Posted by: peribadirasulullah | September 9, 2010

Kuda Melompat Apabila Melihat Malaikat Turun Dari Langit

Sahabat Rasulullah SAW, Usaid membaca Al-Quran disampingnya kuda yang  menjerit dan melompat  kerana dapat melihat Malaikat turun disaat Usaid membaca Al-Quran.

Usaid tidak dapat meneruskan bacaan Al-Quran kerana bimbang kuda disampingnya melompat sehingga membunuh anaknya yang kecil di sisinya.

Usaid mengkhabarkan kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah SAW memberitahu kepadanya, jika engkau teruskan bacaan pasti malaikat akan turun dan memui kamu serta kamu akan bertemu dengan malaikat.

Nota :

Saya amat bercita-cita untuk menyebarkan Ilmu Allah SWT tetapi suasana di budaya Malaysia yang tidak cintakan Ilmu Allah SWT, tidak ada insan yang sanggup berkorban dan bersusah-payah untuk Allah SWT serta berkorban harta pada jalan Allah SWT, jika ada pun hanyalah bersemangat kerana politik, maksud saya, jika ada usaha insan-insan mulia yang menterjemahkan kuliah-kuliah agama daripada negara-negara arab yang amat berfaedah ke dalam CD dan disebarkan secara percuma kepada masyarakat umum tanpa berpihak kepada mana-mana politik tetapi hanyalah demi kemuliaan wajah Allah SWT serta kesucian agama Islam yang Maha Suci, atau ada insan mulia yang sanggup berkorban harta benda membina studio untuk berlumba-lumba mengejar pahala Allah SWT pasti saya amat gembira.

Betapa banyaknya ilmu Allah SWT yang belum disebarkan kepada manusia dalam bahasa-bahasa manusia ciptaan Allah SWT yang amat luas.

Saya merasa, saya berdosa jika saya tidak menyampaikan ilmu-ilmu Allah SWT kepada semua pihak,  sedangkan  saya memahami sedikit ilmu Allah SWT melalui bahasa arab yang saya fahami.

Ya Allah..ampunlah dosa ku kerana lemah dan tidak berkemampuan untuk menyebar agama Mu Ya Allah SWT yang ku sembah dan sujud dalam hidupku di dunia dan Akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin….

هذه قصة أسيد بن حضير, يرويها الشيخ نبيل العوضي حفظه الله حيث يتكلم عن أهمية قراءة القرآن. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم (اقرأوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعاً لأصحابه) كما ينبغي عند قراءة القرآن أن يتدبّر القارئ ويتأمل في معاني القرآن فهنالك من يختم القرآن ولا يفهم منه شيئاً ولا يتأثر به وتجده يختم القرآن أكثر من مرة ولكنه يستمر في أكل الربى وانتهاك حقوق الناس. كذالك ينبغي أن نخشع عند قراءة القرآن وأن نتأثر بآياته. كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يبكي عند تلاوته للقرآن لأنه كان يعيش مع القرآن وكان يتدبر كلام الله عز وجل. استمع الى قصة أسيد بن حضير رضي الله عنه وما حصل له في تلك الليلة عندما جلس يتلو القرآن في جوف الليل.


Responses

  1. Teruskan usaha & niat Ustaz….
    Inilah perjuangan dari salah satu dakwah Islamiah mengikut kemahiran & bidang Ustaz.
    Manfaat & faedahnya, kami merasa manisnya iman atas usaha Ustaz itu….
    Semoga ALLAH tetap memandang Ustaz penuh Redha…. aminnn…
    Semoga akan dtg hamba2 ALLAH yg seikhlas Ustaz membantu & berdiri bersama2 Ustaz…..
    Selamat Menyambut Syawal….
    ISLAM TETAP GEMILANG!!!!

  2. mcm2 cara nak sampaikn ilmu. lagipun CD dah kira cara lama. dlm kereta pun org pakai pen drive (atau yg tu pun kira cara lama gak ker?). gunaknlah sepenuhnya internet ni. apatah lg org skrg ramai yg malas/ x ttarik dgn bab2 begini. bg percuma pun kdg org x heran.
    *
    ada sbb Allah x bg kita senang, byk harta. smasa ssh mcm2 kita nk buat tp bila dh sng mcm2 alasan, mcm2 nak dbeli. x pyh bykla.. ada 5k pun, nk kuar rm50 syg.
    *
    buat sedaya mampu, bmula dgn kluarga sndri, kg sndri, msyrkat stmpat, barulah kpd ‘smua pihak'(wow!).

    x bjaya d sini, Insya Allah di sana.
    sy pn bknny org byk duit wp byk harta (kpala, muka, tgn, kaki, nafsu, hati, akal, klrga, ISLAM dll).
    *
    mohon maaf, ayat agak menyekit.

  3. i don’t know what i must say about it… but i so glad coze dapat search blog ini… saya harap allah x tarik balik apa yag punya ada sekarang… sebab saya bersyukur sangat apa yang saya ada sekarang… saya juga bersyukur sangat sebab allah memberikan saya petunjuk dan hidayah sehingga jari saya boleh ke arah untuk menaip mengenai blog ini… alhamdulillah…

    • Saya juga amat bersyukur kepada Allah SWT kerana masih dapat berusaha dengan kudrat yang Allah SWT berikan, dapat saya menunaikan sedikit daripada kewajipan untuk sama-sama menyebar ilmu Allah SWT kepada umat manusia. Semoga apabila anda membaca blog saya yang tidak seberapa ini, dapat merasakan ” Betapa mulianya Rasulullah SAW dalam menunaikan kewajipan sebagai seorang Rasul kepada Allah SWT yang dapat menyempurnakan tanggungjawab kepada Allah SWT, sebelum Baginda wafat ” sedangkan kita terlalu jauh Akhlak berbanding para sahabat dan Ulamak, apatah lagi dengan Rasulullah SAW yang berAkhlakkan Al-Quran. Subhanallah dalam hikmah kejadinNya.
      Hanya mereka yang Cintakan Akhlak Mulia sahaja yang akan menCintai Rasulullah SAW.

  4. Apa pendapat ustaz tentang video cahaya di atas kaabah yg didakwa malaikat. kalau merujuk hadith di atas tidak mustahil manusia boleh melihat malaikat dalam bentuk cahaya walaupun bukan dalam bentuknya yg asal.

    • Saya akui perkara tersebut boleh berlaku kerana kekuasaan Allah SWT tiada yang mustahil, tetapi teknolongi fotoshop boleh melakukan ini semua. Cukuplah Al-Quran dan Al-Hadis sebagai tunggak kepada aqidah kita. Lain-lain penyokong akidah seperti sains dan perkara-perkara luar biasa hanyalah sebagai bahan tambahan dalam menguatkan aqidah kita ketika iman kita lemah. Semoga Allah SWT terus membimbing kita sehingga akhir hayat. Amin Ya Rabbal Alamin.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: