Posted by: peribadirasulullah | Oktober 31, 2015

PLAN STRATEGIK SYIAH MALAYSIA 6 TAHUN LEPAS UNTUK MENGUASAI MALAYSIA

https://fbcdn-photos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xat1/v/t1.0-0/p296x100/12122498_1478344272471843_4229807417614235571_n.jpg?oh=c51ba2fee8a6f99f08f768927c7e557f&oe=56BD67A5&__gda__=1454931470_05b9fa94b500471cc0fd0a61437c2097

PLAN STRATEGIK SYIAH MALAYSIA 6 TAHUN LEPAS

Berikut adalah rancangan Syiah yang dibincangkan di peringkat tertinggi untuk proses men’syiah’kan Malaysia. Perbincangan ini dihadiri oleh ramai tokoh penting Syiah Malaysia-Indonesia dan seorang pakar strategik dari negara Iran sekitar 6 tahun lepas. Di satu tempat di ibu negara.

Pendedahan ini oleh seorang hamba Allah yang telah bertaubat dari Syiah. Harap Allah selamatnya yang dalam ketakutan dari ancaman Syiah. Tolong doakan.

Berikut adalah langkah langkah utama strategi dakwah Syiah di Malaysia;

1. Mempengaruhi golongan berpengaruh; ahli politik, tokoh, media, penulis, agamawan, ahli peniagaan dll.

Tindakan : Hal ini dilakukan di semua peringkat. Beberapa tokoh diberikan keistimewaan dan melawat Iran.

2. Menggunakan kaedah taqiyah (pura-pura) untuk masuk ke kedudukan penting dalam kerajaan seperti polis, KDN, pejabat PM dll.

Tindakan : Kadang-kala perlu berpura pura menghentam Syiah padahal hati bersama Syiah seperti apa yang dilakukan oleh orang tertentu dalam KDN.

3. Membesar- besarkan jumlah Syiah di Malaysia untuk menakutkan pihak kerajaan tentang kekuatan Syiah agar mereka tidak mengganggu Syiah di Malaysia.

Tindakan : Ini telah dilakukan oleh seorang agama simpati Syiah di KDN yang bertaqiyah menentang Syiah, kononnya Syiah di Malaysia beratus ratus ribu.

4. Menyebarkan kepentingan ajaran Islam itu bersumberkan Ahlul Bait (keluarga Nabi s.a.w). Langkah-langkah ke arah doktrin itu wajib diambil.

Tindakan: Menyebarkan dan membesarkan golongan habib dan syed supaya lama kelamaan masyarakat lebih dekat dengan imam-imam Syiah yang berketurunan Nabi s.a.w.

5. Memesrakan masyarakat dengan ajaran Syiah seperti berdoa dengan memanggil nama imam-imam seperti Ya Ali! Ya Ali Madad! Ya Fatimah! Ya Husain dll. Doktrin JAKIM yang melarang hal ini hendaklah dikaitkan dengan wahabi.

Tindakan : Golongan tarekat, Brahlewi, Ahbash dan semua yang berdoa memanggil wali-wali dalam doa mereka hendaklah disokong dan dikaitkan dengan ajaran ASWJ. Sesiapa yang tidak bersetuju dianggap musuh ASWJ ataupun wahabi. Dengan itu mudah selepas ini untuk mereka menerima Ya Ali Madad, Ya Husain dll dan tidak berani lagi menuduh Syiah sesat.

6. Membiasakan masyarakat dengan amalan memuja peninggalan imam-imam 12 seperti kubur, kasut, baju, dll. Menangis dan meratapi bekas bekas mereka.

Tindakan : Menyokong dan membantu menyuburkan amalan memuja barang barang lama peninggalan orang-orang alim sunni seperti kasut, baju dll. Sesiapa yang tidak bersetuju maka dikaitkan dengan wahabi. Jika mereka boleh memuja peninggalan tokoh sunni, inikan pula kesan kesan keturunan Nabi iaitu imam-imam 12.

7. Mengaitkan penentang Syiah dengan wahabi dan Arab Saudi.
Bekerjasama dengan pro-syiah seperti Ahbash, Ustaz Syeikh Zamihan al-Gari (aliran Syiah Saggof) dll.

Tindakan: Tanpa perlu bela Syiah, tapi membela amalan amalan Syiah dan mengaitkan sesiapa yang menentang amalan itu sebagai wahabi. Akhirnya masyarakat kita tidak fobia lagi dengan Syiah.

8. Menjenamakan amalan-amalan Syiah seperti cara berdoa, mengambil berkat, bernasyid, bersolawat, berirama zikir sebagai amalan sunni tulen. Amalan itu diterima oleh ASWJ.

Tindakan : Tujuan supaya ajaran Syiah tidak dianggap asing dalam negara ini. Pro-Syiah dari Indonesia banyak membantu.

9. Mengujud ataupun menyokong kumpulan pro-syiah berwajah sunni dengan nama ASWJ mazhab Syafie dan Ashaari. Mereka berperanan menyibukkan masyarakat untuk menyerang sesama sunni.

Tindakan : Ini melalui persefahaman dengan aliran Ahbash, Pertubuhan ASWJ dll.

10. Menjatuhkan kredibiliti tokoh ulama penting sunni yang kuat menjawab Syiah iaitu Ibn Taimiah dan Ibn Qayim.

Tindakan: Pihak pro-syiah hendaklah menyebarkan bahawa kedua tokoh tersebut sesat dalam bab-bab yang lain. Agar buku dan hujah mereka tidak dibaca. Ini kerana hujah kedua-duanya dianggap paling tajam dan berbisa untuk Syiah.

11. Larikan fokus isu Syiah kepada isu lain seperti perang menentang IS, Palestin, wahabi, Amerika dll.

Tindakan: Jika ada usaha usaha kempen menentang Syiah, pihak Syiah hendaklah mengepalai supaya fokus dapat dialih dan dikurangkan. Seperti jika mereka hendak lawan Syiah cakap wahabi lebih bahaya. Amerika yang memecah belah kita dll.

12. Berbaik dengan badan-badan hak asasi manusia dan tokoh-tokoh tempatan.

JAWAPAN KEPADA GOLONGAN MALANG – PENYOKONG HISYAM KABBANI :

A) Menggunakan kisah Al-Quran seperti:

– ‘sujudnya para Malaikat kepada Adam’ atau

– ‘sujudnya Nabi Yaakub, isterinya dan anak2 mereka kepada Yusuf’ bagi menyokong perbuatan pengamal terekat sesat untuk sujud kepada guru mereka amatlah bangang dan menunjukkan kedangkalan ilmu orang yg bercakap sedemikian .. kerana :

1) kalau macam tu bolehlah nikah adik beradik .. sebab Adam dahulu nikahkan anak2 sesama sendiri ..

2) bolehlah bunuh diri atau bunuh orang untuk bertaubat .. sebab Musa suruh kaumnya yang menyembah patung anak lembu untuk bertaubat dgn dibunuh atau bunuh diri ..

3) bolehlah bina masjid pada kubur (walau Nabi larang) .. sebab ashabul kahfi dibina masjid pada kubur/gua mereka ..

4) bolehlah bela anjing sebagai ‘pet’ .. sebab ashabul kahfi ada anjing yg temankan mereka ..

Tu lah kata bangang kang marah .. kata ustaz kasar .. tak ada uslub .. tapi dia tunjuk kebangannya tak apa ah pulak??

B) Alasan bahawa bukan guru tu suruh dan ia timbul dari anak2 murid yg taasub? .. lihat apa jawapan Allah:

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

{Ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah sekutu-sekutu, mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah.}
[Al-Baqarah : 165]

Para Sahabat lebih cintakan Allah dan Rasul-Nya .. mereka tak buat sedemikian kepada Rasulullah? .. dan anak murid mereka tak buat pun macam tu?

Para Ulama dari kalangan Tabiin seperti Abdullah bin Mubarak, Fudhail bin Iyadh, Sufyan At-Tsauri, Sufyan bin Uyaynah, Hassan Al-Basri, Saied bin Musayyab, Ato’ bin Abi Rabah .. anak murid mereka tak buat pun sedemikian ..

Para Ulama Tabie’ Tabiin seperti Abu Hanifah, Malik bin Anas, Muhammad bin Idris As-Syaafie, Ahmad bin Hanbal, Laith bin Saad, Abu Tsaur .. anak murib mereka tak buat pun begitu ..

Para Ulama Hadith yg datang berikutnya .. seperti Al-Bukhari, Muslim, At-Turmuzi, Abu Daud, Ibnu Majah, An-Nasaa’i, Ad-Daarimi .. anak murid mereka tak buat pun macam tu?

Nak terus lagi .. Ulama2 yg lebih berilmu dan lebih warak dari Hisyam Kabbani .. anak2 murid mereka tak buat pun macam tu?

Jadi soalan kena tanya .. siapa yg ajar sebenarnya? ..

Mcm yg berlaku kepada seorang habib yg kuburnya dihias macam tempat sembahan hindu?? Kalau bukan dia ajar .. siapa yg ajar?

Sebab para Ulama dari zaman para sahabat sehingga generasi berikutnya .. tak ada pun taksub guling2 macam tu??

Siapa kata Hisyam Kabbani ahli bait?? Dan kalau dia ahli bait pun Abu Jahal dan Abu Tolib pun ahli bait .. tak selamat pun!

C) Anak dia .. ko biar benar .. yang tak pakai tudung dalam gambar yg lain tu anak pompuan dia jugak ke? .. nama apa Telekung ke?

D) Pastu pasal Mazhab pulak .. para Ulama bincang masalah sentuh batal ke tidak wuduk bukan utk menghalalkan sentuh wanita yg bukan mahram!

Kalau tgk pun haram .. Allah berfirman:

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ

{Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.}
[An-Nur : 30]

Sentuh halal? Biar betul!

Bahkan dalam kitab Fiqh tumpuan berkenaan batal tak batal adalah pada suami isteri .. bukan dgn wanita ajnabiyah!

Untuk wanita ajnabiy pula perbahasan adalah ketika bersesak ketika di Masjid Al-Haram atau tmpt awam kalau tersentuh .. bukan berjabat tangan!

E) Tak ada apa yg nak dipandang hebat .. kalau dia tak betul manhajnya .. dia ttp salah .. sekali pun dia disebut/diceritakan mengislamkan ramai orang .. sebab Nabi -صلى الله عليه وسلم- telah menyuruh Bilal menyeru di tengah orang ramai:

«ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺪﺧﻞ اﻟﺠﻨﺔ ﺇﻻ ﻧﻔﺲ ﻣﺴﻠﻤﺔ، ﻭﺃﻥ اﻟﻠﻪ ﻳﺆﻳﺪ ﻫﺬا اﻟﺪﻳﻦ ﺑﺎﻟﺮﺟﻞ اﻟﻔﺎﺟﺮ»

《Ketahuilah! Tidak akan masuk Syurga kecuali jiwa yang muslimah, dan bahawa Allah akan membantu agama ini dengan orang yang jahat》
[Sahih Muslim no. 111]

Punca sabda Nabi -صلى الله عليه وسلم- bersabda sedemikian, kerana ada org yg dikatakan berjuang mati-matian dalam satu peperangan sehingga mati syahid .. Nabi kata orang berkenaan dalam Neraka .. dan selepas seorang sahabat menceritakan yg org berkenaan mati bunuh diri, Nabi pun menyuruh Bilal menyeru dgn kata2 berkenaan di tgh2 org ramai ..

KESIMPULAN:

Ahmad Deedat -رحمه الله- banyak islamkan org .. tapi org yg dia islamkan tak guling pun kat kaki Ahmad Deedat ..

Zakir Naik -حفظه الله- pun ramai islamkan org .. tapi tak ada pun org yg dia islamkan golek2 di kakinya?

Jadi kesimpulannya .. siapa yg ajar kalau bukan guru tarekat yg sesat itu sendiri yg ajar anak muridnya buat yg bukan2??

Fikir2kan lah! .. waAllahu Aa’lam

– Ustaz Adli Mohd Saad

Ghuraba Media’s photos


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: