Posted by: peribadirasulullah | Oktober 31, 2010

Insan Sanjungan Allah SWT

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs006.ash2/33669_145169805519491_100000794183116_84167_5338881_n.jpg

Dari A’masy dari Abi Shalin dari Abu Hurairah dan dari Abi Said Al-Khudri dari Rasulullah SAW, Baginda bersabda:

” Sesungguhnya Allah SWT memiliki malaikat yang tinggal dibumi,. Jika mereka bertemu dengan golongan yang BERZIKIR kepada Allah SWT, mereka memanggilnya: ” Ke marilah pada keinginanmu.” Lalu mereka datang dan mengelilingi mereka ke langit.

Maka Allah SWT berfirman : ” Apa perbuatan hambaKu pada waktu engkau tinggalkan mereka  ? “.

Malaikat menjawab: ” Kami tinggalkan mereka, mereka sedang memuji,  mengagungkan dan menyucikan Mu”.

Allah SWT berfirman : ” Apakah mereka melihatKu ? .

Malaikat menjawab : ” mereka Tidak melihat Mu Ya Allah  “.

Allah SWT berfirman : ” Bagaimana jika mereka melihat Ku?. ”

Malikat menjawab : ” Jika mereka melihat Mu , Ya Allah. Mereka akan lebih menyucikan Mu, akan lebih memuji Mu dan akan lebih mengagungkan Mu.”

Allah SWT berfirman : ” Dari bahaya apakah yang mereka memohon perlindungan ?.”

Malaikat menjawab : ” memereka memohon perlindungan daripada api Neraka.”

Allah SWT berfirman : ” Apakah mereka pernah melihat api Neraka ?.”

Malaikat menjawab : ”  Mereka tidak pernah melihat api Neraka.”

Allah SWT berfirman : ” Bagaimana jika mereka melihat api Neraka?.”

Malikat menjawab : ” Jika mereka melihat api Neraka pasti mereka akan lebih menjauhkan diri mereka daripada api Neraka.”

Allah SWT berfirman : ” Apakah permintaan mereka? .”

Malaikat menjawab : ” Mereka memohon Syurga.”

Allah SWT berfirman : ” Apakah mereka pernah melihat Syurga.”

Malaikat menjawab : ” Mereka tidak pernah melihat Syurga.”

Allah SWT berfirman : ” Bagaimana jika mereka melihat Syurga ?.”

Malaikat menjawab : ” Jika mereka melihat Syurga pasti mereka bertambah rindu kepada Syurga.”

Lalu Allah SWT berfirman kepada Malaikat : ” Aku (SWT) bersaksikan padamu, bahawa Aku ( SWT) telah mengampuni dosa-dosa mereka .”

Nota :

Kitab Penenang Hati . m/s : 221.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs187.ash2/45059_129317057115217_100001107706355_145280_6319747_n.jpg

Rajah Salsilah Para Ambiya’ yang akan menghuni Syurga Allah SWT, Semoga Allah SWT menjadikan kita sebahagian daripada keturunan Pilihan Allah SWT, Walaupun kita berjauhan dengan mereka darip segi masa, tempat dan amal kebajikan yang akan kita persembahkan dihadapan Allah, namun bersandarkan kepada sifat rahmat dan Ihsan serta tidak berbekalkan dosa dari dunia (kita tidak ma’sum) kita tetap menadah tangan memohon kepada Allah SWT agar kita dapat memasuki Syurga Allah SWT.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: