Posted by: peribadirasulullah | Disember 10, 2010

Video kebakaran di israeil

Negara Yahudi Israel yang selalu angkuh dengan teknologi tenteranya yang hebat dan suka membuli dan membunuh rakyat negara Palestine yang lemah kini telah mendapat balasan dari Allah. Keangkuhan dan kesombongan rakyat Israel yang banyak tercatat dalam al-Quran kini telah dirobek dengan api yang ganas membakar tempat mereka, yang pertama kali dalam sejarah penubuhan negara haram Israel. Kerana kelemahan mereka yang sangat memandang enteng perkara asas ini, Perdana Menteri Israel dengan penuh rasa malu meminta bantuan antarabangsa. Itulah, duit banyak belanja kat tentera dan teknologi untuk bunuh orang. Bomba sendiri pun tak cukup? Haha…Bukan tujuan aku mendoakan kemudaratan orang lain, tapi inilah hakikatnya. Ni baru neraka di dunia, belum lagi neraka di akhirat kelak. Bersedialah wahai Israel laknatullah. Lebih dari 41 rakyat yahudi mati dalam bencana kebakaran hutan ini.

HAIFA: Ribuan anggota bomba Israel dan penyelamat bertungkus lumus mengawal kebakaran hutan besar-besaran yang mengorbankan 41 orang, ketika bantuan global datang untuk memadamkan kebakaran terbesar dalam sejarah negara itu, semalam.

Ketika angin kencang menyebabkan kebakaran menghala ke bahagian bandar pelabuhan utara di sini, polis dan pegawai perubatan berkata penyelamat menemui mayat menjadikan jumlah yang maut kepada 41 orang dan memberi amaran angka itu mungkin meningkat.

Sehingga pagi ini, kami menemui 41 mayat dan masih ada tiga lagi yang hilang, kata jurucakap polis Micky Rosenfeld, menambah ada 16 orang cedera termasuk tiga parah dan satu kritikal. Rosenfeld berkata 15,000 orang dipindahkan ketika api membakar lebih 4,000 hektar tanah dan sampai ke bahagian selatan bandar ini, bandar ketiga terbesar di Israel dengan jumlah penduduk 265,000 orang.

Polis dan penyelamat mengesahkan kebanyakan yang maut adalah pengawal penjara yang cuba memindahkan tahanan dari hutan itu. Bas cuba berpatah balik dan sesetengahnya cuba melarikan diri, namun mereka terperangkap akibat kebakaran dari dua arah berlainan, kata Rosenfeld, dan menambah dua pegawai polis dan mangsa ketiga masih hilang.

Kami masih cuba mencari di kawasan seperti Beit Oren yang teruk terbakar, justeru kami tidak pasti apa yang kami temui dan jumlah kematian mungkin meningkat, katanya. Di pusat arahan sementara di Universiti Haifa, konvoi kereta bomba keluar masuk dan polis berusaha mengawal lalu lintas yang diliputi asap tebal, kata wakil AFP, di tempat kejadian.

Ketika pergunungan Carmel terus terbakar lebih 24 jam selepas kebakaran bermula, empat pesawat pengebom air Canadair dilihat terbang di kawasan yang dipenuhi asap, menjirus air ke dalam api yang marak. Dua helikopter jabatan bomba dan tiga pesawat kecil turut dilihat terbabit dalam menyekat kebakaran itu.

Hanya 1,500 anggota bomba berkhidmat di seluruh Israel, jumlah yang tidak mencukupi bagi negara dengan 7.6 juta penduduk, menyebabkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu merayu bantuan antarabangsa. Menjelang awal pagi semalam, lima pesawat Greek, sebuah pesawat Bulgaria dengan 100 anggota bomba, sebuah pesawat Cyprus dan helikopter serta helikopter Britain berada di Israel, kata jurucakap tentera.
Sementara itu, beliau berkata helikopter kedua Britain dijangka tiba tidak lama lagi.

Tentera Israel berkata lapan pesawat dan tiga helikopter antarabangsa terbabit dalam operasi itu, selain 150 anggota bomba dari pelbagai negara. Kementerian Luar mengesahkan ia menerima jaminan bantuan tambahan daripada Azerbaijan, Croatia, Mesir, Perancis, Jordan, Romania, Russia, Sepanyol dan Turki. AFP

http://melayukini.net/


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: