Posted by: peribadirasulullah | Julai 20, 2015

Mohon Sumbangan Menyiapkan Masjid Maahad Tahaafiz An-Nur Kampot Kemboja

https://fbcdn-sphotos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpf1/v/t34.0-12/p206x206/11720133_662545503881387_2065379412_n.jpg?oh=f1759b47b2ab9f2950d47348bab0d8d4&oe=55AF6747&__gda__=1437549304_1371fa2e26d1cedfcef7a416b770af7f
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saya ustaz Mohammad Amin-Mudir Maahad Tahfiz An-Nur, Kampot-Kemboja dengan rendah hati memohon dan merayu mana-mana pihak yang bermurah hati untuk bersama-sama menginfaqkan zakat atau sedekah jariah anda di jalan Allah SWT kepada Maahad Tahfiz An-Nur Kampot-Kemboja. Kami amat memerlukan sumbangan anda bagi menyiapkan bangunan masjid, membayar bil eletrik, kos penyediaan makanan kepada 68 orang hafiz dan pembelian tanah tujuan aktiviti ekonomi Maahad.

Kami juga bersedia bekerjasama sepenuhnya bagi menjayakan program-program kebajikan masyarakat yang anda rancangkan di bumi Kemboja. Saya selaku Mudir Maahad Tahfiz An-Nur amat mengalu-alukan program tersebut dilaksanakan di Maahad Tahfiz milik kami.

Untuk makluman semua pihak, saya boleh berbahasa Melayu, Thailand dan Kemboja.

Pihak Maahad Tahfiz An-Nur Kampot, Kemboja amat berbesar hati dengan setiap sumbangan anda.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi saya melalui :-
email : fakirah.ahmad@gmail.com atau
tel : +855087638544
Sila hulurkan zakat atau sedekah jariah anda ke dalam akaun Public Bank Cambodia 160 02 30 002534 atau Bank Islam Malaysia Berhad 03036020173102.
( Amin Mohamed – Wakil Malaysia No Tel : 019 957 6237 )

Kos pembinaan masjid yang diperlukan adalah berjumlahUSD 163888.00 Al-Hamduillah, jumlah kutipan telah berjaya dikumpulkan sekarang USD 3888.00.

Sumbangan berbentuk pakaian dan buku-buku agama, sila hantarkan sumbangan tersebut ke alamat seperti berikut:

P.H.DAMNAK LUANG,
S.R. TEK CHOO,
KAMPOT CITY,
CAMBODIA.

Name : MAT MIN – Tel No : +855 87 638 544

( Jangan lupa tulis nama dan nombor telefon seperti di atas ).
Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Ustaz Mohamad Tahir Bin Daud – No. Tel. :013-7432060

Penceramah Bebas (Johor) Pemegang Amanah Maahad Tahfiz An-Nur Kampot, Kemboja
(anak ustaz Mohd Tahir 017-789 7191).

Tuan Haji Abdul Manap Bin Manan -No. Tel. : 019-574 1522  (Perak).
Dermawan dan selaku Pemegang Amanah Maahad Tahfiz An-Nur
Kampot, Kemboja.

Kedudukan Maahad Tahfiz An-Nur Kampot adalah disebelah selatan peta negara Kemboja.Jarak perjalanan dari bandar Phnom Penh ke Maahad Tahfiz An-NUr adalah 146 Km.

Projek Penanaman Mempelam

Ladang seluas 2.5 hektar boleh ditanam 300 pokok mempelam dan boleh mengeluarkan hasil 4500 kilo x 50sen USD (USD 2250.00) semusim, dalam tempoh setahun dapat mengeluarkan hasil 2 kali dengan nilain hasil yang dianggarkan adalahUSD 5000.00.

Projek Ternakan Kambing

Kini kami memiliki 26 ekor kambing dengan nilai USD 150 seekor untuk progam aqiqah pada tahun ini.

Lain-lain projek untuk mengukuhkan ekonomi umat Islam adalah penanaman pisang dan kacang tanah yang suai dengan keadaan tanah di bumi Kemboja.

SELAMAT DATANG
KE
MAAHAD TAHFIZ AN-NUR KAMPOT-KEMBOJA

Kami sentiasa menunggu kunjungan silatul rahim anda, Perbagai peluang pelaburan terbuka luas untuk menjana ekonomi ummah seperti perladangan lada hitam, mempelam, penternakan kambing dan lembu serta sebagainya. Kami amat memerlukan sokongan dan bantuan serta bimbingan anda yang telah memiliki pengalaman untuk membantu memantapkan ekonomi umat Islam kemboja.

Marilah bersama ita amati janji Allah SWT dan Nasihat Rasulullah SAW apabila kita berusaha membantu sesama umat Islam :

[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan
orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak
merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari
kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari
kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi
datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya,
“Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?” Nabi S.a.w. menjawab, “Bekerja
dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu
Bersedekah.” Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?” Nabi
menjawab: “Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya”
Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?” Nabi menjawab:
“Menyuruh berbuat ma’ruf.” Mereka bertanya: “Bagaimana kalau dia tidak
melakukannya?” Nabi S.a.w. menjawab, “Mencegah diri dari berbuat kejahatan
itulah sedekah.”
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)

[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali)
sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya
kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata
satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua
rahangnya seraya berkata, “Aku hartamu, aku pusaka simpananmu.” Kemudian
nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: “Dan janganlah
orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari
karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya
kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan
dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala
warisan (yang ada) di langit dan di bumi.”
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)

[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah
s.a.w. berkata, “Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh
lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa
sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan
harta mereka.” Nabi s.a.w. lalu berkata, “Bukankah Allah telah memberimu apa
yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir
sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar
sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah.” Para sahabat lalu bertanya,
“Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?” Nabi menjawab,
“Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat
yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di
tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)

[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah.
Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah
ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan
mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Untuk maklumat lengkap sila layari :

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2015/07/06/maahad-tahfiz-an-nur-kampot-kemboja/


Responses

  1. Assalamualaikum, Mohon share post ni boleh?

    • W.Salam.
      Silakan,Alhamdulillah kerana sudi berkongsi melakukan amal kebajikan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: