Posted by: peribadirasulullah | Februari 11, 2014

Mengapa terlalu sedikit doktor wanita pakar sakit puan ?

https://fbexternal-a.akamaihd.net/safe_image.php?d=AQBPd2oDYNkiwiFR&w=377&h=197&url=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F994125_693620880657990_3931239_n.jpg&cfs=1&sx=0&sy=0&sw=401&sh=210

Terlalu sedikit doktor wanita pakar sakit puan

Saudara Pengarang,
SEPERTI semua golongan wanita di negara ini, saya cukup gembira dan berbangga dengan kenyataan bahawa kaum wanita Malaysia telah jauh lebih maju daripada kaum lelaki dari segi pencapaian akademik dan juga bilangan tenaga kerja profesional.

Bagaimanapun, rasa bangga saya mulai pudar apabila membaca laporan kajian khas sebuah IPTA tempatan baru-baru ini yang menyebut bahawa Malaysia kekurangan pakar-pakar perbidanan dan sakit puan (O & G) daripada kalangan kaum wanita. Kenyataan ini memang benar sekalipun pahit dan sebagai seorang doktor pakar perbidanan sendiri saya akui masalah ini telah sampai ke peringkat tenat!

Ketika melanjutkan pengajian untuk menguasai bidang O & G, saya dapati terlalu sedikit doktor wanita yang menuntut bersama-sama saya.

Ketika bertugas di beberapa buah hospital, juga saya perhatikan lebih ramai doktor lelaki yang menjadi pakar sakit puan, sedangkan tugas ini adalah tanggungjawab doktor-doktor wanita!

Pada hal di semua IPTA yang mempunyai fakulti perubatan jumlah penuntut wanita jauh melebihi lelaki. Persoalan tentang masalah ini juga kerap kali diajukan oleh para jururawat dan pesakit wanita kepada saya.

Bagaimanakah saya harus menjawabnya?

Ke mana perginya doktor wanita? Di mana sikap dan tanggungjawab anda semua? Apakah menguasai kepakaran ini tidak penting, atau kepada anda yang beragama Islam, bukan satu fardu kifayah?

Tidakkah sebagai wanita, anda bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh kaum sejenis bila hendak bersalin atau mendapatkan rawatan lain-lain masalah sakit puan, atau menjalani pemeriksaan perubatan berkait kes rogol?

Sukar sangatkah bidang sakit puan hingga ramai yang memilih untuk mendapatkan ilmu kepakaran perubatan yang lain? Tidak salah memilih cabang kepakaran yang kita minati, tetapi utamakanlah kepentingan kaum sejenis kita dahulu.

Tiada wanita yang tidak berasa malu untuk membuka pakaiannya untuk membolehkan doktor lelaki memeriksa tempat sulitnya.

Anda semua mengakuinya tetapi bila saat anda yang telah pun bergelar doktor diperlukan, anda tiada. Ramai ibu yang telah menulis kepada akhbar-akhbar memberitahu bahawa sepanjang pengalaman melahirkan anak-anak mereka, hanya sekali atau dua kali sahaja mereka berpeluang dirawat oleh doktor wanita.

Para penuntut jurusan perubatan daripada kalangan wanita yang sedang membaca tulisan saya tidak seharusnya berasa hati. Saya membuat teguran ini kerana masalah yang diutarakan sudah sekian lama berlarutan sedangkan wanita amat ‘berkuasa’ dalam kerjaya doktor perubatan di Malaysia.

Jangan sampai nanti kita diperlecehkan oleh kaum lelaki kerana tidak mampu untuk membantu kaum sejenis walaupun kita lebih ramai menjadi graduan dan menjawat jawa-tan tinggi berbanding mereka.

Jangan hanya lantang bersuara ingin menjadi pembela wanita tetapi tidak berbuat demikian di saat-saat saudara-saudara kita amat memerlukan.

Ketepikanlah kepentingan diri jika anda benar-benar memahami tanggungjawab sebagai wanita dalam membantu wanita lain, sesuai dengan niat menceburi kerjaya kedoktoran itu sendiri.

Tidak guna kita bermegah-megah bersorak ke sana ke mari bahawa wanita telah setaraf dengan lelaki dalam banyak bidang kerjaya sedangkan pakar sakit puan masih ramai lelaki.

Jika sebelum ini Perdana Menteri ada bertanya ke mana perginya sebilangan lagi lelaki Melayu yang tidak belajar di universiti, saya pula ingin bertanya, ke mana perginya para doktor wanita hingga terlalu sedikit yang menjadi pakar sakit puan? – DOKTOR WANITA, HUKM Kubang Kerian, Kelantan.


Responses

  1. banyak yang buka klinik sendiri selepas berkhidmat lebih dari 10tahun. Tak caya g le buat kajian. Siapa yang harus disalahkan ….. puan doktor, sistem pekerjaan atau kerajaan. Ramai puan doktor di malaysia ni ……… kan.

  2. Askum.saya berumur 17 thun.ambil SPM tahun ni.saya nak tnya selok belok nak jdi doktor sakit puan.trima kasih..* nak tnya sbb saya nak jadi doktor dlm bidang ni..

  3. Askum.saya berumur 17 thun.ambil SPM tahun ni.saya nak tnya selok belok nak jdi doktor sakit puan.trima kasih..* nak tnya sbb saya nak jadi doktor dlm bidang ni..

  4. Betul tu…saya sokong statement kat atas.tolong doakan saya agar menjadi seorang DOKTOR PAKAR SAKIT PUAN yang BERJAYA…AMIN YA RABBALALAMIN.TQ

    • Amin ya Rabb

  5. Assalamualaikum wbt.. Boleh saya tau tentang bagaimana untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ni?? Apakah antara dugaan yang perlu dihadapi oleh pakar sakit puan??

  6. saya lepasan spm 2014 dan saya berminat dlm bidang perubatan and nak jadik pakar sakit puan , boleh beri tips dan laluan utk mnjadi pakar sakit puan yg berjaya ???

  7. All the best kaum hawa

  8. Anak saya sangat meminati bidang perubatan sakit puan INI. Cuma keputusan Spm yg diterima tidal memberansangkan menyebabkan dia tidal dpt meneruskan cita2nya


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: