Posted by: peribadirasulullah | November 7, 2015

Tidak Rugi Mendoakan Kebaikan Kepada Orang lain

https://fbcdn-photos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xtp1/v/t1.0-0/p526x296/12141507_888264707935774_4006070973154777031_n.jpg?oh=abc0a1517e1f801e78b209a542e476d3&oe=56AD75BB&__gda__=1454655532_9ea22e3a8c88a119a8ce29a754ff5f38

Jangan ragu untuk mendoakan orang lain, karena akan menimbulkan manfaat bagi kita. “Tidak ada seorang muslim pun yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya (sesama muslim) tanpa sepengetahuannya, melainkan malaikat akan berkata, “Dan bagimu juga kebaikan yang sama,” (HR. Muslim no. 4912).

Begitu mulianya Islam, bahkan ketika mendoakan orang lain pun, kita mendapatkan apa yang sama dengan doa untuk orang lain tersebut. Apalagi tanpa sepengetahuan orang yang kita doakan itu. Tujuannya untuk lebih menjaga keikhlasan dan lebih berpengaruh dalam kasih sayang dan kecintaan. Jadi, sudahkah kita mendoakan saudara kita?

Nota:

Jangan lupa doakan kebaikan untuk umat Islam diseluruh dunia yang sedang menjadi habuan ganas kuasa-kuasa besar dunia.

Jangan lupa doakan hidayah buat golongan munafiq dan sesat seperti syiah daripada kaum muslimin.

Jangan lupa doakan hidayah juga daripada Allah SWT untuk mereka yang kufur kepada Allah SWT daripada golongan ahli kitab,yahudi, nasrani dan ahli fitrah.

Mereka semua adalah hamba Allah SWT yang Allah SWT ciptakan untuk mentarbiahkan kita dan sesungguhnya Hidayah adalah  milik mutlak Allah SWT. Allah SWT Maha Berkuasa untuk memberi hidayah kepada sesiapa sahaja walaupun insan yang hidup dalam masyarakat kuffar. Allah SWT juga Maha Berkuasa menyesatkan orang mukmin walaupun hidup di 3 tanah haram dan sentiasa melakukan haji dan umrah.

Mereka yang mendiami Syurga adalah Insan Pilihan Allah SWT dan Mereka yang terpilih ke Neraka juga adalah insan pilihan Allah SWT.

Semoga Allah SWT memilih kita semua sebagai Insan Pilihan Allah SWT yang akan mendiami Syurga Allah SWT… Amin Ya Rabbal Alamin.


Responses

  1. Al Quran ada ayat yang ‘menyeru’ muslimin mendoakan muslimin yang lain tapi tak ingat ayat apa. Insya Allah akan maklumkan semula.

  2. Surah Muhammad, Ayat 19.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: