Posted by: peribadirasulullah | Jun 22, 2012

Punca manusia hidup dalam keadaan keresahan

https://i2.wp.com/www.mixuchat.com/vb/imgcache2/50217.gif

Allah SWT mencipta manusia untuk menjadi hamba kepada Allah SWT dan fitrah tabie manusia juga ( emosi,akal dan jiwa ) akur dengan ujian itu. Oleh yang demikian, jika ada manusia yang menentang Allah SWT ( Yakni tidak mahu tunduk dan patuh kepada Allah SWT ), hakikatnya individu tersebut menentang fitrah dirinya sendiri.

Manusia yang menentang Allah SWT adalah manusia yang menentang suara hati, perasaan dan rasional akalnya sendiri. Orang yang begini tidak akan bahagia dan tenang dalam hidup kerana di dalam dirinya telah berlaku konflik yang amat dahsyat yakni peperangan melawan Allah SWT dan diri sendiri.

” Iilah punca rasa bersalah atau quilty consciense yang  menghantui sesiapa yang melakukan dosa dan kejahatan. Inilah rasa yang menyebabkan manusia tidak normal sama ada dari segi fisiologi dan psikologi ”

Orang yang berbohong dapat dikesan melalui kaedah saintifik ( poligraf ) yang dijalankan oleh pihak penyiasat dengan bantuan teknologi terkini.  Degupan jantung, retina mata dan aliran hormon adrenalinanya dalam keadaan tidak normal sekaligus  dapat dikesan dalam sesi soal siasat.

Seseorang boleh menipu orang lain, tetapi dia tidak boleh menipu Allah SWT dan dirinya sendiri. Rasa bersalah kepada Allah SWT yang wujud dalam dirinya dengan mudah memberi petunjuk yang boleh dikesan.

Maksud hadis Riwayat Muslim,Sahih Muslim, Dar Ihya’ At-Thuras Al-Arabi, Beirut- Jilid 4,halaman 1980,2553 ” Dosa bukan sahaja menyebabkan kita rasa berslah kepada Allah tetapi juga rasa bersalah terhadap diri sendiri. inilah yang menimbulkan keresahan “.

Rujukan dan Rumusan daripada :

Mukmin Profesional. M/S : 158-159.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: