Posted by: peribadirasulullah | Oktober 10, 2015

Amal yang paling dicintai oleh Allah SWT

GARIS PANDU PEMAHAMAN TEORI DAN PRAKTIKAL BAGI AMALAN PARA ULAMA HADRAMAUT

Kami tidak bersetuju dan tidak bersepakat dengan mereka yang menyeru kepada mengangkat senjata pada zaman ini walau siapa pun mereka.

Kami tidak menyebarkan ‘fitnah lisan’ dalam bentuk cemuhan di khalayak ramai atau bersama mereka yang menyebarkannya, juga tidak menyebarkan ‘fitnah tangan’ dalam bentuk peperangan dan persengketaan sehingga mengalirkan darah.

Kami menyeru setiap kumpulan dan golongan untuk kembali kepada Allah سبحانه وتعالى dengan penuh hikmah dan peringatan yang baik sesuai dengan kaedah yang diatur oleh Allah سبحانه وتعالى: “Dan (damaikanlah perhubungan) antara kamu dan orang yang mempunyai permusuhan denganmu (sehingga dia menjadi) seolah-olah rakan yang sangat akrab”.

Kami tidak berdiri di sebelah sebarang pihak yang berebut kuasa dan tahta sesama mereka dan kami tidak membantu sebarang jemaah atau kumpulan yang bercita-cita untuk menguasai tampuk pemerintahan.

Kami menyeru kepada semua pihak, baik pihak yang berkuasa atau rakyat jelata untuk bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى dan meminta daripadaNya Husnul Khatimah (kematian yang baik) dalam keadaan selamat, serta menjalankan amar ma’ruf (menyeru kepada kebaikan) dan nahy mungkar (mencegah dari kemungkaran) mengikut kemampuan yang ada.

Kami tidak menyertai sebarang bentuk ke’parti’an dan tidak menyeru kepadanya, kami juga tidak menganggapnya suatu solusi di dalam meng’islah’ (memperbaiki) waqi’ (realiti), bahkan menurut kami ia adalah sebahagian permasalahan yang kritikal dalam realiti Ummah di zaman ini. Namun demikian kami menghormati individu-individu, para Alim Ulama’ dan golongan cendekiawan yang berkecimpung di dalam parti-parti dan jemaah-jemaah.

Kami mengamalkan prinsip musyawarah (perbincangan) bersama mereka di dalam perkara yang membawa kepada kemaslahatan Ummah, keselamatan agama dan menegakkan prinsip amanah (dan bagi setiap orang itu pendiriannya yang tersendiri yang dia berjalan di atasnya).

Kami tidak menggugurkan kewajipan Jihad Fisabilillah (Jihad di jalan Allah) dan kami tidak menafikan kewujudannya pada zaman sekarang ini, akan tetapi kami tidak menyertai kumpulan-kumpulan yang mendakwa menggerakkannya atas dasar kepartian dan saling berpecah belah. Kami beriman akan kepentingannya dan keperluannya di dalam mengembalikan hak yang telah dirampas kerana ia adalah Janji Allah yang dikekalkan, sepertimana sabda Baginda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم: “Jihad akan berterusan dari semenjak Allah mengutuskanku sehinggalah umatku yang terakhir akan memerangi dajjal, tidak ada yang dapat membatalkannya baik kezaliman si zalim atau keadilan si adil.”, akan tetapi jihad itu akan berlaku dengan garispandu yang ditetapkan oleh nas syara’, bukan dengan bentuknya yang membawa kepada perselisihan, lebih-lebih lagi atas nama kepartian.

Dipetik dari ‘Risalah Syakhsiyyah’ karangan Al-Habib Abu Bakar Al-Adni Bin Ali Al-Masyhur (Semoga Allah memeliharanya dan memberi kita manfaat dengan ilmu-ilmunya)

——————————————————————————————————————–

ضوابط الطريقة العلمية و العملية لمدرسة حضرموت

أننا لا ندعوا لحمل السلاح، و لا المشاركة مع حامليه أيا كانوا في عالمنا المعاصر

أن لا نشيع في الناس أو مع الناس فتنة اللسان بالذم، و لا فتنة الاصطدام و الحروب بإسالة الدم

ندعوا جميع الأشتات و الفرقاء إلى الله بالحكمة و الموعظة الحسنة تحت القاعدة الشرعية (فإذا الذي بينك و بينه عداوة كأنه ولي حميم)

لا نقف مع حاكم في صراع مع أشباهه وأمثاله على كرسي الحكم، و لا ننصر جماعة أو فئة تتطلع لامتلاكه و السيطرة عليه

ندعوا الجميع حاكما و محكوما لتقوى الله و الموت على سلامة و حسن خاتمة و نأمر بالمعروف و ننهى عن المنكر وفق القدرات المتاحة

لا نشارك في حزبية و لا ندعوا إليها، و لا نعتبرها حلا في إصلاح الواقع، بل هي جزء من الأزمة المسيسة في واقع الأمة المعاصرة، و نحترم الأفراد و العلماء و العقلاء ضمن الأحزاب و الجماعات، و نشاورهم في مصلحة الأمة و سلامة الديانة و إقامة شروط الأمانة (و لكل وجهة هو موليها)

لا نسقط فرضية الجهاد في سبيل الله ولا ننفي وجوده في عالمنا المعاصر، ولكنا لا نشارك مجموعاته الحزبية المتكتلة، و نؤمن بأهميته و ضرورته للحصول على الحق المسلوب، و لأنه وعد استباقي قال عنه صلى الله عليه وسلم (الجهاد ماض منذ بعثني الله إلى أن تقاتل آخر أمتي الدجال، لا يبطله جور جائر و لا عدل عادل)، و لكن بالصفة التي تناولتها النصوص لا بصفتها المسيسة في الانقسامات و المسميات الحزبية على الخصوص

من كتاب – رسالة شخصية

للحبيب أبي بكر العدني بن علي المشهور

INI KALI LAH’s photos


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: