai peringatan dan persediaan buat umat akhir zaman. Tiada seorang manusia pun yang tidak terkait dengan perkara ini, apatah lagi bagi orang Islam lagi beriman kepada Allah samada mereka tahu atau tidak mahu ambil tahu.

Bagaimana hal Dajjal, Freemason dan Imam Mahdi boleh dijadikan dakwah?

  • PERTAMA : Kerana ianya adalah pesanan dari hadis Rasulullah saw.
  • KEDUA : Relevan dengan isu semasa akhir zaman.
  • KETIGA : Berkait dengan peristiwa tanda-tanda Kiamat.
  • TUJUAN : Menarik seberapa ramai orang kepada Islam dan Iman, dan untuk kesedaran umat Islam.

Definition of stupid:

Knowing the truth, seeing the truth, but still believing the lies…….

STRATEGI ROTHSCHILD MENGAWAL MINDA MANUSIA

Rothschild adalah fitnah besar yang sentiasa diisyaratkan Rasulullah SAW dalam banyak hadith sebelum kemunculan Dajjal sebenar. Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam menyelidik dan mengambil tahu setiap peristiwa yang berlaku di atas dunia ini, apatah lagi apabila jutaan saudara Islam kita dibunuh dengan kejam di Timur Tengah.

Sangat jelas sekali bahawa Rothschild adalah keturunan yang dipilih oleh Dajjal bagi melaksanakan pelbagai bentuk fitnah dan kezaliman yang tidak terjangka oleh pemikiran manusia.

Bermula dari perniagaan berasaskan pinjaman kewangan dan riba, ia terus berkembang dalam masa singkat sehingga menguasai seluruh ekonomi dunia di bawah satu perancangan yang sangat teliti dan rahsia. Maka sudah jelas bahawa sejarah tidak semestinya kukuh dan betul setiap masa dan sejarah tidak memegang autoriti ‘kesahihan fakta’.

Dalam hal Rothschild ini membuktikan kenyataan-kenyataan para pakar sejarah antarabangsa yang memiliki pelbagai gelaran hebat dan nama besar tidak semestinya boleh dipercayai serta diterima bulat-bulat terhadap apa yang dikaji oleh mereka. Sekarang kita sedar, sebahagian pakar-pakar sejarah antarabangsa bertungkus-lumus mengeluarkan majalah-majalah sejarah yang baru dengan menyembunyikan segala tindak-tanduk Rothschild agar tidak dipelajari oleh pelajar-pelajar generasi baru di seluruh dunia.

Rothschild juga adalah keturunan yang menjalankan agenda-agenda perang, revolusi, penjajahan, perniagaan haram dan penindasan ekonomi yang mana semua gerak kerja itu tidak boleh lagi disekat kerana mereka jugalah yang menjadi tuan kepada ahli-ahli politik dunia (termasuk Malaysia) dan segala organisasi politik, ekonomi dan ketenteraan.

Ini membuktikan kemusnahan oleh Rothschild yang dikuasai Dajjal adalah hanya melalui satu jalan yang telah disabdakan Rasulullah SAW bahawa umat Islam kelak yang bakal dipimpin Imah Mahdi dan Nabi Isa akan berperang dengan tentera-tentera Yahudi (Illuminati-Freemason) yang dipimpin oleh Dajjal.

dalang-MH370

Jacob Rothschild, dalang tragedi MH370, MH17, peperangan, kemelesetan ekonomi dan pelbagai lagi masalah dunia

ROTHSCHILD MENGAWAL PERGERAKAN MEDIA

Rothschild mengawal sejarah dunia agar sentiasa palsu pada skala-skala tertentu dan tidak menonjolkan gerak kerja konspirasi mereka.

Rothschild tidak ada masalah untuk mengugut, membunuh dan merasuah ahli sejarah peringkat ‘noble-trophy’ bagi menyembunyikan kegiatan jahat mereka. Hatta pemimpin diktator dunia sendiri pun mampu diperkudakan mereka apatah lagi ahli sejarah dunia yang tidak mempunyai pengikut ekstrem.

Kelangsungan dari pengaruh Rothschid ini, harus kita pelajari dan memahami di manakah penipuan yang berlaku dalam pendidikan Sejarah agar maklumat dan peristiwa yang benar sahaja dapat disumbat dalam ruang-ruang buku sejarah. Sebagai contoh, media barat sengaja mengapi-apikan permusuhan antara China dengan Amerika di dada-dada akhbar untuk mengawal minda umat manusia. Ramai yang menyangka China baik dengan Malaysia. Malah tragedi MH370 sendiri adalah rancangan dari Rothschild dan kerajaan China.

Begitu juga Iran dan Arab Saudi yang sebenarnya merupakan sekutu kuat Israel. Jangan sesekali kita terpedaya dengan lakonan Mahmud Abbas, Yasser Arafat, Hosni Mubarak, Ahmadinejad, Li Ka Shing, Raja Saudi dan konco-konconya yang merupakan pelakon terhandal keluaran Freemason.

Klik sini:

”WHOEVER CONTROLS THE MEDIA, CONTROLS THE MIND….”

Hadis riwayat Muslim (Hadis No.2946), Rasulullah SAW bersabda:

ما بين خلق آدم عليه السلام إلى قيام الساعة أمر أكبر من الدجال

Mafhumnya:

”DI ANTARA PENCIPTAAN ADAM DAN TERJADINYA KIAMAT, TIDAK ADA FITNAH (DUGAAN) YANG LEBIH DAHSYAT DARIPADA FITNAH DAJJAL”.

https://avanivista.wordpress.com/2015/09/01/kepentingan-ilmu-fitan-dan-eskatologi/#more-8871


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: