Posted by: peribadirasulullah | September 14, 2010

17 Perkara mengundang azab didalam kubur

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRLLP_FEZ5SC8GWxzjCb7XbW9dQIIJqmgKNNy-Q-OQGWHRTMbA&t=1&usg=__-Yc6q7GAYA5qX7wLRN4CJ2oUMIE=

ذكر الإمام ابن القيم رحمه الله أن أهل القبور يعذبون على جهلهم بالله، وإضاعتهم لأمره، وارتكابهم لمعاصيه، فإن عذاب القبر وعذاب الآخرة أثر غضب الله وسخطه على عبده، فعذاب القبر يكون على معاصي القلب، والعين، والأذن، والفم، واللسان، والبطن، والفرج، واليد،، والرجل، والبدن كله، فمن أغضب الله واسخطه في هذه الدار ثم لم يتب، ومات على ذلك، كان له من عذاب البرزخ بقدر غضب الله وسخطه عليه، فمستقل ومستكثر، ومصدق ومكذب…

وقد ورد الوعيد بالعذاب في القبر على كثير من المعاصي والذنوب منها:

1- النميمة والغيبة.

2- عدم الاستبراء من البول.

3- الصلاة بغير طهور.

4- الكذب.

5- تضييع الصلاة والتثاقل عنها.

6- ترك الزكاة.

7- الزنى.

8-الغلول من المغنم (السرقة).

9- الخيانة.

10- السعي في الفتنة بين المسلمين.

11- أكل الربا. (ظاهرة خطيرة ومنتشرة جداً في واقعنا اليومي)

12- ترك نصرة المظلوم.

13- شرب الخمر.

14- إسبال الثياب تكبراً.

15- القتل.

16- سب الصحابة.

17- الموت على غير السنة (البدعة).

Disebutkan oleh  Imam Ibn al-Qayyim Allah bahawa orang-orang dari kubur sedang disiksa kerana kejahilan  mereka tentang Allah  dan tidak melaksanakan perintah Allah SWT serta melakukan  dosa, Sesungguhnya azab kubur adalah  sebahgian daripada azab di negeri akhirat, kesan dari murka Allah SWT dan dosa hambanya, Azab Allah SWT berlaku mungkin disebabkan  dosa hati, mata, telinga, mulut, lidah, perut, kemaluan , tangan dan seluruh tubuh, Allah SWT murka keranan mati tanpa bertaubat. Maka azab kubur bergantung kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT terhadap seseorang hambanya. Terdapat juga dosa yang akan ditambah azabnya atau dosa yang akan dikurangkan azabnya . Mereka yang  berkata benar atau yang berbohong semuanya mendapat balasan daripada Allah SWT.
Amaran Allah SWT terhadap dosa-dosa tersebut terlalu banyak diantaranya ialah :

1 – Mengumpat  dan memfitnah.

2 – Tidak beristbra’ semasa membuang air kecil.

3 – Solat tanpa membersihkan diri dengan sempurna.

4 – berbohong.

5 – Meninggal solat dan meremeh-remehkannya.

6 – Tidak membayar zakat.

7 – Berzina.

8 – Mencuri (pencurian).

9 -Khianat.

10 – mencari perselisihan di kalangan umat Islam atau menabur fitnah.

11 – Makan harta RIBA/ INTERES . ( fenomena berbahaya ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita)

12 – Tidak  membela  mereka yang  tertindas.

13 – Minum arak.

14 – Melabuhkan pakaian melebihi paras buku lali.

15 – Membunuh.

16 – Menghina  atau mencaci para sahabat.

17 – Mati semasa melakukan perkara bid’ah.


Responses

  1. Salam, salam…

    Yg no 11 tu paling payah nak elak.

    Asal nak beli keta je, dia ada.
    Asal nak beli umah je, apa2 loan ke, dia muncul.

    Cemana la nak menjawab kat alam sana nanti yer? 🙂

    • Betapa hebatnya perangkap syaitan dalam sistem riba sehingga semua bank di Malaysia terlibat dengan sistem riba, walaupun bank Islam. saya telah meminjam dari bank Islam sebanyak 50 Ribu RM dan terpaksa membayar balik 105 Ribu RM. Jadi ribanya adalah 55 Ribu RM. Sepatutnya bank Islam hanya mengenakan bayaran pengurusan yang berpatutan sahaja dan berharap kepada pahala yang Allah SWT janjikan lebih berharga dari 55 Ribu RM tersebut. Mereka menjadikan tempoh bayaran sebagai alasan untuk menghalalkan riba. Dalam Islam tempoh pinjaman tidak boleh dijadikan alasan untuk menggandakan jumlah wang yang dipinjam. Alangkah hebatnya Sitem Perbankkan Islam Malaysia. Jika dibandingkan dengan Bank Lariba, bank ini agak lebih Islamik ( https://www.lariba.com/default.htm ). Cuma ada ulamak Malaysia yang mengharuskan pinjaman dari bank-bank riba ini dengan alasan kerana darurat untuk membina rumah pertama, membeli sebuah kereta untuk keperluan pengangkutan tetapi hukumnya menjadi haram jika untuk membina rumah kedua dan membeli kereta kedua. Begitulah hebatnya cengkaman sistem riba di Malaysia. Sama-samalah kita bertaubat dan berdoa kepada Allah SWT agar Allah SWT mengampuni dosa-dosa kita yang sama-sama terlibat dalam memberi saham kepada kemajuan sistem riba di dunia Islam dan Malysia. Semoga amal-amal soleh yang kita persembahkan kepada Allah SWT bercampur dengan dosa riba diterima oleh Allah SWT kerana kita tidak lagi mampu mencari bank yang tidak mengamalkan sistem riba. Amin Ya Rabbal Alamin.

  2. prnah 1 ktika ada sdara (kalu blh dpanggil sdarala) dtg rmh, tgk rmh xde prabut, mgutuk sy dgn ayat “dia x malu ke jika org dtg rmh”, dia tak tau sy nk mkn pun ssh ktika 2. smpai skrg sy ingat.. tp sy maafkn dia. Alhamdulillah wp ssh, dr kecik tgok org bsolat dlm rmh. Itu pun dkira kaya ke wp duit takde.
    *
    elak bhutang. slagi blh elak, elak! nk kwin bhutang, nk bli krusi pn bhutang. takde kursi pn takpelah, dudukla bsila. pdulikan jika org tak pandang org ssh mcm kita. dah dbri bantuan, jgnlah guna duit tu wat bli henpon mahal2. tuntut ilmu pun bhutang! liat plk mbayarnya sdgkn kalu byr 30 inggit sbln pn PTPTN mukin blh considerkan. duit ada 5k, blh bli keta kancil cash tp slera kita ni tinggi.. 5k wat duit muka bli keta besar, hutang smpai 9 thn. siapa slh? bank ke kita?

  3. para pezina nih gunakan alasan ekonomi tuk benarkan alasannya khan? anak-anak sekolah banyak juga yang ikut jual kerana pengen hp baju elok, sepatu yang trend. pokok artislah yang jadi panutan and tuntunan. sekarang nih apa yang bisa kita lakukan agar semua ni tak belanjut?

  4. assalammualaikum….ana ada sdikit prsoalan..
    1)knpakah ssorg msti bristibra’ smasa mmbuang air kcil??
    2) ana tahu solat itu wjib…prsolan ana,bolehkah mningglkan solat dgn alasan trlalu sibuk brniaga??
    ada seorg hmba allah ini,yg ana sudah bnyk kli nsihtkn agr jgn tngglkn solat…ttpi dia mnjwb bhwa,dia sibuk bkrja…org nk bli juadah untuk brbuka dn mcm2 lg…dia juga britahu,hnya ada 2 org pkrja di gerainya..dia hnya mkn gaji…kalau tngglkn krja, nanti bos mrah…kalau tngglkn krja,nanti pelanggan mrah…….
    apa pndpt ustaz…? ini bkn utk mmbuka aib,ttpi ana sndri musykil dan dah tak tahu lg cara utk tegakkn bhwa solat itu lbih utama..
    smoga ustaz dpt mmbntu ana utk merungkai mslh ini… syukran…wslm.

    • W.Salam. Maaf kerana saya tidak berkesempatan menjawab 2 soalan yang diajukan.
      Soalan pertama :
      Tentang Istibra’ semasa membuang air kecil adalah untuk memastikan saki baki air kecil yang masih ada dikeluarkan sepenuhnya. Ini kerap berlaku pada mereka yang telah berusia, ibtibra disunatkan kerana dibimbangi seseorang muslim solat dalam keadaan was-was dan berada dalam keadaan bernajis. Biasanya saki-baki air kecil akan keluar apabila seseorang muslim melakukan pergerakkan solat seperti sujud dan rukuk yang memberi kesan pada saraf. Rasulullah SAW pernah menceritakan pada para sahabat tentang sahabat yang diazab dalam kubur disebabkan tidak beristibra’.
      Soalan kedua :
      Allah SWT amat menyayangi golongan jutawan Islam kerana Allah SWT akan menjadi saksi dan akan berhujjah kepada golongan manusia di hari Mahsyar nanti dengan katanya ” Lihatlah hambaku yang mukmin ini, apabila diberi kepada nikmat berlimpah ruah kepadanya tetapi nikmat tersebut tidak menghalang dan tidak melalaikannya untuk beribadat kepada Ku, walaupun sesaat “. Inilah hartawan dan jutawan Islam seperti Nabi Sulaiman A.S. dan Saidina Othman yang telah terbukti dalam ukiran sejarah.
      Tidak ada alasan ” masa tidak mengizinkan ” dan sebagainya.
      ( Sebagai bos kita sepatutnya membina perniagaan yang mendapat untung di dunia dan mendapat keberkatan di Akhirat, sebagai seorang Bos yang Muslim pasti melakukan solat dan mengangkat tangan berdoa kepada Allah SWT, apa erti seorang Bos berdoa dang memohon kejayaan di dunia dan di Akhirat setiap kali selepas solat. Jika pekerja bawahan kita, kita tidak izinkan mereka menunaikan solat. Pasti doa bos ditolak oleh Allah SWT, tetapi jika Allah SWT terima doanya bermakna Allah SWT ingin terus menyesatkannya sebagaimana Allah SWT menambahkan nikmat dan menambah kekufuran golongan kafir setiap kali nikmat mereka ditambah )
      Apa yang kita cintai pasti kita sentiasa ingat dan sentiasa merindui untuk bertemu dengannya dengan penuh rasa tenang serta tenteram. Jika kita Cintakan Allah SWT, pasti kita akan merindui solat kerana hanya dengan solat dan doa sahaja kita dapat berhubung dan merintih dengan Allah SWT.
      Oleh yang demikian jika solat ditinggalkan dan harta diutamakan, maka itu tanda orang tersebut mencintai harta melebihi Allah SWT.
      Berapa ramai hartwan menjadi gila apabila saham mereka merudum, rumah mereka terbakar…
      Berapa ramai profesor menjadi gila apabila Allah SWT mencabut nikmat akal daripadanya…
      Berapa ramai golongan agama dan politik hidup mereka tidak bahagia apabila Allah SWT sesatkan mereka dengan fahaman mereka sendiri dan jauh daripada Islam…
      SubhanAllah… semuanya milik Allah SWT, sehingga jiwa dan raga kita adalah Milik Mutlak Allah SWT.
      Semoga Allah SWT merahmati kita sehingga di dalam Syurga nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.

      • assalammualaikum…terima kasih ats prtolongn anta dlm merungkai prmasalahan ana…syukran…wassalam.

  5. These are generally brief term loans that do produce you
    meet your fiscal problems within a preferred certain
    time period. Taking into consideration time limitations these loans are especially
    created above an obligation no cost platform.
    As such, these are kept completely totally
    free from credential checksums. Problems such as defaults, arrears, bankruptcy, CCJs
    and even IVAs are not regarded right here.

    Additional, there are also no collaterals associated with these loans.

    There is minimal paper work necessary on the component of borrower.
    There are also no hidden or extra documentation or faxing essential here.
    Applying for these loans is also exceptionally hassle-free.
    Consumers simply call for filling an on the web type and when this gets approved money is received within 24 hours time frame.
    These loans are often offered under handy terms and situations.

    The common fundamental applicant criteria right here is that they really should be a UK resident and of 18 years
    of age.

  6. These are essentially short phrase loans that do give you meet your fiscal difficulties inside a
    preferred distinct time period. Taking into consideration time
    limitations these loans are particularly intended above an obligation absolutely
    free platform. As such, these are kept absolutely no cost from credential
    checksums. Troubles such as defaults, arrears, bankruptcy,
    CCJs and even IVAs are not viewed as right here.
    Further, there are also no collaterals linked with these loans.
    There is minimal paper work necessary on the aspect of borrower.
    There are also no hidden or further documentation
    or faxing necessary here. Applying for these loans is also particularly handy.
    Individuals basically call for filling an on the net type and as soon as this gets authorized money is received within 24 hours time frame.
    These loans are often provided below practical terms and circumstances.
    The basic simple applicant criteria here is that they should
    really be a UK resident and of 18 years of age.

  7. Appreciation to my father who informed me regarding this webpage, this weblog is in fact remarkable.

    • T.Q.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: