Posted by: peribadirasulullah | September 28, 2015

Menjadi Insan Yang Hebat

Orang hebat ialah orang yang mendapatkan kejayaan disaat konteks realitinya berbeza arus dengan konten keinginan untuk mencapai impian.

👉 Orang hebat ialah orang yang ingin menunaikan haji di Mekah tetapi tidak berkemampuan dari sudut keewangan. Realitinya orang tersebut tidak mampu secara keewangan maka, beliau berusaha mengumpul wang sehingga cita-citanya ke Tanah Haram tercapai dengan penat lelah dan kesungguhan.

👉 Orang hebat ialah orang cacat yang ingin membantu kedua-dua orang tua meskipun tidak mempunyai anggota atau akal fikiran yang sempurna untuk menyara kehidupan keluarga. Beliau bertungkus-lumus berdikari meskipun keadaan diri berlawanan dengan keupayaan fizikal & mental secara logik.

👉 Orang hebat ialah orang yang tidak mampu untuk bersekolah tetapi mempunyai cita-cita untuk menjadi kaya meskipun hidupnya dikelilingi dengan orang-orang miskin yang seringkali kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

👉 Orang hebat ialah orang yang diperkecil oleh keluarga dan sahabat handai untuk maju dalam kehidupan tetapi tetap meneruskan cita-cita meskipun dihujani dengan kegagalan yang bertimpa-timpa untuk meneruskan impian.

👉 Orang hebat ialah orang yang ingin menuntut ilmu agama, berhijrah secara fitrah kepada Allah pada saat kehidupannya dikelilingi dengan keluarga yang porak peranda, sanak saudara dan rakan-rakan yang terpesong secara jelas dari jalanNya.

Orang hebat tidak ditafsirkan sebagai orang yang berjaya menunaikan haji ke Mekah kerana sudah sejak azali hidup dalam keluarga berada, orang yang sempurna mental, fizikal yang mampu mencari nafkah untuk keluarga tanpa cacat anggota, orang yang berkebolehan belajar tinggi sehingga ke luar negeri, orang yang sentiasa diberi sokongan moral untuk merealisasikan cita-cita, orang yang lahir dalam keluarga kelompok ulama, alim, abid dan asatizah yang menyertai jemaah untuk sentiasa dekat dengan Allah.

● Orang hebat ialah orang yang paling kuat jiwanya sehingga berjaya mencapai kejayaan disebalik rintangan yang pelbagai dengan segala macam bentuk kekurangan.

● Orang hebat ialah orang yang melakukan perkara-perkara biasa sehingga menjadi luar biasa. Ia tidak perlu bermula dengan perkara luar biasa, sebaliknya perkara biasa yang akhirnya menjadi luar biasa.

Tidak perlu menjadi burung sedangkan diri merupakan itik.
Tidak perlu menjadi kuda sedangkan diri ialah kancil.

◆ Jadilah itik yang pandai berenang sehingga tidak perlu menjadi burung untuk menyeberang lautan.
◆ Jadilah kancil yang bijak melepaskan diri berbanding berharap menjadi kuda yang pantas berlari ketika dikejar haiwan pemangsa.

Hebat tidak didefinisikan sebagai kejayaan disaat kita dilengkapi pelbagai kemudahan. Hebat ialah kejayaan yang dicapai di luar konteks keselesaan meskipun bertemankan banyak kekurangan.

Menguntai bicara definisi hebat, Tuhan turut berfirman dalam surat cintaNya, Al Quran “Sesungguhnya Tuhan tidak memandang fizikal dan harta kamu tetapi Tuhan memandang pada hati kamu”

Hebat itu letaknya di hati dan jiwa yang kuat.

Disebalik rintangan yang amat dasyat, jiwa mampu bertahan untuk mencapai dan mengekalkan kejayaan di dunia untuk alam selepasnya.

Waallahua’lam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: