Posted by: peribadirasulullah | November 11, 2015

Yapeim didakwa bayar tiga beranak RM81,700 sebulan

KUALA LUMPUR: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa jumlah elaun untuk pemimpin Wanita UMNO Kelantan dan keluarganya di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, (Yapeim) mencecah hampir RM1 juta setahun.

Secara purata mereka dikatakan memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.

Dalam dakwaannya, Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata wanita berkenaan yang juga merupakan timbalan presiden yayasan berkenaan secara langsung menyandang sebanyak tujuh jawatan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM45,500.00 sebulan.

“Anak lelaki kepada pemimpin wanita UMNO Kelantan itu turut terlibat secara langsung dalam yayasan itu dan memperoleh pendapatan sebanyak RM31,200 sebulan.

“Selain, suaminya pula telah dilantik sebagai fellow dengan pendapatan RM5,000 sebulan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan,” ujarnya dalam sidang media di NOW Center pada Rabu.

Jelas Akmal lagi, pihaknya hairan bagaimana anggota tertinggi yayasan berkenaan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan derma, pinjaman serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam memperoleh pendapatan begitu tinggi.

Selain, yayasan itu juga dipantau oleh Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Mampukah Perdana Menteri dan Menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada yayasan itu apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan gagal menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Akmal juga mendedahkan presiden yayasan itu memperoleh pendapatan yang tinggi iaitu, RM73,000.00 sebulan.

“Presiden itu memegang sebanyak 12 jawatan di dalam yayasan berkenaan dengan salah satu pendapatan sebagai presiden dan pengerusi yayasan adalah sebanyak RM30,000.00,” katanya.

Rentetan dakwaannya, NOW menggesa agar Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab tampil menjelaskan kepincangan yang berlaku di dalam yayasan berkenaan.

“Kalau nak tunggu Perdana Menteri jelaskan memang susah, oleh itu kita minta Jamil Khir jelaskan,” ujarnya lagi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: