Posted by: peribadirasulullah | Mei 29, 2014

Salah Faham Terhadap Islam

https://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2014/05/b2e64-amalantauhid.jpg

Sila lihat dalam blog:

dakwah.info/tarbiyah/almari/plugins/download.

bahantarbiyah.com/…/Nota-Ringkas-SalahFahamTer..

anjungilmu.files.wordpress.com/…/bab-16-salahfaha.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM 

1. Syirik dalam beribadah kepada Allah swt, yakni mempersekutukan Allah dengan sesuatu selain daripadaNya. 

Firman Allah swt yang bermaksud : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (Menurut sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (Menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. An-nisa ayat 48.

2. Sesiapa yang menjadikan di antara dia dan Allah swt akan sesuatu sebagai perantaraan, seperti meminta pertolongan dan berserah diri kepada sesuatu selain dari Allah swt, maka dia telah kafir.
Seperti apa yang berlaku pada agama Kristian, mereka telah mengangkat nabi Isa a.s daripada apa yang sepatutnya, akhirnya nabi Isa diangkat sebagai tuhan. Padahal nabi Isa adalah manusia seperti kita semua.

Firman Allah swt yang bermaksud : Katakanlah : Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa tuhan kamu hanyalah tuhan yang satu, oleh itu, sesiapa yang percaya akan pertemuan dengan tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada tuhannya. (Al-kahfi ayat 110.)

Kesan daripada perantaraan juga ialah seperti apa yang berlaku pada kaum musyrikin Makkah dahulu, mereka percaya bahawa Allah swt itu ada, tetapi mereka mengambil berhala-berhala sebagai perantara dengan Allah swt, seperti firmannya :

“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah swt dengan mengikhlaskan ibdat kepada-Nya, lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat. Dan demikian itulah agama yang benar.”(Al-bayyinah ayat 5)

Sama juga seperti hari ini, ramai manusia telah beriktiqod bahawa guru-guru ada kuasa, gelang yang boleh melindung serta menyembuhkan, ubat yang menyembuhkan penyakit, adanya sakit berjangkit, percaya terhadap ramalan-ramalan ahli sihir, pergi ke kubur-kubur para wali untuk meminta-minta pertolongan, dan banyak lagi perkara khurafat yang menjalar di dalam masyarakat. Perkara ini harus di ambil perhatian yang serius oleh semua orang, kerana dengan kesesatan dan iktiqod yang sesat ini menyebabkan amalan-amalan kita yang lain tidak diterima oleh Allah swt. Perkara khurafat inilah yang telah menyebabkan umat islam menjadi mundur dan tidak bertamadun.

3. Sesiapa yang mendakwa dan meyakini bahawa golongan musyrikin itu tidak kufur, maka ia keluar dari islam. 

Tidak mahu mengkafirkan yang orang musyrik (yang terang kafir) ataupun ragu-ragu dengan kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka.contohnya seorang muslim enggan menyatakan seorang Buddha,hindu itu kafir,anggap semua agama sama.. kerana yang kafir telah dikafirkan oleh Allah, telah dihukum kufur oleh Allah dan RasulNya. Perbuatan ini seolah-olah Membantah Allah dan Rasulnya

4. Sesiapa yang beriktiqad bahawa bukan Nabi Muhammad saw sebagai pelengkap pembawa risalah dan petunjuk daripada nabi-nabi sebelumnya, dan menganggap bahawa apa yang dibawa oleh nabi Muhammad saw itu tidak elok, seperti ketinggalan zaman, mundur dan hina. Dia menganggap pula bahawa apa yang dibawa oleh taghut adalah baik seperti hukum perundangan dan lainnya. Maka ia telah kafir. 

contoh: anggap hukum islam lapuk, islam tidak sesuai zaman kini, jumud

5. Sesiapa yang tidak suka dengan apa yang dibawa oleh nabi Muhammad saw walaupun satu perkara, maka ia kafir. Sebagai contoh pada hari ini, ada orang telah menyatakan bahawa hukum potong tangan adalah hukum yang kolot, ini telah membawa satu fahaman akidah yang sangat tergelincir. Hukum ini bukanlah sistem yang dibawa oleh manusia dan bukan juga kempen-kempen oleh parti politik, bahkan ia adalah satu sistem perundangan yang dibawa dan diwajibkan oleh pencipta manusia dan alam ini yakni Allah swt kepada pemerintah sepert firman Allah swt :

Membenci sesuatu yang ditetapkan oleh Rasulullah walaupun dia buat contoh benci solat, Nabi suruh makan dengan tangan kanan

“Sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah swt (Mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang jelas diterangkan di dalam al-quran) , lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka.” Muhammad ayat 9.

6. Sesiapa yang mempersendakan Allah, kitabnya, RasulNya, balasan baik dan balasan buruk atau pahala dan dosa, maka ia kafir. Sebagai contoh, ada orang menyatakan bahawa apabila dia membuat maksiat, dia yakin yang dia akan terlepas dari sebarang akibat perbuatannya sama ada di dunia dan akhirat.

Main-main dengan hukum-hakam al Quran, syariat…disisi Allah dia telah kafir

Firman Allah swt : Dan jika engkau bertanyakan kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu), tentulah mereka akan menjawab : ” Sesungguhnya kami hanyalah berbual-bual dan bermain-main”. Katakanlah : ” Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?”. Janganah kamu berdalih (Dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (Melahirkan) iman. Jika kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah. “
(At-taubah ayat 65 dan 66)

7. Melakukan sihir, menyokong perbuatan sihir, dan ingin cenderong ke arahnya. Maka sesiapa yang melakukan dan merelakan perbuatan sihir, ia kafir. Pada hari ini, terlalu ramai manusia yang mengamalkan sihir, mereka sanggup menyihir orang semata-mata untuk memikat hati seorang perempuan. Semata-mata untuk merebut tanah dan harta yang ditinggalkan oleh pewaris, sanggup sihirkan saudara kandung sendiri. Disebabkan ada orang yang berniaga di sebelah tempat perniagaannya, dia sanggup menggunakan sihir untuk merosakkan perniagaannya. Ini adalah satu fenomena sihir yang berlaku dalam masyarakat, perbuatan inilah yang telah membawa manusia kepada pergaduhan, fitnah, dan huru hara. membenarkan tukang sihir.

Tentang harut dan marut: Firman Allah swt : Sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang setelah mereka menasihatinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (Untuk menguji imanmu) oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)”. Al-Baqarah ayat 102.

8. Menyatakan sokongan terhadap golongan kafir / musyrikin dan membantu golongan ini dalam perjuangan mereka menyerang golongan muslimin yang tidak zalim.

Firman Allah swt : “Dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka sebagai teman rapatnya(kafir sebagai pemimpin), maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.” (Al-maaidah ayat 51)

-dalam dunia Islam, benarkan pihak lawan / kafir menyerang umat Islam

9. Sesiapa yang beriktiqad bahawa ada agama lain selain daripada agama islam, maka ia kafir. Pada hari ini, ramai manusia ingin mencari persamaan dalam beragama, mereka menganggap bahawa agama lain juga adalah benar, iktiqad ini telah menyimpang jauh daripada akidah agama yang sebenar. Mereka juga menyatakan bahawa agama lain juga menganjurkan amalan yang baik kepada umatnya, ini akan menimbulkan kekeliruan yang besar dalam masyarakat, akhirnya masyarakat yang jahil sewenang-wenangnya keluar daripada agama islam seperti apa yang berlaku pada hari ini.

Firman Allah swt : “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.” (Ali-Imran ayat 85.)

contoh: anggap syeikh mereka tak perlu ikut syariat, ada ilmu hakikat, makrifat

10. Sesiapa yang berpaling daripada agama Islam dengan tidak mempelajarinya dan tidak pula mengamalkannya, maka batal keislamannya. Banyak umat islam pada hari ini menganggap bahawa apabila dia berbangsa Melayu, maka dia Islam, padahal dia tidak mengamalkan dan mempelajari ajaran islam yang betul dalam kehidupan seharian. Ramai juga yang mengaku bahawa dia Islam kerana nama dan ibu bapanya Islam, padahal dia tidak beramal dan mendalami ilmu islam. Inilah salah faham yang menyebabkan mereka tenang dan tidak rasa bersalah terhadap Allah swt kerana mereka menganggap bahawa mereka masih islam.

Firman Allah swt : Dan tidakkah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat tuhannya, kemudian ia berpaling kepadanya, sesungguhnya kami tetap membalas pada orang – orang yang berdosa ( zalim). (As-sajadah ayat 22)

Kesimpulannya, ilmu akidah adalah ilmu yang asas terhadap ilmu-ilmu syariah. Kesahihan akidah adalah kunci terhadap sahnya amalan-amalan yang lain seperti solat, puasa, haji, dan lainnya. Jika salah pegangan akidahnya, maka semua perbuatan amalannya tidak diterima. Semoga Allah mengurniakan ilmu yang bermanfaat kepada kita semua.

http://dirihamba.blogspot.com/2013/10/10-perkara-batal-islam-dan-apa-itu.html


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: