Posted by: peribadirasulullah | Oktober 10, 2015

Kita sentaiasa dalam pengawasan Allah SWT

MENGENAL ALLAH SWT.

“Tanpa Ada seorang Murobbi, tanpa ada Guru yang mursyid, yang menunjukkan mana yang benar mana yang salah, mana yang boleh pakai, mana yang tak boleh pakai, mana mungkin dia mengenal Allah Swt. Ianya akan menyebabkan seseorang itu menyangkakan dirinya sudah berada pada Jalan Allah sedangkan dirinya berada pada jalan syaitan. Wal’iyazubillah ”

“Al Imam Al Ghazali رحمه الله menyatakan ada empat sifat Guru yang mursyid. Yang pertama, adalah dia tidak mencintai dunia dan mencintai harta dan pangkat. Yang kedua, Guru tersebut telah berguru dengan gurunya yang mursyid yang mengetahui banyak ilmu dan gurunya mursyid itu berguru dengan gurunya yang mursyid yang kesemuanya mempunyai silsilah sanad sehingga kepada Rasulillah ﷺ. Yang ketiga, Guru tersebut mendidik dirinya dgn sedikit makan, sedikit bercakap-cakap, sedikit tidur, dan banyak solat, sedekah, dan puasa. dan yang keempat, dia mempunyai akhlak yang baik. Akhlak yang mulia.”

Dengan murobbi, guru yang mursyid kita dapat mengenal Allah Swt. Kenal lah Allah dahulu kemudian pakailah pakaian apa yang engkau nak pakai. Bukannya pakaian itu penentu hidup kita disisi Allah swt. Orang yang cerdik akan menceraikan dunia, Bagi mereka orang yang cerdik, dunia ditangan mereka bukan dihati mereka ”

“Kalam ahli Tasawwuf, barangsiapa yang hatinya merasakan pengawasan Allah ke atasnya, maka Allah akan memelihara jasadnya. Antara kelebihan ahli Zikir dimana mereka sentiasa merasakan diri mereka sentiasa diawasi oleh Allah Taala. Maka orang orang yg beriman itu mereka beriq’tikad bahwa Allah sentiasa mengawasi perbuatan mereka sepanjang masa. Jika kita mampu berfikir dengan waras, jika Allah Taala tidak bersama dengan kita, tidak mungkin kita akan dapat hidup di atas muka Bumi ini. Diajarkan juga kpd kita semua oleh al-Musnid Syeikh Muhammad Fuad sewaktu mensyarahkan kitab Kalam Hikam Abi Madyan tentang tiga kalimah yang penting dan boleh diamalkan sebelum tidur waktu malam. . اللهُ مَعِيْ، اللهُ نَاظِرٌ إِلَيَّ، اللهُ شَاهِدٌ عَلَيَّ. . “Allah bersamaku, Allah melihatku, Allah menyaksikanku.”

Daripada Dato’ Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki As-Sanusi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: