Posted by: peribadirasulullah | Oktober 30, 2015

RITUAL MANDI ZIARAH HUD

RITUAL MANDI ZIARAH HUD

Dalam syariat Islam yang tulen, umat Islam diwajibkan untuk mandi bagi menyucikan diri dari hadas besar. Umat Islam juga disunatkan untuk mandi pada hari kebesaran Islam, iaitu pada 2 hari raya dan hari Jumaat.

Tidak pernah wujud dalam syariat Islam, mandi sempena menziarahi kubur.

Namun itulah yang diamalkan oleh kaum sufi di Darul Musthofa, Yaman apabila mereka melakukan upacara ziarah makam Nabi Hud yang dilakukan sebanyak 2 kali dalam setahun. Sebelum bermulanya ziarah, mereka semua dikehendaki untuk mandi menyucikan diri (kononnya dari dosa) di sungai (yang dikatakan) Nabi Hud. Sungai ini dikatakan berasal dari syurga.

Saksikan video upacara mandi manda kaum sufi ini, disertai penjelasan ringkas tentang upacara ziarah Hud yang disampaikan oleh Ustaz Syed Mohd Azwan BenYahya, bekas pelajar Darul Musthofa.

Saksikan, dengarkan, dan ambillah pengajaran.

Upacara-upacara yang tidak disyariatkan di dalam Islam yang dilakukan oleh golongan Sufi di kubur yang di dakwa kubur Nabi Hud A.S.
Sebelum ziarah ke makam Nabi Hud A.S, dimulai dengan upacara mandi di sungai, dipimpin oleh ketua sukunya (Munshib, Habib atau Syeikh). Setelah mandi, pengikut berebut ke sisi ketuanya, untuk minum air sungai yang diambil dengan tangan ketua. Setelah mandi dan minum, mereka melaksanakan shalat sunnah wudlu’ dua rakaat di Hashah Umar, iaitu tempat di pinggir sungai.
Setelah solat sunnah wudlu’, mereka akan beriringan menuju makam Nabi Hud ‘alaihis salam dengan membawa bendera.

http://aljawhar.wordpress.com/2008/08… – kisah sufi
https://www.youtube.com/watch?v=netD7… – Sungai dari syurga terletak di Hadramaut
https://www.youtube.com/watch?v=DKInT… – Ya hanana versi tarian sufi
https://www.youtube.com/watch?v=p2FEp… – Syiah, Sufi, dan Tareqat Ada Persamaan
http://www.youtube.com/watch?v=OvF4X5… – Tarekat, Sufi & Tasawuf Adalah Firqah² Sesat
https://www.youtube.com/watch?v=QeMgz… – Dr Asri – Ziarah Kubur itu Sunnah – bkn melakukan perkara jahiliyah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: