Posted by: peribadirasulullah | Ogos 12, 2015

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA.

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :

1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.

2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.

3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.

4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.

5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je.

6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.

7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.

8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.

9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.

10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.

Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.

Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

SHARE utk semua dgn harapan kita semua menjadi orang KAYA.

Mohd Zaki Mohamad's photo.

https://www.facebook.com/pages/Mohd-Zaki-Mohamad/694503390676063?fref=photo

Bantulah kami demi menyelamatkan umat Islam Kemboja daripada jurang kemiskinan yang mendekatkan diri mereka kepada kekufuran terhadap Allah SWT melalui …

Program Qurban Di kemboja
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Y.Bhg,Tan Sri/Dato’ Seri/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan.

Kami ( صندوق البر العالمى )memohon jasa baik daripada kaum muslimin dan muslimat di Malaysia, Singapore, Brunei Darussalam dan Indonesia untuk membantu kami menjayakan Qurban pada tahun ini di bumi Kemboja dengan kadar RM 350.00 satu bahagian.
Kepada kaum muslimin dan muslimat yang berminat sila hubungi kami untuk membuat tempahan:

1- USTAZ MOHD TAHIR Bekas tenaga pengajar Darul Ukhuwah,Kota Tinggi, Jabatan Agama Islam Johor.No. Tel: 013-743 2060 (Johor).
2- TUAN HAJI ABDUL MANAP BIN MANAN- Pesara Unit Teknikal Felcra,Ibu Pejabat Felcra.
No. Tel. : 019-574 1522 (Perak).
Stokis Al Manna dan Tayebat email : abdulmanap1949@gmail.com sila layari
https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/07/12/pemakanan-sunnah-terbaik-bersama-tuan-haji-abdul-manap-manan/
3- MUHAMMAD HARIS AL MURSHIDI -Pengurus HTE & Konsultan Prudential
No Tel : 017-789 7191 (Johor).
4- Amin Bin Mohamed- Staf Kader Post Jakim, No Tel : 019-957 6237 (Kelantan).
Sila hulurkan zakat atau sedekah jariah anda ke dalam akaun :
SUNDUQ AL BIRRI AL ALAMI SOLUTION
(TABUNG DANA KEBAJIKAN SEDUNIA)

MAYBANK 551070416346
CIMB 8602299125

Emailkan kepada: Sunduq_albirri@yahoo.com
Dan isikan borang

Borang Qurban Sunduq Al-Birri
Suburkan perniagaan dan sucikan harta dengan zakat serta berkatilah hidup anda dengan sedekah jariah, qurban dan aqiqah. Yakinlah dengan janji Allah SWT,sesungguhnya Allah SWT tidak pernah memungkiri janji.
Rasulullah SAW telah bersabda:
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan
orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak
merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari
kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari
kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi
datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya,
“Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi S.a.w. menjawab, “Bekerja
dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu
Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi
menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya”
Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab:
“Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak
melakukannya?” Nabi S.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan
itulah sedekah.”
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali)
sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya
kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.” Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: “Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi.” (Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah
s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh
lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa
sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan
harta mereka.” Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa
yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir
sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar
sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah.” Para sahabat lalu bertanya,
“Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab,
“Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat
yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di
tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah.
Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah
ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan
mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Untuk maklumat lengkap berkaitan aktiviti kebajikan kami sila layari :
https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/07/06/maahad-tahfiz-an-nur-kampot-kemboja/
https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/08/12/jom-qurban-di-kemboja-bersama-tabung-kebajikan-sedunia/
Diatas kerjasa dan keprihatinan pihak tuan terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih.
Sekian Wassalam.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: