Posted by: peribadirasulullah | Oktober 3, 2015

Bantulah Azman Saudara Baru Kita

Kenalkan. Ini Azman. Saudara baru kita. Nama asalnya Chandran. Umurnya 37 tahun. Berasal dari Port Dickson.

Dia baru 6 bulan memeluk Islam. Aku terjumpa dia beberapa hari lepas di masjid kota warisan, Salak Tinggi.

Kali pertama dia melafazkan kalimah agung yang tiada lautan dan gunung pun sanggup tampung, 6 bulan lepas di Jab. Agama Islam Kuala Langat.

Itulah kalimah ” Bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad itu pesuruh Allah “.

Sewaktu berwudhuk, aku nampak seorang lelaki seakan memerhatikan aku berwuduk. Setiap satu2 perbuatan aku ditelitinya. Selesai berwudhuk sewaktu berdoa, dia menyapa.

” Assalamualaikum”, sapa azman.

” Waalaikumsalam…. “, jawab aku sambil menghulurkan tangan.

” Abang orang luar kawasan ya?,” tanya azman.

” Ya encik, kenapa yer?”, tanyaku lagi.

” Takde pape, cuma boleh tak kita solat bersama? Sebenanya sy muallaf. Sy terlewat solat sebab sy lambat sampai ke masjid. Saya pergi mencari kerja tadi,”jelas azman.

” Oooo… boleh cik azman,” jawabku sambil memeluk azman.

Selesai solat Azman terus menuju ke penjuru masjid sambil membaca sebuah buku. Agak kuat bacaannya.

Tergerak hati aku untuk menyapa.

” Buat apa tu?,” sapa aku.

” Hafal surah al-kautsar abang,” jawab azman sambil tersengeh seakan segan.

” Dah hafal?,” tanya aku sambil mengambil terjemahan itu dari tangannya.

” Dah, tapi belum lancar abang.” jawab azman sedikit hairan dgn tindakanku.

” Ok, baca saya nak dengar ,” pintaku sambil menepuk sedikit bahunya.

Azman pun baca. Demi Allah… Sedap suara Azman kawan. Bergenang air mata aku. Walaupun merangkak dan perlahan, aku nampak kesungguhan usahanya.

Aku tahu. Allah sedang menghantar muallaaf untuk mengingatkan aku. Agar jangan berputus asa mengulang hafalanku.

” Ok ker abang?,” tanya azman.

” Alhamdulilah azman. Allah kurniakan suara tuan merdu. Insyaallah akan dipermudahlan.”, jawabku.

Tiba2 azman bertanya.

” Abang, sy ni takde kerja. Baru 6 bulan masuk Islam. Segan saya makan duit zakat Rm 500 tu. Walhal Allah bagi saya kesihatan yang baik. Abang tahu tak kat mana ada kerja kosong? Sy tak kisah berapa gajinya”, tanya azman.

” Kerja dengan saya. Boleh? Tapi bukan disini. ,” jawabku ringkas.

” Saya tiada kenderaan abang, ” jawab azman seakan kecewa sambil menundukkan mukanya.

” Tidur di pejabat saya. Sampai kamu mampu sewa sendiri.,” jawabku sambil mengurut bahu Azman bagi melegakannya.

” Bila abang?”, tiba2 kuat suaranya.

” Sekarang, jom kemaskan baju kamu.,’ jawabku ringkas.

” Petang itu kami berdua bergerak ke pejabat kecilku. Dan alhamdulilah malam tadi aku ditemani isteri aku menghantar tilam dan sedikit makanan.

Azman tidak mahu terima sesen pun duit yg aku beri. Jadi aku gantikan dengan sedikit kelengkapan peribadinya.

Dia pesan pada aku, apa dia nak jawab pada Allah sebab meminta pada manusia?

Kawan… Dia beritahu aku, 6 bulan ini waktu paling mencabar bagi dirinya. Tidur di masjid2. Tidur di surau petrol station. Dia baru bersunat. Dan ada dah bekalkan epsom salt untuk dia cuci bahagian yg luka.

Sampai hari ini dah 2 hari dia bekerja.

Aku nampak kesungguhannya. Katanya, kalau inilah agama. Semangat bantu sesama manusia. Dia rela mati kerana agama.

Setiap hari aku sebak bila.ke tempat kerja. Masuk kerja aku akan dengar dalam pejabat mini aku suara seorang manusia mengaji surah yang sama ulang kali.

Satu minggu satu surah, dia akan tasmik dengan aku.

Kau nak tahu pasal azman ni yang menarik? Aku tak pernah dengar langsung keluhan dia. Atau dia menyalahkan Tuhan tatkala dia susah.

Allah bukan hantar aku untuk ajar azman tentang Islam. Tapi Allah hantar Azman pada aku untuk ingatkan akDia tiada FB. Smartphone jauh sekali. Sesiapa nak beri sokongan atau bantuan boleh berhubung dengannya.

Buat masa ni, dia tuan 500.00 sebulan. Dan insyaallah gaji yang tak seberapa ni.

Dia pernah bekerja di sebuah kilang selama 14 tahun sebelum ni di nilai sebagai boilerman.

Azman tak nal dedahkan masalah peribadinya. Org tuanya tiada. Dia dibuang keluarga.

Satu jer aku mintak, kawan2 kalau nak tolong dia jangan bgtaw aku yang cerita kisahnya di FB. Sebab aku tak nak nampak dia rasa terhutang budi.

Hari ni Azman dah hafal 2 surah. Al ikhlas dan Al kautsar.

Kata Azman… Dia rasa menyesal dan rugi lambat kenal Islam.

Malu aku kawan… Aku betul2 segan dengan Azman.

Sollu’ alannabii…

Abu Hannah


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: