Posted by: peribadirasulullah | Ogos 22, 2015

3 Jenis Musibah daripada Allah SWT

3 Jenis Musibah : Kaffarah, Bala, dan Ibtila’.
.
1.Kaffarah
.
Musibah ini berlaku kepada orang yang baik tetapi ketika dia
terlanjur melakukan kejahatan kerana kelalaian dan tidak
mampu melawan hawa nafsu. Musibah ini diturunkan
berfungsi sebagai “tebusan” untuk menghapuskan dosa dan
keterlanjuran.
.
Ditimpa semasa di dunia oleh Allah Taala sebagai balasan
kesalahannya bagi melepaskan dia daripada dibalas di
akhirat.
Musibah ini lebih baik kerana azab di dunia lebih ringan
berbanding azab di akhirat.
.
“Dan KAMI timpakan kepada mereka azab supaya mereka
kembali ke jalan yang benar.” (Surah Al-Zukhruf : 48)
.
2. Bala
.
Suatu bentuk ujian yang dikenakan kepada orang jahat yang
melakukan kejahatan. Musibah ini sebagai hukuman di dunia
sebelum dihukum dengan lebih berat di akhirat.
Seksaan pertama semasa di dunia manakala seksaan kedua
semasa di akhirat.
.
Contoh :
Umat Nabi Nuh yang ditenggelami banjir begitu juga dengan
Firaun dan lain-lain contoh.
.
“Dan jika mereka berpaling,nescaya Allah akan mengazab
mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat”
(Surah At-Taubah : 74)
.
3. Ibtila’
.
Musibah yang dikenakan kepada orang baik ketika melakukan
kebaikan sebagai tanda kasih sayang Allah kepada
hambaNYA yang taat.
Dengan ibtila’ seseorang hamba itu akan mendapat ganjaran
yang berganda dan ditinggikan darjatnya disisi Allah. Dengan
musibah, mereka memperoleh pahala syahid, pahala sabar,
pahala redha dan lain-lain.
.
Contoh :
Ditimpakan ke atas Para Rasul Ulul Azmi, siddiqin, syuhada’
dan solehin.
.
“Berapa banyak golongan yang sedikit berjaya menewaskan
golongan yang ramai, dengan izin Allah dan Allah bersama
orang-orang yang sabar.”
(Surah Al-Baqarah : 249)
.
Wallahu’alam.. Allahu Ya Rahim

Untuk renungan bersama…

Sunduq 2015

sondoq 2015

Borang Qurban Sunduq Al-Birri
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
MOHON SUMBANGAN IKHLAS DAN PROGRAM QURBAN DI KEMBOJA 2015

Y.Bhg,Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
Kami memohon jasa baik semua pihak agar dapat menyumbang kepada kepada kami walaupun RM 10 demi menampung perbelanjaan kegiatan dakwah kami di Kemboja :

SUNDUQ AL BIRRI AL ALAMI SOLUTION
(TABUNG DANA KEBAJIKAN SEDUNIA)
MAYBANK 551070416346
CIMB 8602299125
Mohon emailkan kepada kami selepas anda menyumbangkan sedekah:
Sunduq_albirri@yahoo.com

Diatas kerjasa dan keprihatinan pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian Wassalam.
Alhamdulillah, program Qurban telah mendapat 2 bahagian dan jutaan terima kasih kami ucapkan di atas sumbangan sedekah yang pasti amat menggembirakan para pelajar Maahad Tahfiz An-Nur, Kampot Kemboja.
In Sya Allah Kami akan adakan program solat hajat dan doa selamat buat mereka yang telah menderma kepada tabung kami, oleh yang demikian amatlah baik sekira para penderma memberi nama penuh berserta nama ibu untuk mereka lafazkan semasa dalam majlis tersebut .
Yakinlah.. Wahai Para Penderma yang budiman semua, sesungguhnya doa orang mukmin kepada Allah SWT dapat merentasi alam semesta dan didengari oleh Allah SWT Yang Maha Mendengar walaupun dibumi Kemboja mereka mendoakan kebaikan dan keberkatan buat para penderma di Malaysia, Singapore,Brunei dan Indonesia serta seluruh negara di dunia ini..
Jalinan ukhuwah yang disaksikan oleh Para Malaikat Rahmat utusan Allah SWT pasti lebih kukuh berbanding dengan ikatan duniawi semata-mata. Sila layari :
https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/08/16/berniaga-dengan-allah-swt-dan-menjadi-jutawan-dunia-dan-akhirat/

Nota :

Kenapa Allah SWT menimpa kepada Rasulullah SAW bala dan bencana sedangkan Rasulullah SAW adalah KekasihNya ???

Apakah salah Allah SWT menurunkan penyakit dan penderitaan kepada manusia ???

Sedangkan manusia tidak pernah memandang arahan Allah SWT malah manusia menjadikan nafsu ciptaan Allah SWT yang dijadikan ujian  sebagai tuhan dalam kehidupan mereka.

Maha Suci Allah SWT daripada segala kesilapan dalam semua tindakanNya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: