Posted by: peribadirasulullah | Disember 6, 2010

Hapuskan tabiat suka beri alasan

https://i0.wp.com/scienceblogs.com/startswithabang/upload/2010/09/enjoy_a_real_harvest_moon_toni/756f395bd33b45b6a1e6ddda73439d35-lg-Township%20of%20Jefferson%20%28Monroe%20County%29-Wisconsin-United%20States-Beautiful-Calm-Corn%20Field-Dusk-Evening-Farm-Field-Full%20Moon-Green-Moon-Moonrise-Nature-Nightfall-thumb-500x375-56145.jpeg


Oleh Sabariah Faridah Jamaludin


MEMBERI alasan adalah suatu tabiat negatif yang seharusnya dihapuskan dalam hidup setiap insan. Manusia sering memberi pelbagai alasan dalam perkara yang sebenarnya dia tidak suka atau tidak mahu melakukannya.

Boleh dikatakan manusia membesar dengan memberi pelbagai alasan ‘kreatif’. Manusia juga memberi pelbagai alasan pada Allah di akhirat kelak seperti yang diceritakan pada kita dalam al-Quran.

Alasan yang sering didengar apabila diberi satu tugasan adalah seperti berikut:

“Tak bolehlah…” “Takutlah…” “Aku tak mampu…” “Saya kurang
berpengalaman…” “Ini bukan bidang saya…” “Eh, aku ni dah tua…” “Tapi saya masih muda lagi…” “Aaa…sibuklah” “Tak cukup masa, tak ada masa…” “Tak cukup duit…” “Kami dah bincang, tapi…”

Alasan yang disenaraikan di atas adalah sangat membosankan apabila kita mendengarnya setiap hari, keadaan dan gerak kerja.

Alasan itu jika selalu diucapkan akan menjadi tabiat yang sebati dalam diri dan akan membentuk rupa diri atau personaliti yang bertentangan dengan kehendak Allah.

Cuba renungkan firman Allah bermaksud:

“Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang) kafir, penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “ Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan? Mereka menjawab: “ Benar ada”, sesungguhnya sudah datang kepada kami seorang pemberi peringatan, maka kami mendustakan(nya) dan kami
katakan: Allah tidak menurunkan sesuatu pun: Kamu tidak lain hanyalah di dalam kesesatan yang besar”

“Dan mereka berkata: Sekiranya kami mendengarkan atau memikirkan (peringatan itu) nescaya tidaklah kami termasuk penghuni neraka yang menyala-nyala.” – (Surah al-Mulk, ayat 8-10)

Nauzubillah minzalik, semuga kita tidak tergolong dalam golongan ahli neraka yang masih sempat lagi memberi alasan.

Alasan boleh ditangkas dan diberkas apabila kita mempunyai perasaan
bertanggungjawab pada diri sendiri.

Kita insan yang dianugerahkan Allah bakat, kepandaian, kemahiran, potensi dan kecantikan.

Cuba kita renung dan fikirkan mengenai anugerah bakat serta potensi diri bagaimanakah harus kita gunakan? Berbincanglah dengan keluarga dan sahabat handai terhadap jati diri kita. Fikirkan apakah yang boleh menimbulkan minat dan motivasi diri?

Dalam setiap perjalanan kehidupan manusia, matlamat kita adalah sesuatu yang sangat berharga. Tanpa matlamat, impian dan cita-cita, kita tidak ubah seperti layang-layang yang putus talinya, tiada arah, tiada tuju, akhirnya tersungkur ke bumi. Maka, wujudkan matlamat yang murni dalam kehidupan dan keluarga kita. Wujudkan rasa ghairah dan cinta untuk mencapai matlamat itu. Buangkan semua alasan yang pernah diucap dan cuba sedaya upaya diiring doa agar matlamat kita tercapai.

Nabi Ibrahim apabila diperintahkan Allah agar meninggalkan isteri, Siti Hajar dan anak, Ismail di satu tempat gersang, menurut perintah Allah tanpa sebarang bantahan, tanpa mengemukakan sebarang alasan. Baginda hanya ada satu matlamat. Mengikut perintah Allah agar dirinya mendapat keredaan Allah yang sangat dicintai. Baginda hanya mampu berdoa:

“Ya! Tuhan kami, sesungguhnya aku sudah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu ) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki mereka daripada buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur.”

Berkat doa Baginda dan matlamat yang disertai dengan komitmen dan pengharapan jitu, tanah gersang itu dikurniakan Allah dengan pelbagai nikmat dan kemudahan untuk dikecapi bukan saja oleh anak cucunya.

Malah, kita yang ada talian akidah dengan baginda juga dapat mengecapi nikmat anugerah Allah kepada hamba-Nya yang sabar.

Untuk mewujudkan alasan sifar dalam diri, kita perlu mengubah cara pemikiran dan membina keyakinan diri. Cintai dan kasihilah diri sendiri, barulah dapat mengasihi dan menerima orang lain.

Jangan salahkan orang lain, keadaan atau masa. Jangan jatuhkan hukuman pada diri sendiri jika sesuatu ujian menimpa.

Ketahuilah bahawa Allah sentiasa akan menguji hambanya dan Dia ingin melihat siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya.

Jangan sekali-kali lepaskan impian kita. Kejayaan hanya datang bagi mereka yang bersungguh-sungguh dan yang berani mengenepikan alasan.

Terimalah cabaran, ketahuilah setiap cabaran itu ada hikmahnya.

Berani mencuba, tanpa mencuba, tiada pengalaman. Hati-hati terhadap perasaan takutkan kegagalan dan penolakan.

Jika bisikan negatif melanda dan skrip alasan menjelma, ubah pemikiran kita, cepat-cepat fikirkan yang positif. Buangkan alasan itu, berjanji pada diri sendiri supaya tidak akan menggunakannya lagi. Gantikan dengan pemikiran yang aktif seperti:

Apa yang boleh saya buat?

Apa yang boleh saya tolong?

Apa amalan yang baik yang saya harus lakukan?

Untuk mencapai alasan sifar pada diri, kita juga harus menghormati orang lain terutama keluarga dan sahabat.

Kita harus belajar memberi kasih sayang. Kita harus belajar memberi tanpa mengharapkan balasan. Kita harus belajar menghargai tanpa diminta dihargai. Berilah tanpa syarat kepada mereka yang dicintai kerana kita tidak tahu bila akan pergi.

Ikhlas dengan mereka, jauhi perasaan dengki, benci dan buruk sangka. Setia, jujur dan mesra, itulah tunggak keluarga bahagia. Tetapi ingat, kita tidak perlu menggadai prinsip, fikrah dan mengorbankan diri untuk orang lain. Bersama-samalah berbincang dan berkomunikasi dengan mereka agar satu persefahaman yang baik sentiasa diwujudkan.

Akhir sekali untuk mencapai alasan sifar dalam diri kita, kita haruslah
menambahkan ilmu di dada. Minda kita adalah seperti payung terjun. Ia tidak akan berfungsi untuk mencapai matlamat jika tidak dibuka.

“Tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad,” saranan Nabi Muhammad saw. Sahutlah saranan Nabi yang mulia. Cuba kita lakukan yang berikut ini untuk menambahkan ilmu di dada:

l Sentiasa membaca 15-30 minit sehari dari buku yang boleh membentuk peribadi diri.

l Dengar kaset yang boleh membentuk minda, terutama ketika memandu. Jadikanlah kenderaan kita sebuah universiti bergerak.

l Hadiri seminar dan kursus yang anda minati.

l Sentiasa bersama orang soleh dan bertakwa kerana merekalah orang yang berkeyakinan dan berpotensi tinggi.

l Carilah guru yang baik yang sudi mendidik kita.

l Berani mencuba kerana pengalaman kunci kematangan

l Sentiasa berada dalam jemaah atau kumpulan yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda.


Responses

  1. good

  2. Hadis nabi saw ada menyebut, ” Tidak sempurna iman kamu sehingga kamu mencintai Allah dan Rasulnya melebihi dari cinta kamu terhadap diri kamu sendiri”. Ini sebagai respon kpd sikap individualistik manusia hari ini yg timbul dar sifat cintai diri sendiri yg melampau dan tidak selari dgn hadis diatas.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: