Posted by: peribadirasulullah | Julai 12, 2011

7 Ciri-ciri hati mukmin yang sihat

https://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/07/mohd-durrah.jpg?w=300

Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua :
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga :
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT

Keempat :
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima:

Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam:

Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh:

Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.


Empat jenis racun hati

Pertama: Berlebihan dalam berbicara
Kedua:Berlebihan dalam memandang
Ketiga: Berlebihan dalam makan
Keempat: Berlebihan dalam bergaul

Wallahu’alam.

Rujukan :

http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=1231


Responses

  1. Assalamualaikum .
    Saya nak bertanya.

    1.adakah kita dikira riak dlm beribadat jika kita berniat memberi sedekah dan kita bertanya pada seorang kawan dimana kita boleh jumpa org2 yg memerlukan?then tanpa kita sedari dia telah bercerita niat kita tu kepada kwn2 yg lain?
    2.Kita sudah insaf dan kita hanya bercerita pada seorang kawan yg kita telah berubah dengan tujuan meluahkan rasa kesal kita atas dosa yg dahulu dan juga dgn niat agar dia pun turut insaf seperti kita.tanpa kita sedari dia telah bercerita pd kwn2 yg lain yg kita telah insaf ?

    • W.Salam.

      Sesungguhnya, Allah SWT Maha Kaya lagi Maha Mengetahui, tentang niat sedekah dan perasaan insaf anda adalah betul.
      Dalam melakukan ibadat kita tidak terlepas daripada perasaan riak pada peringkat permulaan, tetapi hendaklah kita teruskan amalan ibadat tersebut bersama Istighfar kepada Allah SWT didalam hati dan memohon kepada Allah SWT agar membuang perasaan riak yang bersarang didalam hati kita. Syaitan akan melalaikan kita apabila cuba beribadat kepada Allah SWT, tetapi apabila kita telah melakukan ibadat, syaitan akan meleburkan ibadat tersebut dengan perasaan riak, agar kita tidak memperolehi apa-apa pahala daripada ibadat tersebut. Oleh yang demikian marilah sama-sama kita menjaga hati dan ibadat kita semasa mengadap Allah SWT.

      Tentang keinsafan kita kepada perbuatan yang lalu, jangan anda risaukan. Kita tidak boleh menutup mulut manusia, hanya Allah SWT sahaja yang mampu menutup mulut manusia dan hati manusia. Apa yang penting, jika ada orang bertanya tentang perkara tersebut, kita akui perbuatan kita yang lalu dan nyatakan pada mereka, saya telah bertaubat. Rasulullah SAW mengajar kita agar tidak melakukan dosa mengumpat dengan cara kita nyatakan pada orang lain, saya sedang berpuasa dan saya tidak ingin meleburkan pahala puasa saya dengan dosa mengumpat.
      Begitu juga kedudukan anda dalam situasi ini. Nyatakan pada mereka yang bertanya, saya pernah melakukan dosa tersebut dan kini saya telah bertaubat. Saya yakin Allah SWT akan mengampunkan dosa saya kerana Allah SWT Maha Pengampun, Sesungguhnya Hanya Allah SWT sahaja yang memiliki kuasa pengampunan Mutlak pada dosa Hamba dengan Allah SWT.

      Semoga Allah SWT memberi semangat kepada anda untuk terus Sujud kepada Nya. Amin Ya Rabbal Alamin.

  2. saya nak mintaizin ambil ilmu ini.terima kasih

    • Silakan, semoga dapat memberi manfaat bersama.

  3. Assalamualaikum.
    Terimakasih atas respon saudara.sedikit sebanyak menyenangkan hati saya.
    Kdg2 bila kita dah bertaubat dan hanya meletakkan takdir hidup dan mati itu ditangan Allah dan kata2 itu kdg2 menyinggung perasaan org lain dan mungkin org akan menganggap kita riak.
    Moga Allah tabahkan hati saya untuk mendekati diri kepadanya.
    Saya ingin sekali meminta maaf pada anak2 saya kerana sebelum ini saya tidak menjadi contoh yg baik pada mereka.

  4. minta izin ilmu ini

  5. minta izin izin ilmu ini untuk disebarkan

    • Silakan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: