Posted by: peribadirasulullah | September 28, 2010

Pokok yang melindungi yahudi daripada dibunuh oleh umat Islam

Pokok yang maksudkan adalah pokok Qharqa’. Didalam hadis yang dipaparkan memang jelas menunjukkan bahawa yahudi akan dibunuh di bumi Palestin di akhir zaman nanti, umat Islam akan mencapai kemenangan di seluruh dunia sehingga umat yahudi yang memusuhi agama Islam tidak dapat bersembunyi kecuali pokok Qhaqa’ sahaja yang sanggup bersekongkol dengan yahudi. Oleh yang demikian jika masa yang Allah janjikan telah tiba, umat Islam tidak perlu mencari yahudi dimana-mana tempat tetapi carilah pokok Qharqa’ kerana yahudi akan berlindung disebalik pokok tersebut . Buat masa sekarang yahudi di Palestin giat menanam pokok tersebut untuk persediaan mereka berlindung jika kiamat hampir berlaku, mereka begitu yakin dengan Janji Allah SWT dan Hadis Rasulullah SAW dalam perkara ini.


Responses

  1. salam.
    mmg awak suka letak gambar dgn tajuk je ke? xfikir org ble sasla faham? mana penjelasan.
    saya sedih sbb kebanyakan dalam bahasa arab. mana bahasa malaysia? macamana berdakwah macamni?

    • Insya Allah saya akan cuba terjemahkan, apa yang penting. Ribuan T.Kasih atas teguran anda yang amat berguna. Ribuan T.Kasih juga kerana anda mencari Ilmu Allah SWT. Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya… السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    • Tak baik condem lebih lebih ne saudari Anna. Sy mohon jangan saudari anna menjadi sahabat iblis/ syaitan.. sila baca komen sy dalam balasan kepada saudari Nalia. Ingatlah Iblis tu menyesatkan manusia dengan banyak cara… Ataupun saya kira Anna ini adalah seorang Yahudi yg telah pandai berbahasa Melayu.. Tujuan Anna ini seperti mahu merosakkan laman ini. Tolong berhenti condem website ini kerana Allah tidak suka apa yang saudari praktikkan . Sekian terima kasih dan sila ambil iktibar

      • Jutaan Terima Kasih kepada george, saya pernah terlibat denga World Vision, sebuah pertubuhan kristian yang amat aktif dalam mengembang agama kristian di dunia. Saya bertugas dengan sebuah pertubuhan kebajikan Islam sedunia selama 5 tahun. Saya dan pertubuhan kristian sentiasa berlumba-lumba melakukan kebajikan. Kami pertubuhan Islam mendapat bantuan daripada timur tengah dan world vision mendapat bantuan daripada amerika, eropah dan lain-lain negara. Kami sering menunggu bantuan daripada negara-negara luar untuk bertugas dalam agama masing-masing.

        Saya bersama lain-lain staf pertubuhan Islam telah berjaya membina sebuah kompleks Darul Aitam yang dilengkapi pejabat pentadbiran, Masjid, klinik, sekolah, bengkel, asrama dan kantin. Perbelanjaan keseluruhan mencapai 5 juta USD. Kami memberi elaun kepada guru-guru agama sebanyak USD 40 sebulan kepada seluruh guru-guru agama sukarelawan dan sesebuah negara yang kami kelolakan dan menanggung perbelanjaan anak-anak yatim seramai 500 orang dari seluruh daerah yang usahakan. Saya dapat rasakan bagaimana penderitaan perjuangan Rasulullah SAW semasa menyebarkan Islam, kami sebagai staf mendapat elaun sebanyak USD 300 sebulan (hasil sumbangan dermawan Islam timur tengah ) sedangkan Rasulullah SAW tidak mendapat apa-apa elaun kecuali rezeki daripada Allah SWT secara langsung. Saya sering berbincang dalam masalah tertentu dengan paderi-paderi salib putih yang kebanyakkan mereka telah berkhidmat di Indonesia melebihi 20 tahun dalam bidang dakwah agama kristian. saya amat kagum dengan kajian-kajian paderi kristian dan usaha-usha mereka untuk mendekati masyarakat tempatan. Mereka mengkaji semua asal-usul kaum-kaum tempatan dan pegangan (kefahaman termasuk Islam ) penduduk tempatan, paderi-paderi yang saya kenali memang lebih tahu daripada saya tentang mazhab-mazhab dalam agama Islam sehinggalah fahaman syiah,wahabi, qadyani,ahmadiah, bahaiah. Semuanya mereka kaji secara terperinci melalui kertas kerja. Perjalanan dan pengembaraan mereka ke luar negara dalam satu-satu masa terlalu mudah dan senang, segala perbelanjaan mereka ditanggung oleh pertubuhan world vision.

        Bangunan pejabat mereka tersergam indah, mereka sewa banglo untuk jadikan pejabat-pejabat mereka. Pejabat mereka cukup sistematik dan staf-staf mereka terdiri daripada berbagai bangsa yang pernah berkhidmat diberbagai benua termasuk di benua afrika. Kawalan pejabat mereka adalah seperti pejabat-pejabat besar kerajaan tempatan.

        World Vision sebagai saingan kami memang hebat, setiap kali mengambil wang bantuan USD kami amat terpegun. Bantuan yang kami terima tidak sampai 5 beg berisi wang USD tetapi world vision mereka mendapat bantuan melebihi 50 beg berisi wang USD. World Vision memiliki staf yang ramai, kenderaan dakwah (paderi) mereka melebihi 50 buah tidak termasuk kenderaan staf. Mereka memiliki stesyen radio dan tv untuk mengembang agama mereka dalam bahasa tempatan. Bantuan berbentuk pakaian, perubatan, kemudahan persekolah dan pengajian luar negara, pekerjaan di kilang-kilang dan banyak lagi termasuk kursus untuk bertugas dengan kerajaan tempatan.

        walaupun demikian, saya dan lain-lain pertubuhan Islam tetap meneruskan perjuangan suci demi menyampaikan kebenaran Islam, maklumat yang kami terima daripada penduduk tempatan amat jelas. Risalah-risalah agama kristian yang mereka sebarkan tidak memberi keyakinan kepada penduduk tempatan tetapi oleh kerana desakkan kehidupan ramai juga penduduk tempatan menganut agama kristian terutama daripada penganut agama selain daripada agama Islam.

        Dalam risalah agama kristian seringkan menceritakan sejarah kelahiran Nabi Adam A.S. tetapi akan berakhir dengan Nabi Ibrahim A.S., mereka tidak akan menceritakan sejarah Nabi Muhammad SAW. Oleh yang demikian penganut-penganut agama Islam tidak terpengaruh dengan dakwah agama kristian.

        Bagi saya semangat untuk memancarkan Cahaya Ilahi tidak akan pudar walaupun terdapat kritikan, saya terima dengan hati terbuka untuk menjadikan saya insan yang lebih berhati-hati dalam menyampaikan mesej-mesej Islam kepada semua pihak. Di pejabat tempat saya bertugas sekarang, saya boleh melihat umat Islam yang tidak tahu arah tujuan hidup mereka seharian. Apa yang mereka tuturkan adalah isu semasa yang sedang hangat dan perbualan kosong yang tidak menambah neraca timbangan pahala di Akhirat kelak, bermula dengan hujjah-hujjah politik sehingga ke hujjah-hujjah agama sementara menunggu pukul lima untuk balik ke rumah masing-masing.

        Bagi saya, saya perlu mengisi dan memberatkan Mizan Timbangan Pahala di Akhirat kelak dan menunaikan tanggungjawab sebagai kakitangan awam kerajaan. Kedua-duanya memerlukan pembahagian masa yang cukup setiap hari, agar kehidupan saya lebih bermakna dan tidak terikut-ikut dengan budaya menghabiskan masa tanpa tujuan.

        Sekali lagi saya, ucapkan Jutaan Terima Kasih atas teguran, sokongan dan nasihat yang amat berguna dari semua pihak terutama george dan saudari Nalia.
        Sekian.

    • Assalamualaikum saudari,menegur itu biarlah berhikmah.cara tegur itu juga menunjukkan tahap akhlak kita nie mcm mana.berkaitan bahasa arab,mngapa anda harus sedih?bukankah bahasa paling mulia adalah bahasa arab?yg diturunkan Allah juga dari bahasa Arab maka tidak perlulah terbit perasaan sedih,benar jika tidak faham,perlu gunakan bahasa melayu ttp tidak salahnya jika diselang-selikan.berkaitan dakwah pula,adakah anda pertikaikan cara org berdakwah?berdakwah nie ada bnyk cara saudari.anda kena faham apa mksud dakwah,dalami sebenar-benarnya konsep dakwah ini.sy sekadar menegur apa yg sy lihat kurang baik contohnya dalam teguran saudari kepada empunya blog ini.salam ukwah fillah…

      • Jutaan Terima Kasih di atas sokongan anda pada blog saya. Saya bersedia membantu dan berkorban sedikit masa jika saya memiliki kepakaran dan kepandaian tetapi disebabkan saya tidak begitu mahir dalam komputer dan IT maka sekadar ini sahaja kemampuan saya. Saya telah belajar Corel Video Studeo 12 / Pro X2 tetapi tidak begitu mahir. Insya Allah pada masa akan datang saya akan cuba mempelajari lagi. Tidak mengapa, saya tidak terasa dengan teguran saudari. Saya akan cuba membentuk keikhlasan dalam berdakwah, saya mesti mentarbiah diri saya untuk menjadi insan pilihan Allah SWT.
        Salam Ukhuwah Islamiah untuk semua, Salam Aidul Adha Tahun 2011 untuk semua. Mohon Maaf Zahir Dan Batin. Semoga Allah SWT mempertemukan kita semua di Akhirat nanti. Yakinlah dengan Pertemuan Yang Allah SWT telah janjikan melalui lidah Rasulullah SAW dan Ayat Suci yang Allah SWT turunkan didalam Al-Quran Al-Karim.
        Amin Ya Rabbal Alamin.

    • Assaalamualaikum, Saudari Ana -Islam itu kan mudah tidak ada paksaan, atleast beliau rajin dan sanggup berkongsi cerita dengan kita,walaupun ada kekurangan tegur dgn lebih sopan kan baik. -hamba Allah-

  2. salam.
    mmg awak suka letak gambar dgn tajuk je ke? xfikir org boleh salah faham? mana penjelasan.
    saya sedih sbb kebanyakan dalam bahasa arab. mana bahasa malaysia? macamana berdakwah macamni? sy bukan bijak pandai. tp sy bersungguh2 cari ilmu. keadaan mcam ni buat saya sedih sgt. mau tahu macam2 tp yg tak mampu dipelajari. buatlah dalam bahasa melayu skali. salam

    • Tak payah le kita condemn website ne.. Kalau yg empunya web ne tak nak buat langsung lagi kita rugi… Bersyukur lah dengan apa yg ada. Allah pun suruh kita sendiri yg cari bukannya org lain suapkan dengan sudu ke dalam mulut kita. Sesungguhnya telah kami permudahkan Quran untuk jadi pengajaran / ikhtibar kepada manusia… Siapakah di kalangan manusia yg mengambil peringatan darinya?

    • eleh~.. cakap action.. kalau nak belajar, tanya betul2.. ok? :) kira ok org nak sampaikan.. adab jaga babe.. tak prlulah nak formal sangat, tapi kalau dah nak tanya pun bunyi cam meluat, baik guna formaliti.. xterasa org lain, org yg bagi ilmu pun akan semakin rajin kongsi.. ok?

  3. huhu…
    tau xpe.. igtkan nk kne blja bhsa arb dlu..
    blaja skit2.. tp best gak.. penerangan yg amat ringkas..
    kanak2 baca pn x cpt bosan.. terima kasih

    • Tak baik sokong condem website ne…. Ia boleh melemahkan semangat tuan punya web. sy percaya dah banyak tenaga dan masa serta usaha dicurahkan beliau untuk buat web ne untuk tatapan kita… empunya web pun tak dibayar gaji untuk buuaat benda ne…. jadi tolong jangan kondem dia… sebab iblis dan syaitan sangat suka dengan apa yg saudari Nalia dah buat iaitu perrcacaikan web ini. Janganlah Saudari Nalia bersekongkol atau menjadi alat Iblis dan Syaitan melemahkan semangat tuan punya web…. Ingatlah saudari Nalia dan saudari yg lain lain tu…. sebab Iblis dan syaitan boleh masuk memujuk hingga ke dalam hati dan mereka sebenarnya TIDAK GENTAR dengan sebarang ayat Quran. Hanya janji nya dulu, sapa yg ingat kepada Allah Mereka tidak akan boleh usik … Jadi hendaklah saudari berlindung kepada Allah sentiasa/pd sepanjang masa.

  4. anna kau dah kawin ke belom

  5. Hahahaha…. Wierd…

  6. salam sejahtera ke atas umat islam semua… saya baru hari ini menjadi ahli blog ini dan dihari ini jgk saya terbaca ada org yg menghina Allah, nabi kita dan islam.. mintak tuan pemilik blog ini memantau orang itu yang mengunakan nick ???
    harap maklum

    • Jutaan Terima Di atas teguran anda, Bersabarlah dalam menjalankan dakwah di jalan Allah SWT. Semakin sukar berdakwah semakin banyak pahala yang kita perolehi. Di atas teguran dan peringatan anda membuat saya bertambah semangat serta tidak keseorangan dalam meneruskan perjuangan ini. Begitulah sikap persaudaraan sesama Islam yang wajib kita pahatkan.
      Salam Ukhuwah Islamiah daripada saya untuk semua.
      السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
      Kepada ???, saya juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memberi komen dan menjenguk seketika dalam blog saya, semoga di suatu hari nanti anda akan menjadi Insan Pilihan Allah SWT. Saya yakin dan pasti anda akan memerlukan Allah SWT di suatu masa nanti. Jangka hayat dan kesihatan kita tidak berpanjangan serta tidak akan berkekalan. Allah SWT sentiasa menunggu dan merindui titisan air mata mereka yang bertaubat.
      Insya Allah, Amin Ya Rabbal Alamin.

  7. salam….. sy pun jahil bahasa arab, tp bl terasa bodoh tu belajar la kan, paling tidak beli kamus, sesudah tu org tegur terima la, org ajar ikut la, ni tidak jd sombong bodoh plak.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 2,704 other followers

%d bloggers like this: