Posted by: peribadirasulullah | Oktober 16, 2015

Marilah kita kembali kepada Allah SWT

https://fbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-9/12096386_1067941176549280_7293675469311718232_n.jpg?oh=1027c424e009fde1feabb80097c4e59d&oe=56C4E0C8&__gda__=1452474097_0142a4e6d2654029a90a8012a35531f9

Apabila Berselisih Dalam Hal Agama, Wajib Mengembalikan Hukumnya Kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Surah an-Nisa 4: ayat ke 59

Allah berfirman:

فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً…..

“…Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (iaitu al-Quran) dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari Kiamat. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik kesudahannya” (an-Nisa 4: ayat ke 59)

— Setiap Perselisihan Dalam Agama, Kembalikan Kepada al-Quran dan Sunnah Nabi

Ibnu Kathir menafsirkan ayat ini dengan berkata:

قال مجاهد وغير واحد من السلف أي إلى كتاب الله وسنة رسوله وهذا أمر من الله عز وجل بأن كل شيء تنازع الناس فيه من أصول الدين وفروعه أن يرد التنازع في ذلك إلى الكتاب والسنة كما قال تعالى «وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ

“Berkata Mujahid dan ramai ulama’ Salaf lain, bahawa maksudnya (untuk mengembalikan kepada Allah dan Rasul adalah) kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya. Ini adalah perintah dari Allah Azza wa Jalla, bahawa segala perkara yang diperselisihkan oleh manusia, yang berkaitan dengan ushul dan furu’ agama wajib dikembalikan kepada al-Qur`an dan sunnah. Sebagaimana firman Allah,

وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ

“Tentang sesuatu apa pun yang kamu perselisihkan maka keputusannya terserah kepada Allah.” (Asy-Syura: 10). (Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, An-Nisa’ : 59)

Berkenaan ayat ini Syeikh Abdur Rahman Nasir As-Saadi rahimahullah menjelaskan:

ثم أمر برد كل ما تنازع الناس فيه من أصول الدين وفروعه إلى الله وإلى الرسول أي: إلى كتاب الله وسنة رسوله

“Kemudian Allah memerintahkan untuk mengembalikan setiap apa yang diperselisihkan oleh manusia padanya dari pokok agama, dan cabang-cabangnya kepada Allah dan kepada RasulNya iaitu kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah RasulNya.”

فإن فيهما الفصل في جميع المسائل الخلافية، إما بصريحهما أو عمومهما؛ أو إيماء، أو تنبيه، أو مفهوم، أو عموم معنى يقاس عليه ما أشبهه، لأن كتاب الله وسنة رسوله عليهما بناء الدين، ولا يستقيم الإيمان إلا بهما

“Kerana sesungguhnya pada keduanya (Kitabullah dan Sunnah) terdapat pemisah (penyelesaian) terhadap seluruh permasalahan khilafiah, sama ada tentang kejelasannya atau keumumannya; perhatian, kefahaman, atau keumuman makna yang diqiaskan ke atasnya atau yang seumpama dengannya. Ini kerana agama ini dibina di atas kitabullah dan sunnah rasulNya, dan tidaklah menjadi lurus (benar) keimanan itu melainkan dengan kedua-duanya.” (Taisir al-Karimir Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan, oleh As-Sa’di, An-Nisa’ : 59)

Al-Imam as-Suyuthi berkata:

“Kemudian Al-Baihaqi mengeluarkan suatu riwayat dengan sanadnya dari Maimun bin Marhan tentang firman Allah (diatas).

Maksud فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ “mengembalikan kepada Allah” dalam ayat ini adalah mengembalikan kepada kitab-Nya iaitu Al-Qur’an, sedangkan mengembalikan kepada Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, jika beliau telah wafat “adalah kembali kepada Sunnah beliau” [Miftahul Jannah fii-Ihtijaj bi As-Sunnah (edisi Indonesia); hal. 36-46; dinukil dari almanhaj.or.id]

Kata شَىْءٍ (sesuatu) di ayat ini bentuk nakirah dalam konteks syarth (syarat), sehingga meliputi seluruh perselisihan sama ada dalam ushul (urusan pokok) ataupun furu’ (urusan cabang). Tafsir ini sebagaimana diungkapkan oleh Al-‘Allamah Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithy. [Adhwa’ul Bayan (1/ 333); dinukil dari almanhaj.or.id]

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

“Kemudian Allah memerintahkan orang-orang beriman agar mengembalikan permasalahan yang mereka perselisihkan kepada Allah dan RasulNya, jika mereka benar-benar orang-orang yang beriman. Dan Allah memberitahu mereka, bahawa hal itu lebih utama sama ada bagi mereka di dunia ini, dan lebih baik akibatnya di akhirnya. Hal ini mengandungi beberapa perkara.

Pertama : Orang-orang yang beriman kadang kala juga berselisih pada sebahagian hukum-hukum.

Perselisihan pada sebahagian hukum tidak mengakibatkan mereka keluar dari keimanan (tidak kufur), jika mereka mengembalikan masalah yang mereka perselisihkan kepada Allah dan RasulNya, sebagaimana yang Allah syaratkan. Dan tidak diragukan lagi, bahwa satu ketetapan hukum yang diterikat dengan satu syarat, maka ketetapan itu akan hilang jika syaratnya tidak ada.

Kedua : Firman Allah “Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu”,

Maksudnya merangkumi seluruh masalah yang diperselisihkan oleh orang-orang yang beriman, berupa masalah agama, sama ada kecil atau yang besar, yang terang atau yang samar.

Ketiga : Manusia telah sepakat bahawa mengembalikan kepada Allah

Maksudnya mengembalikan kepada kitabNya. (Dan) mengembalikan kepada RasulNya adalah mengembalikan kepada diri baginda pada waktu hayatnya dan kepada Sunnahnya setelah wafatnya.

Keempat : Allah menjadikan “mengembalikan apa yang mereka perselisihkan kepada kepada Allah dan RasulNya” termasuk tuntutan dan akibat iman. Sehingga jika itu tidak ada, imanpun hilang.” (Diringkas dari I’lamul Muwaqqi’in (2/47-48), Penerbit Darul Hadis, Cairo, Thn. 1422 H / 2002 H;almanhaj.or.id)

Tidak Beriman Orang Yang Berselisih, Lalu Tidak Mengembalikan Kepada al-Quran dan as-Sunnah

Ibnu Kathir berkata lagi berkenaan ayat ini:

إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ

“Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.’

فدل على أن من لم يتحاكم في محل النزاع إلى الكتاب والسنة ولا يرجع إليهما في ذلك فليس مؤمنا بالله ولا باليوم الأخر

“Maksudnya: Ini menunjukkan bahawa siapa yang tidak berhukum kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam persoalan yang diperselisihkan, serta tidak merujuk kepada keduanya dalam hal itu maka dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.” (Tafsir al-Quranul ‘Azhim, oleh Ibnu Kathir, An-Nisa’ : 59)

Kembali Kepada al-Quran dan as-Sunnah Adalah Keselamatan

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

تَرَكْتُ فِيْكُمْ شَيْئَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا بَعْدَهُمَا كِتَابُ اللهِ وَسُنَّتِيْ

“Aku tinggalkan pada kalian dua perkara, yang kalian tidak akan sesat selepas berpegang kepada keduanya, (iaitu) Kitabullah dan Sunnahku.” (HR. Malik dan Al-Hakim dan dihasankan oleh Syeikh Al-Albani)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى بَعْدِي اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ

“Sungguh barangsiapa yang hidup di antara kalian akan melihat perselisihan yang banyak. (Maka) berpeganglah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa-ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Gigitlah ia dengan gigi geraham. Hindarilah kalian hal-hal yang baru, sesungguhnya setiap hal yang baru adalah bid’ah dan setiap bid’ah ada sesat.”

(HR. Ahmad, Abu Dawud, at-Tirmidzi, ad-Darimi, al-Baghawi dalam kitabnya Syarhus Sunnah (I/205), al-Hakim (I/95), disahihkan dan disepakati oleh Imam adz-Dzahabi, al-Albani juga mensahihkan hadis ini)

Ghuraba Media‘s photo

tentera yahudi dan amerika sentiasa bersama kitab mereka.

Tentera yahudi berperang dengan penuh kesedaran agama mereka.

Mereka bijak memerangkap pemimpin sekular Islam.

التنصير في أفغانستان

Buku agama kristian sentiasa bersama tentera amerika untuk mengkristiankan umat Islam Afghanistan.

http://waladi-dimalaysia.blogspot.my/2009_09_01_archive.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: