Posted by: peribadirasulullah | Ogos 20, 2015

5 Golongan Yang Sentiasa Memerangi Kebenaran

http://i1.wp.com/quranicgen.com/wp-content/uploads/2013/11/cinta-Allah-1024x777.jpg?resize=491%2C373

Setiap perubahan kearah kebaikkan pasti akan ditentang oleh 5 golongan

1.Mukmin yang mendengki
2.Munafiq yang membenci
3.Kafir yang memerangi
4.Syaitan yang menyesatkan.
5.Nafsu yang sering bertarung.

Kerana itu tarbiyah hadir untuk membantu kita menghadapi cabaran tersebut.

Cinta Allah | Ada orang pernah berkata pada saya “Bukankah Cinta itu buta? ” Benarkah? Adakah Cinta Ilahi itu buta ? Mari kita sama-sama menjawab.

“Katakanlah : (Nabi Muhammad SAW)
Jika benar kamu mengasihi Allah maka kamu ikutilah daku ,
Nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosamu.

Apakah yang anda fahami daripada ayat tersebut ?

Yes. Al Quran itu penuh dengan bahasa cinta dan lafaz kasih sayang. Tidakkah cinta dan kasih sayang Allah itu tiada batasannya ? Sedangkan rahmat Allah itu pula sangat luas dan tiada penghujungnya.

Cinta itu sangat mudah untuk dimiliki dan sangat mudah untuk dilepasi.  Adakah Allah itu sayangkan semua hambaNya ? Ya. Allah itu terlalu sayangkan semua hambaNya. Rasa cinta selalu dilimpahkan. Tanpa kita minta. Tanpa kita duga.

Mereka kata hidup takkan sempurna tanpa cinta..
Terfikir seketika..
Apa yang mereka maksudkan itu?
Ya. Sudah tentulah Cinta Allah itu yang utama , bukan ?

Seorang ikhwah pernah mengungkapkan :

Cinta itu tidak mudah,
Perlukan pengorbanan,
Perlukan kegagahan,
Cinta itu wujud dalam pelukan tabah,
Perlukan kefahaman,
Perlukan ketoleransian,
Cinta itu senang pecah,
Perlukan penjagaan,
Perlukan perhatian,
Aku bersama cinta itu,
Memang jalannya sentiasa berliku,
Memang yang sentiasa berkorbannya aku,
Tetapi buah kesenangan daripadanya juga untuk diriku.

Jelaslah bahawa setiap cinta itu memang memerlukan pengorbanan. Cinta Allah itu yang abadi bukan ? Mengapa kita tidak mahu berkorban mendapatkan cintaNya ?

Apa lagi yang kita mahu? Cinta itu terlalu banyak definisinya. Cinta itu terlalu dalam  maksudnya.

Carilah cinta Ilahi , luruskan cintamu ! Agar ia meluruskan jalanmu menemui Cinta Ilahi yang abadi.

Selamilah dasar hati, percayalah bahawa sesungguhnya bahagia itu terikat pada hati yang punyai sifat redha dan tawakkal yang tinggi kepada ALLAH. InsyaALLAH. Perkenankanlah aku mencintaiMU semampuku Ya Rabb. Agar cinta itu mengalun indah dalam jiwa. Agar cinta ini mengalir di sepanjang nadiku dalam titian menuju syurgaMU. Amiin. Mahu ralit dalam usrah cintaNYA

“Kita boleh memilih cinta seorang sahabat , tapi tidak cinta kedua-dua ibu bapa kita. Begitu juga dengan cinta Allah.” Tutur seseorang. [Click To Retweet]

Allah itu Maha Pemurah wahai anda semua. Tidak kiralah siapapun kita hari ini. Tinggi mana pun jawatan kita hari ini. Sekaya apa pun kita pada hari ini. Yang Dia lihat hanyalah hati kita. Ketulusan hati dalam mencintai Sang Pencipta.

Saat diri ini menangis setiap saat , Dia sentiasa ada untuk menggembirakan hati. Saat diri ini terasa lemah dan mahu berputus asa , Dia sentiasa ada memberi semangat. Saat diri ini sepi dan kesunyian , Dia sentiasa ada buat menemani. Saat diri ini bersedih dan perlukan teman untuk berbicara , Dia sentiasa setia untuk mendengar. Allah.. sungguh indah cintaMu pada hambaMu. Mahu saja terus berada dalam pelukan cintaMu.

Aku ini cemburu sekali.Cemburu pada mereka yang begitu taat dalam mencintaiMu..
Aku ini barangkali di tangga terbawah..

Ah, malunya! Allah.. Jangan Kau isi jiwa ini dengan putus asa. Aku ini tidak jemu untuk mengetuk cintaMu. Aku tak pernah malu mahu mengemis belas kasihMu. Aku tak pernah berhenti mendaki tangga cintaMu. Aku mahu berada ditangga yang teratas. Allah. Maaf, aku terkadang terlupa. Bahawa aku ini kuat dari yang aku sangkakan. Kerna segalanya dengan izinMu..

Setiap orang mempunyai “reason” yang berbeza bukan?  Dan setiap orang membuktikan cintanya pada Allah dengan cara yang berbeza . Biarlah macam mana caranya , asalkan tidak lari pada fitrah Islamnya.

Barangkali aku terleka, Seketika cuma, Aku masih punya Allah.
Tuhan yang Esa, Allah Maha Tahu jauh di ceruk hatiku,
Allah menyayangiku, Dan aku punya impian, Mendamba cinta AgungNya.

Mereka kata, jika cinta haruslah dibuktikannya. Ikhlas juga perlu disertakan.
Dengan itu barulah akan sampai makna cinta itu. Dengan izinNya.

Buktikanlah cinta anda pada Allah. Dengan cara apa sekali pun. Jadikanlah cinta anda dengan Allah , se’romantik’ cinta Yusuf dan Zulaikha. Cinta Khadijah dan Muhammad.

Cinta kepada Allah itu sangat indah. Lebih indah dari segala-galanya. Percayalah..
Jadi pesanan saya , jagalah diri , jagalah iman , jagalah hati dan jagalah hubungan dengan Allah. Semoga Allah redha , InsyaAllah.

Dan jangan lupa , peliharalah Cinta Allah. Jom !

Nurhidayatul Husna Binti Noorazlan

http://hanyaadamu.blogspot.com

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Y.Bhg,Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.
Kami memohon jasa baik semua pihak agar dapat menyumbang kepada kepada kami walaupun RM 10 demi menampung perbelanjaan kegiatan dakwah kami di Kemboja :

SUNDUQ AL BIRRI AL ALAMI SOLUTION
(TABUNG DANA KEBAJIKAN SEDUNIA)
MAYBANK 551070416346
CIMB 8602299125
Mohon emailkan kepada kami selepas anda menyumbangkan sedekah: Sunduq_albirri@yahoo.com
Diatas kerjasa dan keprihatinan pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian Wassalam.
Alhamdulillah, program Qurban telah mendapat 2 bahagian dan jutaan terima kasih kami ucapkan di atas sumbangan sedekah yang pasti amat menggembirakan para pelajar Maahad Tahfiz An-Nur, Kampot Kemboja.
In Sya Allah Kami akan adakan program solat hajat dan doa selamat buat mereka yang telah menderma kepada tabung kami, oleh yang demikian amatlah baik sekira para penderma memberi nama penuh berserta nama ibu untuk mereka lafazkan semasa dalam majlis tersebut .
Yakinlah.. Wahai Para Penderma yang budiman semua, sesungguhnya doa orang mukmin kepada Allah SWT dapat merentasi alam semesta dan didengari oleh Allah SWT Yang Maha Mendengar walaupun dibumi Kemboja mereka mendoakan kebaikan dan keberkatan buat para penderma di Malaysia, Singapore,Brunei dan Indonesia serta seluruh negara di dunia ini..
Jalinan ukhuwah yang disaksikan oleh Para Malaikat Rahmat utusan Allah SWT pasti lebih kukuh berbanding dengan ikatan duniawi semata-mata. Sila layari :
https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/08/16/berniaga-dengan-allah-swt-dan-menjadi-jutawan-dunia-dan-akhirat/

Sunduq 2015

sondoq 2015

Borang Qurban Sunduq Al-Birri


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: