Posted by: peribadirasulullah | Ogos 7, 2010

10 Golongan yang Allah SWT laknat disebabkan arak

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:RcMUyZ7iZsuoIM::&t=1&usg=__Q4pSdxGej7BX0PLki_V2wbSmR1s=

Adhdhahhaah berkata: “Siapa yang mati sedang tetap minum (khamar) maka akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan mabuk.” Said meriwayatkan dari Qatadah berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat macam orang yang tidak akan mendapat bau syurga padal bau syurga itu terbau dari jarak perjalanan lima ratus tahun iaitu:

  • Orang bakhil (kedekut)
  • Orang yang mengungkit pemberiannya
  • Orang yang tetap minum khamar
  • Dan orang yang durhaka terhadap kedua ibu bapanya

Ibn Mas’ud berkata: “Telah dilaknat dalam khamar itu sepuluh orang iaitu:

  • Yang memerah
  • Yang minta diperah
  • Yang minum
  • Yang memberi minum
  • Yang membawa
  • Yang menghantar
  • Yang membekal
  • Yang menjual
  • Yang membeli
  • Yang menyimpan

Juga Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan keluar peminum khamar itu pada hari kiamat dari kuburnya lebih busuk dari bangkai sedang botol khamar itu dikalungkan dilehernya dan gelas ditangannya, sedang diantara kulit dan daging badannya penuh ular dan kala dan memekai kasut dari api yang mendidihkan otaknya, sedang kuburnya akan berupa liang neraka dan menjadi kawan Fir’aun dan Haman.”

Aisyah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda: “Siapa yang memberi makan walau sesuap kepada orang yang minum khamar, maka Allah s.w.t. akan menyiksanya dengan ular atau kala dibadannya dan siapa yang menyampaikan hajatnya maka bererti membantu merobohkan Islam. Dan siapa yang meminjamkannya bererti membantu untuk pembunuhan seorang mukmin dan siapa yang duduk bersamanya dibangkitkan pada hari kiamat buta tidak berhujjah. Maka jika sakit jangan engkau jenguk. Jika menjadi saksi jangan kamu terima persaksiannya. Demi Allah yang mengutuskan aku dengan hak tidak akan minum khamar kecuali orang yang terkutuk dalam kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran. Dan siapa yang minum khamar maka telah kafir dengan semua kitab yang diturunkan Allah s.w.t. kepada Nabi-nabi-Nya dan tidak akan menghalalkan khamar kecuali orang kafir. Dan siapa yang menghalalkan khamar maka aku lepas tangan daripadanya dunia akhirat.”

Athaa’ bin Yasaar berkata: “Ada orang tanya kepada Ka’bul ahbar: “Apakah khamar telah diharamkan didalam kitab Taurat?” Jawabnya: “Ya, ayat (Yang berbunyi): Innamal khamru wal maisiru. itu tersebut dalam Taurat. Sesungguhnya Kami menurunkan yang hak untuk menghalau yang bathil dan membatalkan permainan dan terbang dan seruling dan khamar, celaka benar peminum khamar.” Allah s.w.t. bersumpah dengan kemuliaan dan kebesaranNya terhadap siapa yang melanggar (iaitu) meminum khamar akan dihauskan pada hari kiamat dan bagi siapa yang meninggalkannya sesudah diharamkan maka akan diberinya minum khamar disyurga dari Hadhiratul-qudsi.”

https://i1.wp.com/www.abunawaf.com/store5/clip_image.jpg


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: