Posted by: peribadirasulullah | Januari 30, 2015

Golongan yang membaca Al-Quran sekadar di Kerongkong muncul di Akhir zaman

Siapakah Khawarij?

“Akan muncul dari bumi sebelah Timur, suatu kaum. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong. Mereka mencarik-carik persatuan umat Islam sehingga banyak di antara orang Islam yang keluar daripada Islam (murtad) seperti keluarnya anak panah daripada busurnya. Mereka akan terus bermunculan dan yang terakhir keluar antara mereka akan bersekutu dengan Dajjal (menjadi tentera Dajjal untuk menghancurkan Islam). Jika kalian berjumpa dengan mereka, maka perangilah, sebab mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk khalifah (penguasa yang mempergunakan agama) di muka bumi ini.” (Al-Mustadrak Ala Sahihaini, Imam Hakim (2/160-161)

Abu Said al-Khudri meriwayatkan bahawa tatkala Rasulullah s.a.w. sedang membahagi-bahagikan harta kepada orang Islam, tiba-tiba seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Muhammad, berlaku adillah engkau!” Mendengar ujaran tersebut, Rasulullah s.a.w. tidak berdaya menahan marahnya, seraya berkata, “Celakalah kamu! Siapakah yang akan menegakkan keadilan sekiranya aku tidak melakukannya?”

Umar bin Khattab yang ketika itu berada di samping Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai utusan Allah, izinkan diriku untuk memenggal leher manusia yang mengejek ini!” Rasulullah s.a.w. berkata kepada Umar, “Biarkanlah dia kerana suatu hari nanti dia akan mempunyai pengikut (iaitu kaum Khawarij) yang akan mencela solat kalian dengan membanding-bandiungkan dengan solat mereka. Mereka juga mencerca puasa kalian dengan membanding-bandingkan dengan puasa mereka. Mereka keluar daripada agama Islam (murtad) sepantas (secepat) anak panah yang keluar daripada busurnya.” (Sunan Abu Daud (6741))

Dalam hadis lain, Rasulullah s.a.w. menegaskan, “Kelak akan muncul di antara umatku, suatu kaum (kelompok) yang membaca al-Quran. Bacaan kalian tidak dianggap oleh mereka dan solat kalian tidak diakui oleh mereka. Puasa kalian tidak memiliki erti di mata mereka. Mereka merasa paling berhak membaca al-Quran sehingga kalian akan menyangka bahawasanya al-Quran itu hanya milik (diturunkan kepada) mereka saja. Padahal, sebenarnya kelak di akhirat al-Quran akan melaknat mereka. Mereka terlihat rajin mengerjakan solat tetapi apa yang mereka baca ketika solat hanya sampai di kerongkong mereka (tidak menyentuh hati dan mendirikan amalan mereka) dan mereka akan keluar daripada agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya.” (Sahih Bukhari(6933))

Dalam riwayat lain disebutkan dengan hadis, “Akan muncul di akhir zaman nanti, suatu kaum yang terdiri daripada orang muda yang masih mentah fikirannya (dangkal pemahaman agamanya). Mereka banyak mengucapkan perkataan Khairil Bariyah (hadis-hadis Rasulullah s.a.w.) tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya, mereka telah keluar daripada agama seperti anak panah yang terlepas daripada busurnya. Di mana saja kalian dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu. Barang siapa yang dapat menghapuskan mereka, kelak akan mendapat pahala di hari kiamat.” (Sahih Muslim, Imam Muslim (2467))

Baginda juga bersabda, “Kelak pada akhir zaman akan muncul suatu kaum, mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong. Mereka memecah belahkan persatuan umat Islam sehingga banyak di antara orang Islam yang keluar daripada Islam (murtad) seperti keluarnya anak panah daripada busurnya. Mereka akan terus muncul dan yang terakhir keluar di antara mereka akan bersekutu dengan Dajjal (menjadi tentera Dajjal menghancurkan Islam). Jika kalian berjumpa dengan mereka, maka perangilah kerana mereka itu adalah seburuk-buruk makhluk dan seburuk-buruk khalifah di muka bumi ini.” (Al-Musnad, Imam Ahmad bin Hambal (19783))

Anas bin Malik meriwayatkan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w., ada seorang lelaki yang berperang bersama-sama Rasulullah s.a.w.. Tatkala kembali daripada peperangan, lelaki itu segera turun daripada kenderaannya dan berjalan menuju Masjid Nabawi. Dia melakukan solat dalam waktu yang lama sehingga para sahabat semua terpesona (kagum) dengan solatnya, sebab mereka merasa solat lelaki tersebut jauh lebih unggul dibandingkan solat yang biasa mereka lakukan.

Mereka lantas menceritakan hal tersebut kepada Rasulullah s.a.w. dan kami juga mengungkapkan kekaguman kami terhadap kekhusyukan ibadah orang tersebut. Sungguh di luar jangkaan kami dengan jawapan Rasulullah s.a.w.. Baginda berujar kepada kami, “Sesungguhnya kalian menceritakan kepadaku seseorang yang diwajahnya ada tanduk syaitan!”

Sejurus kemudian, lelaki yang diceritakan itu muncul di tempat para sahabat tanpa memberi salam. Mereka berkata kepada Rasulullah s.a.w., “Inilah dia lelaki yang kami ceritakan itu wahai utusan Allah!” Rasulullah s.a.w. lantas bertanya kepada orang tersebut, “Aku bertanya kepadamu, apakah engkau merasa bahawa tidak ada orang yang lebih baik daripada dirimu sewaktu engkau berada dalam suatu majlis.” Orang itu menjawab, “Ya, benar!” Kemudian lelaki itu segera masuk ke dalam masjid dan melakukan solat lagi.

Rasulullah s.a.w. berkata kepada para sahabat, “Siapakah di antara kalian yang sanggup membunuh lelaki itu?” Abu Bakar segera bangkit dan menuju ke arah lelaki tersebut. Setelah kembali, Rasulullah s.a.w. bertanya, “Wahai putera Abu Quhafah, adakah kau telah menghabiskan riwayatnya?” Abu Bakar menjawab, “Wahai utusan Allah, aku tidak mampu membunuhnya sebab dia sedang bersujud.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Siapakah di antara kalian yang bersedia membunuhnya?”

Umar bin Khattab segera bangkit dan bergerak menuju lelaki tersebut dan tidak lama kemudian, dia kembali. Rasulullah s.a.w. bertanya, “Wahai putera al-Khattab, adakah kau telah menghabiskan riwayatnya?” Umar menjawab, “Wahai utusan Allah, bagaimana mungkin aku akan menghabiskan nyawanya sedangkan dia sedang bersujud.” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Siapakah di antara kalian yang sedia membunuhnya?” Ali bin Abi Talib berdiri dan segera menuju ke tempat lelaki tersebut. Namun begitu, orang tersebut sudah tidak ada di tempatnya. Ali lantas kembali dan Rasulullah s.a.w. bertanya, “Wahai Ali, adakah kau berjaya menghabiskan nyawanya?” Ali menjawab, “Aku tidak menemui lelaki itu ditempat solatnya dan aku tidak tahu di mana dia berada!”

Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda, “Sesungguhnya ini adalah tanduk pertama yang keluar daripada umatku. Seandainya engkau membunuhnya, maka tidaklah umatku akan bercerai-berai (berpecah belah). Sesungguhnya, Bani Israel berpecah menjadi 71 kelompok (golongan) dan umat ini akan berpecah menjadi 72 kelompok. Seluruhnya akan masuk neraka kecuali satu kelompok.” Para sahabat bertanya, “Wahai utusan Allah, kelompok manakah sebenarnya yang selamat itu?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Ahlus Sunah wal Jamaah (kelompok yang menerapkan sunah nabi dan bersatu padu).” (Sunan Nasai, Imam Nasai (4108))


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: