Posted by: peribadirasulullah | November 4, 2015

5 Peringatan Allah SWT Yang Terbaik

🍃Bahagian pertama
Satu keinsafan🍃

Bagaimanakah engkau boleh berehat-rehat, melihat, mendengar perkara yang sia-sia dan laghaa, berbelanja hanya untuk memenuhi nafsumu, menghabisi masa dengan bercerita tentang manusia dan dunia. Mengumpat, mengata, menghina, memperkecilkan manusia hatta sahabat-sahabatmu sendiri, darah daging ukhuwah mu sendiri.

Sedangkan kejahilan masih meluas lagi. Manusia tenggelam dengan amarah dan syahwat lagi, maksiat menggila di luar sana. Islam masih terhijab dari pengetahuan mereka, yang tidak solat lebih ramai daripada yang bersolat, yang tidak menjaga aurat lebih ramai daripada yang menjaga aurat. Islam dijadikan kosmetik oleh setengah manusia. Islam dijadikan pendapatan lumayan oleh ramai mereka. Islam dijadikan sumber khayalan keseronokan nafsu mereka.

Dimana dakwah kita, dimana seriusnya tarbiyyah kita kepada ummah…

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا وَلَهْوًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ وَذَكِّرْ بِهِ أَن تُبْسَلَ نَفْسٌ بِمَا كَسَبَتْ لَيْسَ لَهَا مِن دُونِ اللَّـهِ وَلِيٌّ وَلَا شَفِيعٌ وَإِن تَعْدِلْ كُلَّ عَدْلٍ لَّا يُؤْخَذْ مِنْهَا ۗ أُولَـٰئِكَ الَّذِينَ أُبْسِلُوا بِمَا كَسَبُوا ۖ لَهُمْ شَرَابٌ مِّنْ حَمِيمٍ وَعَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْفُرُونَ (٧٠)

Dan tinggalkan lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung dan tidak pula pemberi syafa’at selain daripada ALLAH. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.
(Surah Al-An’aam : ayat 70)..

الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَهْوًا وَلَعِبًا وَغَرَّتْهُمُ الْحَيَاةُ الدُّنْيَا ۚ فَالْيَوْمَ نَنسَاهُمْ كَمَا نَسُوا لِقَاءَ يَوْمِهِمْ هَـٰذَا وَمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَجْحَدُونَ (٥١)

(iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia telah menipu mereka”. Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami.
(Surah Al-A’raaf: ayat 51)..

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّـهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَـٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ (٦)

Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan ALLAH tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan ALLAH itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.
(Surah Luqman: ayat 6)..

https://www.facebook.com/deen.jaafar.1?fref=photo


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: