Posted by: peribadirasulullah | Jun 11, 2014

Solat dan Azan pertama kali di Vatican City

https://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2014/06/2c1f4-solatdanazanpertamakalidivaticancity.jpg

Untuk pertama kalinya dalam sejarah, solat dan azan akan didengar di kota Vatican selepas Pope Francis menjemput Presiden Palestine Mahmoud Abbas dan Presiden Israel Shimon Perez untuk doa keamanan.
“Ini adalah masa untuk memohon pada Tuhan bagi hadiah keamanan. Ini adalah jeda dalam politik,” Father Pierbattista Pizzaballa, seorang pegawai Gereja yang bertanggungjawab di tapak Katolik di Holy Land dan penganjur utama pertemuan Ahad ini, memberitahu Reuters pada hari Jumaat , 6 Jun.
Francis mengeluarkan jemputan kepada Presiden Israel Shimon Peres dan Pemerintah Palestin Presiden Mahmoud Abbas semasa lawatan beliau minggu lepas ke Jordan dan Al-Quds (Baitulmuqaddis).
Abbas, Peres, dan Francis akan disertai oleh para pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam, kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap Peres berkata, menurut Times of Israel.
Acara khas Vatican itu akan disiarkan kepada penonton di seluruh dunia.
Francis dijangka menyambut Peres dan Abbas secara berasingan di hotel Vatican di mana dia tinggal dan akan memberi taklimat ringkas kepada mereka.
Pope akan disertai oleh pemimpin spiritual Kristian Ortodoks dunia, Ekumenikal Patriarch Bartholomew, yang akan menonjolkan barisan umat Kristian yang bersatu untuk acara tersebut.
Keempat-empatnya kemudian akan ke lapangan di taman-taman Vatican untuk majlis doa dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Yahudi, Kristian dan Islam.
Setiap kumpulan iman akan membaca teks dari kitab-kitab suci mereka, doa untuk pengampunan, dan doa untuk keamanan.
p/s: Nampak macam bagus, tetapi bagi saya, banyak menimbulkan tanda-tanya dan kepelikan. Terutamanya apabila menyentuh tentang kerajaan Israel.
Mengajak Presiden Israel untuk keamanan?  Setelah Israel merampas tanah Palestine hampir keseluruhannya? Adakah ini hanya taktik untuk membersihkan nama setelah melakukan banyak noda tanpa dibicarakan?
Sudah banyak kali sebelum ini, kononnya Israel diajak untuk “bincang keamanan”, tetapi sampai sekarang perangai mereka tidak pernah berubah ke arah kebaikan pun.
Jika benar Israel ikhlas mahukan “keamanan”, mereka sepatutnya kembalikan tanah-tanah orang Palestine. Kembalikan hak-hak rakyat Palestine seperti asal.
Muslim perlu ingat, agar tidak menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai teman karib atau pemimpin. Bukan kerana kita tidak mahu berbaik, tetapi agar berhati-hati dari agenda tersembunyi mereka.
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.”  [Surah Al-Maaidah : ayat 51]
Kita bukan berhadapan dengan orang Yahudi awam dan biasa sekarang ini, tetapi dengan Yahudi Zionis Israel. Sejarah telah membuktikan banyak perkara yang mencelakakan umat Islam apabila mempercayai mereka. Semoga umat Islam sedunia berhati-hati dengan puak ini.  Allahul musta’an,Walaubagaimana pun, tentang solat dan azan di Vatican City, semoga ianya nanti dapat memancarkan sinar baru di sana, agar Vatican City mula terima hidayah kepada Islam. Apa pun perancangan mereka, perancangan Allah S.w.t adalah sebaik-baik perancangan. Wallahu a’lam ……. 🙂

http://unikversiti.blogspot.com/2014/06/solat-dan-azan-pertama-kali-di-vatican.html#.U5jHnrHd-Js


Responses

  1. Shalom saudara, ada 2 perkara yang ingin saya luahkan disini setelah saya membaca artikel ini…

    1) Pertama, “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” Inilah yang tidak akan sampai bila-bila bahkan sampai kiamat sekalipun menjadikan kita bersatu mencapai keamanan dan kedamaian apatah lagi bersaudara…

    2) Kedua, “Walaubagaimana pun, tentang solat dan azan di Vatican City, semoga ianya nanti dapat memancarkan sinar baru di sana, agar Vatican City mula terima hidayah kepada Islam.” Minta maaf banyak-banyak lah saudara…iman orang Kristian terutamanya di Vatican City bukanlah serapuh yang saudara sangkakan..jika iman mereka serapuh yang saudara sangkakan, tidak akan mungkin mereka2(orang suci di Vatican) menyerahkan seluruh jiwa raga mereka untuk menginjil seumur hidup berbakti kepada agama dan tanpa menghiraukan kesenangan duniawi(berkeluarga dan sebagainya). Hidup mereka adalah tidak lain tidak bukan melainkan hanya memberi penyembahan kepada Tuhan. Walaupun saudara benar2 berharap sedemikian, tetatpi itulah faktanya betapa bertolak ansurnya Pope Francis (ketua umat Kristian seluruh dunia) membenarkan azan di Vatican City terutamanya di cadheral terbesar umat Kristian seluruh dunia. Inilah pencinta keamanan sejati..dah itu yang ditekankan seberat-berat nya di dalam ajaran Kristian…itulah contoh umat Kristian yang sebenar-benarnya dan sebagai seorang Kristian saya amat2 berasa bangga dan bersyukur diatas segala-galanya.

    Maafkan saya jika saya terkasar bahasa terhadap saudara. Terima kasih.
    May God Bless (Tuhan Memberkati).

    • Jutaan Terima Kasih kerana sudi berkongsi ilmu, bagi saya aum Yahudi dan Nasrani yang beriman adalah Saudara Seagama yang wajib saya berbakti dan saya jadikan sahabat di dalam Syurga kerana mereka adalah Ahli Kitab yang mendapat 2 pahala disebabkan beriman kepada 2 Kitab Allah SWT.
      Saya tidak bermusuhan dengan mana-mana agama malah saya mengagumi mereka yang telah Allah SWT berikan habuan kerana kesungguhan dalam usaha mereka dalam berbagai bidang. Allah SWT Maha Adil dan Tepat pada janjiNya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: