Posted by: peribadirasulullah | Februari 10, 2011

Cinta Suci Rabiatul Adawiah kepada Allah SWT

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSRdKTaJ1Pbp8C-TP2Dj0LAWXB4-DAR-p0Bjik3ZQrjbtyoWg4F

Cinta itu hendaklah ditujukan kepada yang paling layak menerimanya.
Cinta itu biarlah diserahkan kepada yang tahu membalasnya.
Cinta itu harus menyeluruh sifatnya dan mestilah ikhlas dan jujur.
Oh Tuhanku, aku tidak peduli apa pun ujian dan kesengsaraan yang kutanggung selagi Engkau tidak marah kepadaku. Kerana aku yakin rahmat dan keampunan-Mu jauh lebih luas dan lebih besar bagiku. Aku berlindung kepada nur zat-Mu yang menerangi tujuh lapis langit dan yang menerangi kegelapan. Aku berlindung kepada-Mu daripada marah-Mu, Engkaulah yang berhak memarahi aku, dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan-Mu. 

Adalah sesuatu yang lazim bagi seseorang yang mencintai kekasihnya pasti memenuhi apa yang diminta oleh kekasihnya. Sesungguhnya, cinta dapat menjadikan seseorang patuh kepada setiap kehendak kekasihnya. Disamping itu juga cinta dapat memberi kekuatan dan keyakinan diri kepada seseorang untuk terus tunduk dan memenuhi kehendak kekasihnya.

Hubunganku dengan Allah swt sama dengan hubungan seorang tetamu dengan tuan rumah yang dikunjunginya. Sudah tentu seorang tamu tidak perlu berfikir dan berusaha membuat persiapan untuk dirinya di dalam rumah tersebut, kerana tuan rumahlah yang patut melayani dan menghormati tamu yang ada di dalam rumahnya.

Bagi Rabiah, selain dari Allah adalah sesuatu yang tidak ada wujudnya. Maka, seluruh hidupnya ia serahkan kepada Allah, cinta dan pengabdiannya hanyalah kepada-Nya.

Engkaulah yang ku sanjung dan kupuja, Sekalipun aku benarkan orang lain berada disampingku, Namun jiwa dan hatiku hanyalah ku persembahkan untuk-Mu.

Orang2 menyembah-Mu kerana takut Neraka,
Mereka hanya ingin bebas dari Neraka,
Lalu ingin tinggal di dalam istana Syurga,
Sambil meneguk minuman yang Lazat 

Namun aku tidak inginkan Syurga,
Dan tidak takutkan Neraka,
Tapi aku hanya mahukan Engkau!

Nota :

Cinta kepada Allah SWT yang tidak bermatlamatkan :

1-Memohon kekayaan dan kemewahan dunia. Ramai orang sanggup mengupah orang melakukan solat hajat kerana untuk mendapat pangkat dan kekayaan.

2-Mendapat wanita cantik (isteri) di dunia dan Bidadari di Syurga- Cinta kepada Allah SWT sebegini terlalu keji.

3-Menyelit matlamat dunia setiap pekerjaan agama- Ramai yang membuat masjid, menderma, membuat koperasi dan bank Islam semuanya atas nama Islam tetapi sebenarnya pekerjaan mereka dan perbuatan mereka hanyalah untuk mengisi perut sendiri. Penipuan ini tidak dilakukan oleh syaitan tetapi sanggup dilakukan oleh manusia yang bertuhankan Nafsu.

Rujukan :

https://i2.wp.com/4.bp.blogspot.com/_m4_7RXBGhIg/SS-psfl514I/AAAAAAAAALg/juNstlKl4Jg/s320/cinta+seorang+gadis+kepada+Allah.jpg
Cinta Seorang Gadis Kepada Allah
Oleh: Mohd. Sofwan Amrullah
Keluaran: Pustaka Ilmi
Halaman: 250 Mukasurat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: